Kisah kehamilan dan kelahiran menerusi kaedah bayi tabung uji, atau nama lainnya, In Vitro Fertilisation bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat kita. Malah, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza sendiri kini sedang hamil buat kali pertama hasil daripada kaedah ini.

Sumber gambar: BeautifulNara

Secara umumya, bayi yang lahir menerusi kaedah IVF ini disenyawakan di luar rahim. Telur dan sperma bakal ibu bapa akan disenyawakan secara banyak kerana keberkesanan kaedah ini bukanlah 100%. Boleh jadi percubaan IVF pertama gagal, jadi embryo yang selebihnya boleh digunakan untuk proses IVF yang kedua, dan sebagainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

ivf

Sekiranya kaedah IVF telah berjaya pada percubaan pertama, apa yang akan dilakukan terhadap embryo yang selebihnya itu?

Seiring dengan perkembangan teknologi, baki embryo yang belum diguna boleh dibekukan untuk kegunaan masa hadapan. Bagi sesetengah negara pula, embryo-embryo yang telah beku itu boleh didermakan kepada pasangan yang mandul.

Disenyawakan pada tahun 1992.

Inilah kisah seorang bayi yang bernama Emma Wren Gibson, seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada tahun 2017 namun disenyawakan 25 tahun yang lalu. Dia juga merupakan pemegang rekod tidak rasmi embryo yang paling lama dibekukan.

bayi tahung uji berusia 25 tahun

Sumber: The Atlantic

Yang lebih unik lagi, ibu angkat yang melahirkan Emma ( bukan ibu kandung yang berkongsi genetik dengan Emma), Tina Gibson hanya ‘setahun lebih tua’ berbanding ‘usia sebenar’ Emma.

Tina Gibson dan pasangannya, Benjamin Gibson sudah 6 tahun mendirikan rumah tangga. Namun, disebabkan masalah kesihatan yang dialami oleh Benjamin, mereka tidak mampu memiliki zuriat. Ayah Emma telah menyarankan pasangan tersebut untuk mengambil ‘embryo’ angkat’. Menerusi program ini, Emma berpeluang untuk memiliki anak angkat dan merasa sendiri proses kehamilan dan kelahiran, meskipun bayi tersebut bukanlah anak hasil perkongsian genetik mereka.

keluarga gibson dan bayi tahung uji mereka emma

Sumber: NBC News

Emma telah dibekukan pada 14 Oktober 1992, ketika Tina berusia 18 bulan. Hampir 25 tahun kemudian, pada 25 November 2017 barulah Emma dilahirkan ke dunia. Meskipun 'usia' Tina dan Emma dekat, mereka tidak berkongsi sebarang pertalian darah, mahupun genetik. Tina hanyalah ibu angkat tumpangan yang melahirkan Emma.

Kewujudan teknologi seperti IVF mampu membantu pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga namun masib belum dikurniakan cahaya mata. Tetapi, seperti cerita kelahiran Emma, wujud pelbagai pertikaian mengenai kaedah ini, terutamanya dari sudut pandangan moral. 

Tidak salah untuk pasangan mencuba kaedah ini dengan menggunakan telur dan sperma masing-masing, namun pertikaian mula wujud apabila kes unik seperti kelahiran Emma ini wujud. Bagaimana pula pandangan dari sudut agama dan masyarakat kita?

Secara teori, menurut seorang pakar bernama Berry Behr, menerusi Scientific American, embryo yang telah dibekukan boleh bertahan selama hampir dua abad. Meskipun begitu, kaedah ini mampu membuatkan kecelaruan keturunan sekiranya embryo yang dibekukan itu digunakan dalam kalangan ahli keluarga.

“ Seiring dengan masa, keadaan, dan usia, sesebuah keluarga berkemungkinan untuk tidak menggunakan embryo mereka yang telah 50 tahun dibekukan. Namun, secara teorinya, sekiranya anak perempuan anda sudi untuk menjadi ibu angkat tumpang bagi embryo anda yang telah dibekukan, ia tidak mendatangkan masalah. Hal ini kerana, seseorang manusia yang lahir menerusi kaedah IVF mesti mempunyai ramai baki adik-beradik embryo nya yang masih dibekukan. Sekiranya dia juga mempunyai masalah kesuburan dan ingin mengambil adik-beradik embryo menjadi anak angkat nya, hal ini tidak mendatangkan masalah jika dilihat secara saintifik. Masih belum wujud kes seperti ini, namun semuanya tidak mustahil” 

Benar, secara teori dan secara saintifik, memang boleh. Namun, hal ini akan menimbulkan kekeliruan yang boleh menganggu ketenteraman minda. Penulis berharap tiadalah kes seperti yang diramalkan oleh pakar ini berlaku dalam kehidupan sebenar kita.

Sumber:

  1. Jelita
  2. The Washington Post
  3. The Atlantic



Hakcipta iluminasi.com (2017)