Oleh pada 14 Jul 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Pelakon Rozita Che Wan mendedahkan pengalamannya yang sering menjadi tempat mengadu bagi kaum wanita apabila timbulnya isu rumah tangga.

Bercerita lanjut, Rozita atau nama sapaannya, Che Ta, 45, berkata, isu yang dibangkitkan ramai itu menyentuh tentang sikap segelintir wanita yang gemar merampas suami orang yang berwajah tampan.

Umpan wanita sedemikian pula kerap 'terkena' dengan adanya lelaki yang terbuka melayan godaan mereka.

"Orang perempuan ni pantang tengok laki (suami) orang elok sikit, cepat ja dia nak qentap (rampas).

"Tapi hat (yang) jantan (lelaki) tu pun jenis gatai (gatal). Adoi... Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga mereka," katanya menerusi akaun Twitter.

pantang tengok laki orang elok nak rampas che ta 2

Kredit foto: Twitter Rozita Che Wan

Bagi pelakon Kak Marr ini, aduan yang diterima membuatkan dirinya terasa umpama menteri pembangunan wanita.

"Macam kita ni menteri pembangunan wanita pula," tulisnya berseloroh.

Rata-rata pengguna Twiter terhibur kerana menganggap perkongsian isteri kepada pelakon Zain Saidin itu sebagai melucukan.

Sesetengah netizen pula menyokong selebriti yang juga ahli perniagaan ini bertanding untuk jawatan berkenaan dalam Pilihan Raya Umum yang ke 15 (PRU15) akan datang.

"Haha... Hidup Che Ta! Boleh dah bertanding Pilihan Raya Umum yang 15 nanti.

"Wow boleh la dicalonkan nanti! Memang sesuai Che Ta dengan jawatan tu," ulas beberapa pengikut.

Che Ta yang mewujudkan akaun laman mikro sejak Ogos tahun lalu, hanya mula aktif pada 26 Jun lalu.

Menggunakan nama @rozitachewan1, ia sehingga kini meraih 827 pengikut, manakala di Instagram pula sudah mencecah 3.7 juta pengikut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)