Oleh pada 16 Mar 2018 kategori

ini respon panas che ta pada wanita perampas suami orang

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Aktres Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta meluahkan rasa berang dengan tindakan wanita yang suka merampas suami orang dan meruntuhkan perkahwinan yang dibina wanita lain.

Che Ta, 45, mempersoalkan mengapa mereka tergamak berbuat demikian sedangkan lebih ramai lelaki bujang menanti di luar sana.

“Saya bukannya menolak poligami tetapi kenapa kita tidak berhati-hati untuk mencari pasangan hidup dengan memilih lelaki yang masih bujang?

“Bagi saya, orang yang menghancurkan hati wanita lain adalah golongan wanita juga,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Beliau membuat kenyataan di sidang akhbar pelantikannya sebagai duta Tunas Homes dan Tunas Boulevard yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Sehubungan dengan itu, Che Ta berharap wanita yang terpaksa hidup bermadu atau suaminya dirampas itu akan terus cekal menjalani kehidupan.

“Golongan wanita yang suaminya dirampas, jangan bersedih dan teruskan kehidupan dan jangan rasa dunia gelap.

“Contohnya, saya sendiri pernah bercerai dan 10 tahun duduk di rumah dan tidak bekerja.

“Saya reda dengan ujian Allah SWT dan kini digantikan yang lebih baik,” katanya.

Apabila ditanya apa tindakannya jika mendapati suaminya, Zain Saidin menjadi mangsa godaan wanita lain seterusnya dirampas, Che Ta dalam nada berseloroh berkata, dia akan mengoyak mulut wanita berkenaan.

“Kalau berani cubalah tetapi setakat ini rumah tangga kami bahagia, “katanya.

Sebelum ini, pelakon drama Kak Marr itu terlebih dahulu menulis kapsyen sindiran di laman Instagram ditujukan kepada wanita yang merampas suami orang.


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)