Oleh pada 24 Apr 2018 kategori

lagi kenyataan panas che ta untuk zaihani 1

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan & Astro Gempak

Aktres Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta akur sekiranya pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain mahukan pereka fesyen lain memboikot dirinya.

Ia rentetan komen Zaihani kepada seorang pengikut yang ditulis di ruangan komen Instagram.

Tegas Rozita, 45, sememangnya dia lebih selesa memperagakan koleksi sendiri dan tidak bergantung harap kepada mana-mana tajaan. 

"Boleh kira tak sampai sebelah tangan pun nama pereka yang saya selalu pakai. Persoalan sekarang, adakah pereka nak dengar cakap dia? Sudah tentu kalau saya yang pakai baju mereka lebih meletup.

"Kalau dia ajak pereka untuk boikot saya, saya tidak hairan. Lagi pun saya ada banyak koleksi sendiri. Kalau Jakel adalah gudang kain, rumah saya pula adik kepada gudang. Jadi, ada saya kisah?" katanya kepada Harian Metro.

Bahkan, kata Rozita, apabila seseorang artis itu menggayakan baju pereka fesyen, ia secara tidak langsung mempromosikan hasil rekaan mereka.

lagi kenyataan panas che ta untuk zaihani 2

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

"Tidak dinafikan, saya banyak membantu pereka untuk memperkenalkan nama mereka terutama dalam kalangan pereka baru.

"Dengan tindakannya itu, adakah pereka nak dengar cakap dia atau masih nak buat baju saya? Lagi satu, adakah dia membantu meningkatkan nama seseorang pereka?" katanya.

Sebelum ini, Zaihani membalas komen pengikut di laman Instagramnya dengan mengarahkan rakan-rakan beliau supaya tidak memberi pinjaman baju kepada pengurus Rozita.

"Yang memulakan itu adalah pengurus artis. Untuk lebih tepat, pengurus Che Ta. Tolong boikot dia jika dia datang pada awak atau mana-mana stylists nak pinjam baju untuk artis," tulis Zaihani dalam komen balas itu.

Lanjutan itu, Rozita berkongsi paparan skrin berkenaan dengan sebuah kenyataan balas berbunyi:

"Kata dah mohon maaf, ke mohon propa? Ish ingat mulut saja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol."

Terdahulu, Zaihani menimbulkan ribut di media sosial kerana memuat naik kiriman yang dianggap mempersendakan individu berbadan gempal.

"Kalau berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang sebabnya paha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak,”€ tulisnya.


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)