Oleh pada 07 Oct 2017 kategori

adegan cium dengan fattah akhirnya janna nick buka mulut

Kredit foto: beautifulnara.com & Instagram Janna Nick

Akhirnya aktres Janna Nick tampil buka mulut isu babak bercium dengan aktor Fattah Amin.

Aktres berusia 22 tahun itu memberitahu adegan cium dalam drama Coffee Prince yang menjadi kontroversi baru-baru ini dibuat atas tujuan humor dan bukanlah untuk menimbulkan kegersangan penonton.

Malah dalam realiti sebenar, mereka berdua tidak bersentuhan sekalipun, tetapi kedudukan rakaman daripada telefon bimbit aktres Fara Mendoza yang menampakkan situasi sebaliknya.

“Kalau tengok daripada ‘angle’ kamera pihak produksi yang di ambil dari depan, jelas kelihatan kami tidak bersentuhan, apatah lagi bercium. Jarak kami ketika itu 10 sentimeter.

“Itu adegan dua sahabat lelaki sedang mengusik antara satu dengan yang lain. Takkanlah dalam drama tu nak tunjuk lelaki bercium dengan lelaki.

“Lagipun sebagai pelakon saya ada hak untuk menentukan babak yang ingin dilakukan. Kalau saya rasa perkara itu salah, saya sendiri akan menolak daripada melakukannya," katanya memetik laporan portal Astro Gempak.

Janna membuat kenyataan tersebut di Majlis Sidang Media Drama Dia yang berlangsung di One Utama, Bandar Utama Damansara, pada Rabu.

Drama bersiri itu antara lain turut menampilkan pelakon terkemuka Irwansyah dan Izara Aishah.

Dia bakal bersiaran bermula 14 Oktober ini, setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di TV3.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)