Oleh pada 07 Aug 2017 kategori

lagi komen panas che ta isu perkahwinan aliff aziz 1

Kredit foto: viralgossipartismalaysia.blogspot.my & Instagram Aliff Aziz

Jika anda masih ingat, sebelum ini aktres Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta telah memberi kenyataan perihal rasa geramnya melihat wanita perampas suami orang. Kebetulan ketika itu isu perkahwinan penyanyi Aliff Aziz sedang hangat menjadi tumpuan.

Terkini, Che Ta dalam kenyataan terbarunya sekali lagi meluahkan pendapatnya tentang nasib malang yang melanda isteri Aliff iaitu Bella Astillah. Che Ta berasa kagum dengan sifat pemurah Bella yang sanggup memaafkan suaminya, namun dalam pada itu dia tidak ketinggalan melontarkan komen pedas terhadap wanita muda yang tidak malu mengganggu kebahagiaan rumah tangga orang lain. 

lagi komen panas che ta isu perkahwinan aliff aziz 2

Kredit foto: Instagram Rozita Che Wan

Saya tiada niat nak perli siapa-siapa pun. Cuma masa cover Metro Ahad dan kapsyen saya kebetulan keluar pada waktu cerita Aliff-Bella tengah panas. Mana hati dan perasaan mereka sebagai wanita. Mereka belum kahwin dan belum rasa hak sendiri tercabar. Mereka tidak tahu macam mana luluhnya hati seorang isteri. Apatah lagi dalam situasi yang berlaku baru-baru ini, Bella dalam pantang. Mana-mana wanita pun akan meroyan tetapi hati si isteri sungguh mulia, sanggup memaafkan suami.

Sumber: Harian Metro

Terdahulu, kenyataan Che Ta di laman Instagram telah mendapat sokongan penuh rata-rata netizen yang beranggapan tindakan memilih lelaki berstatus suami orang adalah tidak wajar. Sememangnya benar hakikat itu. Lebih ramai lelaki bujang di luar sana yang menyimpan hasrat untuk berkahwin, mengapa memilih untuk merampas kebahagiaan orang lain, bukan?


tags : , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)