Oleh pada 16 Nov 2017 kategori

kumari goddess nepal kids

Setiap negara mempunyai kepercayaan agama dan tradisi yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Sekiranya di Malaysia sekarang masih ramai yang mempercayai bomoh dan pawang dalam menjalani kehidupan seharian, di Nepal juga tidak terkecuali.

Di Nepal, rata-rata rakyatnya merupakan penganut agama Hindu dan Buddha dan mereka masih percaya akan kewujudan seorang dewi yang akan menumpang badan kanak-kanak perempuan yang belum baligh. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

kanak kanak terpilih menjadi kumari 3nq98

Kepercayaan terhadap dewi yang menumpang badan manusia bukanlah perkara baru. Sebaliknya, amalan ini telah diamalkan sejak 2300 tahun yang lalu. Mengikut kepercayaan penganut Hindu dan Buddha di Nepal, seorang dewi yang digelar dewi Telaju akan menumpang badan seorang kanak-kanak yang terpilih dan akan menjadi sebahagian daripada kanak-kanak tersebut sehinggalah beliau datang haid pertamanya.

Kanak-kanak yang terpilih ini kemudiannya akan dipuja seperti patung dikuil dan akan digelar Kumari.

kanak kanak yang berjaya menjadi kumari

Baru-baru ini seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun bernama Tristan Shaka telah dinobatkan untuk menjadi Kumari bagi salah sebuah daerah di Lembah Kathamandu, Nepal bagi menggantikan Kumari sebelumnya yang sudah baligh.

Untuk menjadi Kumari bukanlah mudah. Seseorang kanak-kanak yang dirasakan layak perlu memenuhi pelbagai syarat yang telah ditetapkan dan perlu menjalani pelbagai upacara serta ujian.

Antara contoh ujian yang paling sukar perlu dilalui oleh calon Kumari ialah ketika sebuah festival bernama Dashain. Pada malam festival tersebut, 108 kerbau dan kambing akan dikorbankan untuk dewi yang bernama Keli. Kemudian, calon Kumari akan dibawa masuk kedalam kuil Telaju dimana kepala-kepala binatang yang telah disembelih diterangi oleh cahaya daripada lilin serta diiringi oleh tarian daripada sekumpulan lelaki bertopeng. Calon tersebut pula kemudiannya perlu tidur berseorangan didalam sebuah bilik yang dipenuhi oleh kepala-kepala 180 haiwan yang telah dikorbankan.

Hanya kanak-kanak yang tidak gentar sedikitpun dengan ujian-ujian ini yang dipilih untuk menjadi Kumari. 

Kumari yang berjaya kemudiannya akan dipakaikan pakaian khas, dipakaikan mekap serta dibawa menetap didalam istana kuil dan beliau akan dilarang untuk keluar, berjumpa dengan orang ramai serta menjejakkan kakinya diatas tanah sama sekali.

Beliau hanya dibenarkan keluar sebanyak 13 kali dalam setahun, itupun semata-mata untuk menghadiri upacara keagamaan. Sudahlah hanya boleh keluar sebanyak 13 kali sahaja, setiap kali beliau keluar, beliau akan diusung untuk mengelakkan daripada kakinya bersentuh tanah. 

kumari diusung

Disebabkan seorang Kumari tidak boleh berjumpa dan bergaul bebas dengan khalayak ramai, kebiasaannya beliau akan dikekelilingi oleh ahli keluarganya dan orang yang datang untuk memuja dan meminta berkat.

kumari bagi berkat 3nq59

Sungguhpun pergerakkan seorang Kumari agak terbatas, kerajaan Nepal telah mewajibkan beliau untuk bersekolah dan celik dari segi teknologi. Jadi walaupun hanya duduk di istana kuil dan dikelilingi oleh pemuja, rata-rata kanak-kanak yang menjadi Kumari tidak akan tercicir dari sudut akademik. Malah, kebanyakan Kumari berjaya untuk menyambung pelajaran sehingga ke universiti.

kumari buat homework

Meskipun tradisi Kumari ini unik dan menjadi tarikan pelancong, upacara pemilihan dan gaya hidup Kumari sentiasa mendapat kritikan daripada golongan aktivis hak kemanusiaan. Manakan tidaknya, 180 haiwan terseksa dan terkorban semata-mata untuk proses pemilihan. Calon-calon kumari yang berumur 3-4 tahun pula perlu melalui proses yang boleh meninggalkan trauma apabila mereka besar nanti. Gaya hidup Kumari yang seolah-olah terperangkap, tidak bebas bermain dan mempunyai hobi seperti kanak-kanak lain juga sentiasa menjadi topik bualan dan perdebatan dalam kalangan aktivis.

Sumber:

  1. Express.co.uk
  2. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)