Oleh pada 12 Jul 2018 kategori

tragedi piala dunia

Piala Dunia adalah satu usaha yang tersangat besar pernah berlaku dalam sejarah manusia. Organisasi mana yang mampu menggabungkan berpuluh-puluh negara, mengimbangi ego mereka dan bersama-sama berusaha untuk kebaikan?

Malah, ada yang menyamakan FIFA dengan PBB, kerana kedua-duanya mampu melakukan perkara sebegini besar melibatkan berpuluh buah negara.

Namun, bagi mengacarakan kejohanan 4 tahun sekali ini adalah sangat rumit. Ia hanya mengambil masa sebulan, namun persediaannya mengambil masa bertahun-tahun.

Dan semakin rumit sesuatu perkara, semakin besar ruang untuk melakukan kesilapan. iluminasi.com kongsikan 5 tragedi paling dahsyat yang pernah berlaku berkaitan dengan penganjuran Piala Dunia.

1. Stadium di Brazil runtuh

stadium brazil runtuh 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia 2 767

Bagi Brazil, mereka lebih bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia berbanding Qatar. Walaupun begitu, mereka masih perlu membina beberapa buah stadium baru untuk Piala Dunia 2014.

Jika anda membelanjakan wang sebanyak RM1.45 bilion untuk membina sebuah stadium, seperti yang dilakukan oleh Brazil di Sao Paolo, pastinya anda memastikannya ia mampu berfungsi dengan baik dan kukuh.

Namun, sejurus selepas ia siap dibina pada tahun 2013, berlaku satu kemalangan yang sangat besar.

Sebuah kren telah tumbang, mencetuskan "kesan domino" yang membuatkan struktur logam seberat 500 tan terpisah daripada tempat asal dan menghancurkan tempat duduk stadium.

stadium brazil runtuh 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia

2 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera. Kemalangan ini boleh menyebabkan terbunuhnya ramai lagi pekerja, namun disebabkan ia berlaku ketika waktu makan tengah hari, makan jumlah kematian adalah rendah.

Bayangkan jika struktur gergasi itu jatuh ketika berlangsungnya perlawanan di stadium itu, sudah tentu ia akan menjadi tragedi paling tragis dalam sejarah Piala Dunia.

Stadium-stadium yang lain juga turut mengalami masalah. Sebahagian daripada bumbung runtuh apabila hujan turun dan stadium yang lain banjir.

Terdapat beberapa lagi kematian di kawasan pembinaan di Brazil. FIFA mendakwa keselamatan para pekerja adalah sangat penting, namun mereka juga menekan supaya stadium siap dengan cepat, jadi amat jelas sekali di mana terletaknya keutamaan FIFA.

2. Beribu pekerja buruh mati untuk Piala Dunia 2022 di Qatar

beribu pekerja buruh mati untuk piala dunia 2022 di qatar 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia 2

Sesetengah negara yang menjadi tuan rumah Piala Dunia sudah mempunyai fasiliti lengkap seperti stadium yang canggih, tempat letak kereta dan pengangkutan awam yang diperlukan jika terpilih.

Namun sesetengah negara yang kurang telah diberikan penghormatan jika mereka berjanji dan mampu membina serta menyediakan semua infrastruktur yang diperlukan pada waktunya.

Ia bermakna proses pembinaan yang besar dan rumit yang memakan masa hampir satu dekad akan berlaku. Dalam kebanyakan kes, masalah yang timbul tidak begitu besar.

Sebagai contoh, sebelum berlangsungnya Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, hanya 2 orang pekerja yang terbunuh. Kemudiannya FIFA memutuskan untuk menganugerahkan Piala Dunia 2022 kepada Qatar, dan sejak itu, bencana manusia telah berlaku.

stadium brazil runtuh 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia 4

Bagi pekerja asing, Qatar adalah seperti negara hamba maya. Menurut BBC, para pekerja buruh bekerja dalam keadaan yang mengerikan. Gaji adalah sangat rendah, tinggal di asrama yang sesak dan sangat menyedihkan, serta tidak boleh meninggalkan negara itu tanpa visa keluar yang diluluskan oleh majikan.

Mereka bekerja dalam tempoh yang lama di bawah panas matahari yang terik. Perkara ini membuatkan badan NGO, Human Rights Watch, meminta undang-undang baru diwujudkan bagi menghalang para pekerja buruh seramai lebih daripada 800,000 orang, daripada bekerja dalam keadaan yang boleh membunuh.

The Washington Post menerbitkan grafik yang menunjukkan 1,200 kematian telah berlaku di tapak pembinaan Piala Dunia di Qatar, namun angka tersebut adalah pada tahun 2015.

Kini, 3 tahun kemudian, jumlah itu semakin bertambah dan dikhuatiri jumlah itu mampu mencecah kepada 4,000 orang sebelum perlawanan bermula.

Itu belum dikira dengan masalah di mana ramai di antara mereka yang mendapat gaji rendah daripada yang dijanjikan serta menjadi buruh paksa tanpa gaji.

3. Menonton perlawanan Piala Dunia boleh membunuh

menonton perlawanan piala dunia boleh membunuh 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia

Beberapa kajian mendapati bahawa menonton perlawanan bola sepak boleh membunuh anda.

BBC melaporkan satu kajian yang mendapati bahawa pada tahun 1998, kadar pesakit dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung meningkat sebanyak 25% pada hari perlawanan yang sangat sengit dan mendebarkan di antara England dan Argentina.

Yang pertama disebabkan ianya perlawanan kalah mati, jadi siapa kalah akan tersingkir. Kedua, ia berakhir dengan penentuan sepakan penalti.

Tekanan kepada pemain sangatlah besar, dan ia menjangkiti para peminat dan penonton.

menonton perlawanan piala dunia boleh membunuh 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia 1

Sementara itu, penyelidik Jerman mendapati bahawa betapa buruknya kemungkinan untuk anda mengalami masalah koronari akut ketika menonton perlawanan bola sepak yang sengit, menurut Unexamined Medicine.

Bagi wanita, anda mungkin mempunyai kebarangkalia 2 kali ganda untuk jantung anda meletup, dan bagi lelaki pulak sebanyak 3.26 kali lebih tinggi.

Seorang profesor penyelidik mencadangkan beberapa idea untuk mengurangkan risiko ini, iaitu dengan menonton dalam kumpulan yang lebih kecil supaya terlalu seronok dan juga kurangkan pengambilan alkohol.

4. Pengganas membunuh 21 nyawa ketika menonton perlawanan Piala Dunia

pengganas membunuh 21 nyawa ketika menonton perlawanan piala dunia 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia 2

Jika ada satu perkara yang kita tahu mengenai pengganas, adalah mereka benci melihat orang lain berseronok. Jadi, mereka akan datang dengan senapang dan bom untuk cuba membuatkan orang lain hidup dalam ketakutan.

Di Nigeria, perkara ini adalah benar terutamanya jika ia berkaitan dengan perlawanan bola sepak. Seperti negara-negara lain, Nigeria sangat obses dengan bola sepak.

Malah, mereka menggelarkan pasukan kebangsaan Nigeria dengan nama "Super Eagles". Tapi luar daripada sukan, beberapa perkara dahsyat telah berlaku di negara ini.

Kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Boko Haram telah melancarkan pemberontakan yang sangat berbahaya sejak tahun 2009.

pengganas membunuh 21 nyawa ketika menonton perlawanan piala dunia 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia

Walaupun mereka membunuh dengan pelbagai cara, namun salah satu cara kegemaran mereka adalah untuk memasang bom di luar kawasan di mana tempat orang ramai berkumpul menonton bola sepak. 

South China Morning Post melaporkan bahawa satu insiden telah berlaku ketika Piala Dunia 2014.

Sekumpulan peminat berkumpul untuk menonton perlawanan di antara Mexico dan Brazil, namun Boko Haram telah memasang peranti letupan pada beca berhampiran lokasi tersebut.

pengganas membunuh 21 nyawa ketika menonton perlawanan piala dunia 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia 3

Letupan tersebut membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dan mencederakan 27 yang lain, termasuk kanak-kanak. Malang sekali kerana taktik mereka berjaya.

Pihak berkuasa telah mengharamkan penayangan perlawanan bola sepak di kawasan awam yang terbuka disebabkan oleh faktor keselamatan.

5. Peminat terbunuh akibat sambutan keterlaluan di Algeria

peminat terbunuh akibat sambutan keterlaluan di algeria 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia

Disebabkan Piala Dunia adalah acara yang tersangat penting bagi sesetengah orang, peminat-peminat cenderung untuk berseronok keterlaluan jika pasukan mereka menang.

Dan kemenangan bermakna lebih ramai orang yang berseronok, sebagai ocntoh, Food Manufacture mendapati bahawa orang di England membelanjakan RM150 juta untuk minuman keras hanya dalam minggu pertama Piala Dunia 2014, yang mana boleh membunuh.

Mungkin antara insiden yang paling teruk pernah berlaku adalah pada tahun 2013 di Algeria. Pasukan kebangsaan mereka menyingkirkan Burkina Faso dalam perlawanan kelayakan sekaligus melayakkan mereka untuk beraksi di Piala Dunia 2014 di Brazil.

peminat terbunuh akibat sambutan keterlaluan di algeria 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia 3

Ia hanya merupakan kali ke-4 negara ini layak ke kejohanan ini, jadi ia adalah perkara yang amat penting dan bersejarah bagi mereka.

Perkara yang palin berbahaya dilakukan mereka untuk meraikan kegembiraan ini adalah memandu seperti orang gila dan membunyikan hon sesama sendiri.

Pada malam tersebut, banyak kemalangan berlaku melibatkan kenderaan yang mana telah membunuh beberapa nyawa. Ditambah pula dengan hujan yang lebat pada malam tersebut.

peminat terbunuh akibat sambutan keterlaluan di algeria 5 tragedi paling dahsyat berlaku ketika piala dunia 2

Satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang penuh dengan kanak-kanak melihatkan seorang daripada mereka yang berusia 10 tahun telah terbunuh, dan seorang lagi dimasukkan ke hospital.

Setelah selesai meraikan, sejumlah 12 orang terbunuh dan 240 yang lain tercedera, membuatkan mereka tak sempat melihat pasukan kebanggaan mereka beraksi di Piala Dunia.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)