Nafsu lelaki mempunyai 'ragam' tersendiri, khasnya bila melibatkan wanita dan seksualiti. Dalam dua isu ini, ramai kalangan lelaki sanggup melakukan apa saja demi memastikan kemahuan mereka tercapai.

Satu kisah paling menarik melibatkan nafsu liar kaum lelaki adalah melibatkan tabiat kaum lelaki di negara Uganda, mahu disusukan isteri-isteri mereka sama seperti bayi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tabiat itu yang berlaku secara sulit di kalangan ahli masyarakat mereka, hanya mula dibincangkan secara terbuka pada tahun 2018; mencetuskan perbalahan di kalangan ahli masyarakat Uganda sendiri.

Ini adalah kisah bagaimana lelaki Uganda percaya menyusu bagaikan bayi mampu memperkuatkan diri mereka, sehinggakan ada bayi kelaparan susunya habis ditelan bapa sendiri.

Pendedahan dalam Parlimen Uganda

menteri kesihatan uganda dedah amalan hisap susu oleh suami

Pada 1 haribulan Ogos tahun 2018, Menteri Kesihatan Uganda (ketika itu) Sarah Opendi membentangkan kepada parlimen kritikan terhadap satu tabiat aneh kaum lelaki Uganda yang cuba didiamkan selama ini.

Wujud satu budaya dibimbangi semakin berkembang di kalangan lelaki Uganda yang gemar memaksa isteri-isteri mereka menyusukan mereka.

Apa yang dibimbangi oleh beliau dan kementerian yang diwakilinya ketika itu, berpunca daripada aktiviti ini banyak laporan diterima melaporkan insiden bayi-bayi kurang mendapat susu, sehingga kehilangan zat yang sepatutnya mereka perolehi.

Laporan-laporan yang diterima juga menunjukkan ramai pasangan memilih untuk memulakan pemberian susu formula kepada bayi mereka, pada usia lebih awal disebabkan ketiadaan susu ibu yang disedut licin suami.

Lebih melucukan, kes-kes wanita yang mengalami masalah jangkitan pada bahagian payu dara disebabkan oleh gigitan si suami juga skerap diterima pasukan perubatan.

Hasil kajian ringkas yang dijalankan kementerian kesihatan Uganda melibatkan beberapa daerah di negara tersebut, berjaya mengenalpasti budaya menyusukan suami ini berlaku secara berleluasa tanpa ada pihak cuba menanganinya.

Hanya selepas didedahkan di parlimen barulah perbincangan mengenai isu ini serta kesedaran berkenaan risiko amalannya, mula diutarakan secara lebih terbuka.

Kenapa lelaki Uganda mahu disusukan?

budaya uganda menghisap susu isteri

Berikutan pendedahan Opendi, sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kyambogo dari Kampala, ibu negara Uganda beserta penyelidik dari University of Kent, Britain mula menjalankan penyelidikan berkenaan fenomena yang cuba didiamkan pasangan Uganda ini.

Faktor utama yang cuba mereka perhalusi dalam kajian peringkat awal, adalah untuk menjawab soalan kenapa amalan itu dilakukan pasangan-pasangan. Jawapan yang mereka terima amat mengejutkan serta mampu membuatkan anda tertawa.

Dalam laporan yang diterbitkan pada awal tahun 2020, mereka mendapati majoriti lelaki yang mahu disusukan isteri mereka sebenarnya memaksa isteri mereka melakukannya atas faktor kesetiaan dan simbol kasih sayang.

Isteri-isteri pula disebabkan takut atau bimbang suami mereka akan main kayu tiga, memilih untuk mendiamkan diri sehingga mengabaikan hak anak sendiri. Ada juga wanita yang bimbang dikasari suami, membiarkan sahaja tabiat suami walaupun sedar kesannya pada bayi.

Laporan itu menjelaskan di kalangan segelintir lelaki Uganda turut memaksa amalan ini pada isteri, disebabkan oleh kepercayaan mereka bahawa susu badan isteri mampu memberikan mereka tenaga dan memperkuatkan organ seksual mereka.

Ada juga individu yang percaya susu ibu jika diambil secara kerap mampu menyembuhkan penyakit seperti AIDS dan kanser.

Majoriti lelaki yang mengamalkan tabiat ini mengakui mereka merasa lebih tenang dalam hidup selepas disusukan. Ada yang ketagih, menjadikan tabiat itu satu keperluan setiap hari.

Gejala penyusuan lelaki dewasa yang cuba disembunyikan

lelaki uganda teman isteri menyusu

Satu penemuan yang membimbangkan kumpulan penyelidik adalah berkenaan ketiadaan usaha lebih serius pihak perubatan, khasnya mereka yang menerima kes bayi kurang zat - dalam membanteras amalan ini.

Beberapa orang doktor yang berjaya ditemubual pada awalnya cuba menepis soalan-soalan berkaitan isu ini, menafikan penularannya di kalangan ahli masyarakat.

Hanya selepas mereka didedahkan dengan hasil kajian serta kertas kerja yang turut sama melibatkan ahli parlimen dan kementerian, barulah pakar perubatan mula membuka mulut menceritakan pengalaman mengendalikan kes bayi kurang zat serta kes-kes kecederaan payu dara wanita, disebabkan oleh tindakan lelaki yang rakus mahu menyusu.

Lebih menyedihkan, kes-kes jangkitan pada mulut bayi disebabkan oleh kuman daripada mulut bapa yang kotor semasa menyusu, juga telah dilaporkan berlaku menular.

Beberapa daerah di Uganda berjaya dikenalpasti sebagai kawasan utama tabiat ini berleluasa secara sulit seperti di daerah Buikwe, di mana tabiat ini agak popular diamalkan.

Budaya aneh penyusuan suami masyarakat Kenya

lelaki kenya mahu disusukan

Selain Uganda, amalan serupa juga dilaporkan berlaku di negara Tanzania dan Kenya. Bagi lelaki Tanzania, menyusu seperti bayi mampu membantu mereka pulih selepas mabuk.

Sementara bagi segelintir wanita di Kenya khasnya daerah Kakamega, banyak keluarga di sana mengamalkan amalan menetapkan satu buah dada wanita khas hanya untuk penyusuan suami - di mana anak dilarang daripada disusukan dengannya.

Mereka yang mengamalkan amalan ini percaya seandainya anak itu disusukan dengan buah dada yang dikhaskan untuk ayahnya, anak itu akan meninggal dunia serta membawa nasib malang pada ibu bapanya selepas itu.

Yang membimbangkan, amalan itu telah menjadi tradisi selepas sekian lama diwariskan generasi ke generasi di kalangan para ibu sendiri, yang berpegang kepada keperluan itu agar tidak memberikan sebarang kesan kepada anak mereka.

Sehinggakan setiap hari ada di kalangan ayah di Kenya yang perlu disusukan terlebih dahulu sehingga kenyang sebelum anak, bagi memastikan keluarga mereka terus kekal sejahtera.

Rujukan

The worrying findings of the male breastfeeding culture in Uganda




Hakcipta iluminasi.com (2017)