Bagi yang tidak tahu, kematian seorang individu bernama George Floyd telah mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh Amerika Syarikat, dengan para penunjuk perasaan bersungguh-sungguh menyeru agar keganasan pihak polis dihentikan.

George Floyd adalah lelaki berkulit hitam yang tidak bersenjata yang meninggal dunia selepas seorang pegawai polis Minneapolis "melutut" di atas lehernya lebih daripada 8 minit. Ketika mangsa dalam keadaan tertiarap, George memberitahu polis "saya tak boleh bernafas".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Geroge berpindah ke Minneapolis selepas dibebaskan dari penjara dan dikenali sebagai "gergasi yang tidak berbahaya", yang sedang cuba untuk memperbaiki hidupnya.

mendiang george floyd

Menurut rakannya iaitu Christopher Harris, George yang berusia 46 tahun ini dilahirkan di North Carolina dan tinggal di Houston, Texas ketika kecil namun berpindah ke Minneapolis beberapa tahun lalu untuk mencari kerja.

George dikenali dalam kalangan orang yang menyayanginya sebagai "Big Floyd" dan merupakan bapa kepada seorang anak perempuan berusia 6 tahun yang tinggal di Houston bersama ibunya, Roxie Washington.

Dia dikenali oleh orang yang disayangi sebagai "Big Floyd" dan merupakan bapa kepada seorang anak perempuan berusia enam tahun yang tinggal di Houston bersama ibunya, Roxie Washington.

Roxie memberitahu akhbar Houston Chronicle bahawa George merupakan seorang bapa yang baik ketika mereka sama-sama membesarkan anak mereka iaitu Gianna.

tunjuk perasaan di amerika syarikat untuk george floyd

tunjuk perasaan george floyd 2

(Tunjuk perasaan terhadap keganasan polis berikutan kematian George Floyd)

Courteney Ross yang merupakan teman wanita George memberitahu bahawa dia tersangat "patah hati" berikutan kematian lelaki berkenaan.

"Terjaga dari tidur dan melihat Minneapolis terbakar adalah sesuatu yang menyedihkan bagi George. Dia sangat sayangkan bandar ini. George datang ke sini dan tinggal di sini kerana penduduk tempatan dan peluang di sini," kata Courteney Ross.

George merupakan seorang atlet yang sangat berbakat terutamanya dalam American Football dan bola keranjang ketika di sekolah.

Menurut Roxie, George tidak menamatkan persekolahan dan mula menghasilkan muzik dengan sebuah kumpulan hip-hop bernama Screwed Up Click.

Selepas bergelut dalam mencari pekerjaan di Houston, George berpindah ke Minneapolis.

mural george floyd

Di situ, dia melakukan dua pekerjaan iaitu memandu trak dan sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah restoran Amerika Latin iaitu Conga Latin Bistro.

Seorang pelangga bernama Jessi Zendejas, berkata dalam muat naiknya di Facebook bahawa George "sukakan pelukan daripada pelanggan tetap" di restoran itu.

"Dia akan marah jika anda tidak berhenti untuk menyapanya kerana George sangat gemar bertemu dan melihat orang ramai bergembira," kata Jessi Zendejas.

Dalam satu muat naik di laman GoFundMe, adik George iaitu Bridgett Floyd, berkata bahawa George adalah seorang yang "sanggup melakukan apa sahaja untuk menolong orang lain".

Menurut dokumen mahkamah, George dituduh pada tahun 2007 atas jenahay rompakan bersenjata dalam satu "pencerobohan rumah". Dia dijatuhi hukuman lima tahun penjara setelah perjanjian pengakuan pada tahun 2009.

Dalam satu video di media sosial, George bersuara menentang keganasan senjata api, dengan mengatakan: "Generasi muda kita jelas sekali hilang kawalan diri".

Bagaimana George Floyd terbunuh

kematian george floyd

Pada 25 May, George Floyd direbahkan ke tanah oleh pegawai polis Derek Chauvin semasa ditangkap kerana disyaki menggunakan wang kertas $20 palsu di sebuah kedai.

Dalam rakaman tangkapan itu, kedengaran George mengatakan bahawa dia tidak boleh bernafas, sebelum diangkat ke atas pengusung dan ke dalam ambulans.

Tak lama kemudian, dia disahkan meninggal dunia di hospital.

Dengan menggabungkan video dari orang yang lalu lalang dan kamera keselamatan, meneliti dokumen rasmi dan pakar perundingan, The New York Times menyusun semula secara terperinci detik-detik yang membawa kepada kematian George.

derek chauvin

(Derek Chauvin)

Polis Minneapolis berkata dalam satu kenyataan bahawa pegawai mereka bertindak balas terhadap satu laporan tindakan penggunaan wang palsu di sebuah kedai.

Beberapa minit kemudian, beberapa orang pegawai polis melintas jalan dan menghampiri kenderaan yang disyaki.

Polis mengatakan bahawa mereka mendapati suspek berada di dalam keretanya.

Pegawai pertama menghampiri pemandu tersebut sementara rakannya berjalan ke arah penumpang.

tunjuk perasaan george floyd

Perbualan antara pegawai dan Floyd tidak dapat dilihat dengan jelas dari sudut kamera keselamatan tetapi pemandu kereta di belakang kereta George bertindak merakam sedikit daripada insiden berkenaan.

Video di bawah menunjukkan para petugas melakukan serangkai tindakan yang melanggar dasar-dasar Jabatan Polis Minneapolis dan berubah menjadi insiden maut, menyebabkan George tidak dapat bernafas, walaupun ketika dia dan orang di sekeliling meminta pertolongan.

Derek kelihatan tidak menghentikan tindakannya menekan lututnya di atas leher George selama 8 minit 46 saat dan ini bukanlah satu-satunya aduan pertama terhadap Derek.

Sebanyak 17 aduan dibuat ke atas Derek sebelum ini, selain terlibat dalam 3 insiden tembakan yang membawa kepada 1 kematian. Salah seorang lagi pegawai polis yang terlibat iaitu Tou Thao, juga menerima 6 aduan sebelum itu serta berhadapan saman atas tindakan kejam pada tahun 2017.

Sehari selepas kematian George, Jabatan Polis Minneapolis memecat keempat-empat pegawai polis yang terlibat dalam insiden itu.

3 hari kemudian, peguam Mike Freeman mengumumkan tuduhan membunuh ke atas Derek Chauvin.

Dua lagi bekas pegawai polis iaitu Thomas Lane dan J. Alexander Kueng serta Tao Thao, masih dalam siasatan.

tou thao

(Tou Thao)

Seorang bekas pemilik bar El Nuevo Rodeo di Minneapolis berkata kedua-dua George dan Derek bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat itu pada masa yang sama.

Maya Santamaria memberitahu KSTP-TV bahawa Derek bekerja di luar kelab itu selepas waktu bekerja dan tidak tahu sama ada kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain, tetapi mungkin ada masa di mana mereka bekerja bersama-sama pada malam yang sama.

Maya mendakwa bahawa Derek kerap kali bertindak balas dengan terlalu beremosi dan menggunakan semburan lada terhadap orang ramai, mengatakan bahawa "dia mudah marah".

george floyd

Rujukan:

1. Sky News

2. NY Times

3. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)