Oleh pada 25 Apr 2018 kategori

Kredit foto: suhaimisulaiman.net & Instagram Rozita Che Wan

Aktres Rozita Che Wan menepis dakwaan kononnya dia mempunyai masalah peribadi dengan pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain atau Kak Zai.

Zaihani yang sebelum ini menjadi bualan hangat kerana memperlekeh individu berbadan gempal, ditempelak Rozita gara-gara memetik namanya dalam sebuah komen.

"Saya tak bergaduh atau mempunyai sebarang dendam dengan Kak Zai. Sebelum ini kami tiada masalah. Saya memang mengenalinya dan pernah bertegur sapa dengan Kak Zai di acara fesyen lain.

"Tetapi, saya memuat naik entri tersebut kerana dia telah terlebih dahulu memetik nama saya. Bila dia sebut nama dia, sebab itu saya berikan komen balas.

"Tindakan dia yang memetik nama saya dan pengurus dalam komen tersebut adalah tidak elok dan komennya juga berbaur negatif apabila dia menghasut pereka fesyen lain memboikot saya," kata Rozita kepada Astro Gempak sewaktu menghadiri acara pertunjukan fesyen Ariani Luminious Lebaran 2018 pada Isnin.

Pelakon yang juga hos dan usahawan terkenal itu berkata, dia menyifatkan konflik yang dilalui dengan Zaihani sudahpun berakhir.

saya tak gaduh dengan dia pun tapi che ta dedah punca sebenar sound zaihani 2

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

"Apa yang dia buat tidak patut. Dia tidak seharusnya mengkritik individu bertubuh besar serta tak patut memetik nama saya dan pengurus selepas dia memohon maaf.

"Apabila saya membalas perkara tersebut, saya malas nak memanjangkannya dan menganggap perkara terbabit terhenti di situ sahaja.

"Saya tidak berdendam dengan Kak Zai dan selepas ini, saya okay sahaja dengan dia," katanya lagi.

Terdahulu, Rozita, 45, kurang senang dengan komen Zaihani yang mengaitkan pengurusnya, Afeeq Abd Wahab sebagai punca tersebarnya status yang dimuat naik di laman sosial peribadi pengkritik fesyen itu.

Berikutan tuduhan itu, Zaihani meminta para pereka fesyen supaya memboikot pengurus Che Ta daripada membuat sebarang pinjaman pakaian bagi artis di bawah label pengurusan LOL Entertainment.

Dalam perkembangan lain, Zaihani selaku pengulas, pengkritik dan sosialit fesyen, memegang peranan sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Ke udara di Astro Ria pada setiap hari Rabu, jam 11 malam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)