Oleh pada 16 Jul 2021 kategori

rusuhan di afrika selatan

Pergolakan yang sedang berlaku di Afrika Selatan ketika ini sejak penahanan bekas Presiden Jacob Zuma semakin memburuk di mana orang ramai melakukan rusuhan besar-besaran dan mencuri.

Tentera negara telah dikerahkan ke daerah-daerah di mana jumlah polis lebih rendah daripada perusuh, dengan pemerintah mengaku bahawa mereka tidak menyangka skala protes sehebat ini.

Kira-kira 2,500 tentera dihantar ke jalan-jalan di KwaZulu-Natal, wilayah asal Zuma, dan wilayah Gauteng, lokasi bandar terbesar di negara itu, Johannesburg.

Pusat membeli-belah, kedai-kedai dan pengedar kereta adalah antara tempat yang menjadi sasaran perusuh dan perompak. 

Mengapa Jacob Zuma ditangkap?

bekas presiden afrika selatan jacob zuma

Jacob Zuma adalah presiden Afrika Selatan dari tahun 2009 hingga 2018, zaman di mana dakwaan berlakunya korupsi yang meningkat dalam pemerintahan dan Kongres Nasional Afrika yang berkuasa.

Setelah dia mengundurkan diri, sebuah suruhanjaya yang diamanatkan oleh pemerintah mulai menyiasat beberapa tuduhan ini, namun Jacob Zuma berulang kali menolak untuk memberi keterangan walaupun diperintahkan untuk melakukannya oleh Mahkamah Konstitusi Afrika Selatan.

Pada 29 Jun 2021, mahkamah yang sama telah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan kepada Jacob Zuma kerana menghina mahkamah, dan dia ditangkap pada minggu berikutnya.

Keputusan untuk memenjarakan Zuma menandakan pertama kalinya bekas presiden dipenjara di Afrika Selatan pasca-apartheid.

Ini dilihat sebagai kemenangan bagi presiden Cyril Ramaphosa, namun setiap konfrontasi antara pihak berkuasa dan penyokong Zuma hanya akan menyemarakkan lagi tanggapan bahawa Zuma adalah mangsa serangan yang bermotifkan politik.

Rusuhan dahsyat Afrika Selatan

orang ramai mencuri dari pasar raya berikutan rusuhan di afrika selatan 8

Apa yang dilihatkan sebagai demonstrasi berskala kecil di KwaZulu-Natal membuak dengan begitu pantas di seluruh wilayah dengan pemenjaraan Zuma menjadi pemangkin kepada protes berkenaan.

Sekatan-sekatan berulang kali dilaksanakan di seluruh Afrika Selatan selama setahun setengah akibat COVID-19, yang mana telah memburukkan lagi kekecewaan terhadap kemiskinan, pengangguran dan kesan ekonomi wabak tersebut.

Sebahagian besar keganasan dan kecurian tertumpu di wilayah kelahiran Zuma iaitu KwaZulu-Natal dan Gauteng, lokasi di mana ibu negara ekonomi Afrika Selatan iaitu Johannesburg dan ibu kota politik Pretoria terletak.

orang ramai merusuh dan mencuri afrika selatan 2021

orang ramai mencuri dari pasar raya berikutan rusuhan di afrika selatan 187

orang ramai mencuri dari pasar raya berikutan rusuhan di afrika selatan 6

Para perusuh telah mensasarkan pusat membeli-belah, kilang dan gudang, kebanyakan di bandar-bandar miskin, di mana penduduk tempatan telah dilanda oleh tiga gelombang jangkitan Covid-19 serta perintah berkurung yang dikenakan oleh pemerintah.

Melihatkan keadaan ini semakin memburuk, sesetengah penduduk membentuk kumpulan untuk melindungi komuniti mereka.

Sekurang-kurangnya 117 nyawa terlah terbunuh dalam rusuhan in dan lebih dari 2,000 orang telah ditangkap di kedua-dua wilayah berkenaan.

Lebih menyedihkan, ramai yang mati akibat dipijak oleh orang ramai yang bersesak-sesak ketika mencuri di pusat membeli-belah.

orang ramai mencuri dari pasar raya berikutan rusuhan di afrika selatan 2

orang ramai mencuri dari pasar raya berikutan rusuhan di afrika selatan 0

orang ramai mencuri dari pasar raya berikutan rusuhan di afrika selatan 4

Menjelang 15 Julai, keadaan di Gauteng agak reda, dengan orang ramai berbaris di pasar raya di luar bandar itu di mana penduduk yang tinggal di rumah semasa rusuhan berlaku cuba untuk membeli barangan keperluan serta makanan.

Ribuan sukarelawan membantu membersihkan jalan-jalan yang dipenuhi dengan sampah dan pusat membeli-belah yang musnah mula diperbaiki.

Pihak berkuasa mengatakan bahawa laporan keganasan dan kecurian juga menurun di KwaZulu-Natal dan bahawa penempatan tentera tambahan akan membantu memulihkan ketenteraman.

cyril ramaphosa presiden afrika selatan ketika ini

Cyril Ramaphosa menggambarkan keganasan itu sebagai sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelumnya dalam 27 tahun sejak berakhirnya rejim apartheid.

Beliau meminta agar rakyat untuk bertenang sambil mengutuk keganasan tersebut dan berjanji akan membawa para penunjuk perasaan ke muka pengadilan.

"Apa yang kita lihat pada hari ini adalah tindakan jenayah oportunistik, dengan sekumpulan orang menimbulkan kekacauan hanya untuk menutup jenayah kecurian," katanya.

Rujukan:

1. Times Live

2. Wall Street Journal

3. BBC



Hakcipta iluminasi.com (2017)