Anda pernah tak berurusan dalam bidang-bidang berkaitan keselamatan, khasnya apabila melibatkan isu penggajian pengawal keselamatan?

Tahukah anda di negara kita sendiri, seandainya anda ingin mendapatkan khidmat kawalan sekuriti melibatkan pengawal dari Nepal; kadar bayaran yang akan dikenakan kepada anda lebih tinggi berbanding kumpulan pengawal tempatan lain?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pengawal dari Nepal mempunyai reputasi yang cukup cemerlang di negara kita dalam profesion kawalan keselamatan. Persoalannya - kenapa orang Nepal memikul reputasi tersebut?

Reputasi askar Gurkha semasa perang

pengambilan skuad gurkha di nepal

Orang Nepal zaman sekarang dipandang tinggi dalam hal ehwal berkaitan sekuriti disebabkan oleh sejarah yang telah mereka warisi - hasil daripada reputasi askar-askar Gurkha yang pernah berkhidmat di banyak negara khasnya negara jajahan British.

Digelarkan sebagai askar Gurkha kerana tempat asal mereka dikenali dengan nama Gorkhali, salah satu empayar dalam sejarah negara Nepal.

'Gurkha' merupakan istilah yang diambil daripada nama pahlawan Yogi Gorakhnath, salah seorang tokoh dalam masyarakat Nepal yang terkenal sebagai seorang yang gagah dan taat pada ajaran agamanya.

Sesuatu yang jarang diceritakan, sehingga kini askar British masih lagi mempunyai unit khas Briged Gurkha dalam angkatan tentera mereka dianggarkan seramai 3,500 orang.

Setiap tahun beribu pemuda Nepal cuba untuk menyertai kumpulan ini namun pengambilannya terhad, hanya untuk 220 ke 230 sahaja sekali pengambilan.

Terkenal sebagai kumpulan yang setia dan sangat berani, persepsi masyarakat dunia terhadap masyarakat Nepal banyak dibentuk daripada pandangan kita terhadap askar Gurkha sejak tahun 1816 sehinggakan masyarakat Nepal bukan Gurkha pun, turut sama mendapat faedahnya.

Hidup susah menjadi punca utama orang Nepal merantau

pengawal keselamatannepal

Pengawal sekuriti Nepal bukan sahaja mempunyai reputasi baik di negara kita; mereka sebenarnya sangat terkenal di seluruh dunia sebagai kumpulan kawalan yang sangat fokus kepada kerjanya.

Di mana-mana negara sekalipun, jika kita sebut saja pengawal keselamatan - pilihan utamanya sudah tentulah orang Nepal. Oleh sebab itulah ramai orang Nepal, tak kiralah mereka pesara askar Gurkha, askar biasa dan bekas polis selalunya sanggup keluar negara bagi mencari pendapatan.

Ini disebabkan oleh situasi negara mereka sendiri yang tidak mampu menawarkan pendapatan lebih baik.

Dipacu oleh keperluan untuk memperbaiki keadaan hidup, orang-orang Nepal ini merantau ke seluruh dunia mencari rezeki - sehinggakan ekonomi Nepal sendiri sangat bergantung kepada pengaliran wang masuk dari kumpulan-kumpulan ini.

Dianggarkan 25 ke 30% pendapatan negara Nepal datang daripada kumpulan ini setiap tahun, menyalurkan kembali wang yang telah mereka kumpul kepada keluarga untuk dibelanjakan semula.

Kerja berisiko tinggi demi mengawal keselamatan

kenapa pak guard security kebanyakan dari nepal

Berkhidmat dalam bidang yang berbahaya membuka diri mereka kepada risiko yang sukar dijangka. Begitulah pengalaman yang perlu dilalui warga Nepal yang memilih untuk berkhidmat di luar negara.

Warga Nepal berkhidmat dalam kelompok yang besar di negara-negara Asia Barat selain daripada negara kita, Korea Selatan dan Singapura. Ada juga di antara mereka yang diminta berkhidmat di negara-negara bergolak seperti Afghanistan, yang membawa risiko lebih tinggi.

Antara insiden melibatkan pengawal keselamatan Nepal adalah insiden pengeboman sebuah bas yang sedang membawa sepasukan pengawal, dalam perjalanan ke lokasi kawalan mereka di Kedutaan Kanada yang terletak di Kabul.

Insiden yang didalangi seorang pengebom berani mati mengorbankan 13 nyawa pengawal Nepal dan dua orang pengawal dari India serta mencederakan beberapa orang lain, termasuklah warga Afghanistan sendiri.

Ekoran kebimbangan yang tercetus selepas kumpulan pengganas mula mensasarkan pasukan pengawal Nepal, kerajaan Nepal memperkenalkan larangan pekerja mereka untuk hadir ke Afghanistan serta beberapa negara bergolak lain, seperti Libya, Syria dan Iraq pada bulan Jun 2016.

Larangan bekerja di Afghanistan itu hanya berkuatkuasa selama 4 bulan sebelum ditarik balik sementara larangan melibatkan negara lain masih kekal berjalan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)