Tidur adalah keperluan yang tersangat penting dalam hidup manusia.

Bagi haiwan, walaupun waktu rehat tidak sama seperti yang kita alami, namun kebanyakan spesis haiwan di dunia masih memerlukan tidur untuk meneruskan kehidupan.

Malah, kepercayaan bahawa ikan tidak tidur adalah mungkin tidak benar kerana kebanyakan daripada ikan membiarkan separuh otaknya dalam keadaan terjaga dan sebahagian lagi dalam keadaan tidak sedar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Begitu juga dengan burung unta, yang menggunakan kaedah yang sama untuk berehat dan berjaga-jaga terhadap pemangsa.

Bagi manusia, kekurangan tidur membawa kemudaratan malah ia mampu membunuh.

suku kaum piraha

(Suku kaum Piraha)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes di mana hanya beberapa jam tidur dalam sehari sahaja sudah mencukupi, seperti yang berlaku kepada suku kaum Piraha di Amazon.

Orang Piraha hanya tidur pendek pada siang hari yang cukup untuk memulihkan sistem badan daripada keletihan. Dan ini membuktikan bahawa tiada siapa yang boleh bertahan tanpa tidur.

Berapa lama manusia boleh bertahan tanpa tidur?

Beberapa tahun lalu, seorang lelaki bernama Tony Wright berjaya memecahkan rekod tidak tidur selama 264 jam atau 11 hari, yang dicatatkan oleh Randy Gardner pada tahun 1964.

tony wright

(Tony Wright)

Malang bagi Tony, pengorbanannya selama 266 jam dan mana-mana percubaan berikutnya untuk memecahkan rekod ini tidak akan diakui oleh Guinness atas sebab-sebab kesihatan.

Walau bagaimanapun, ahli magik David Blaine baru-baru ini mendakwa bahawa dia berhasra untuk menewaskan rekod yang sepatutnya dipecahkan oleh Tony. 

Walaupun individu-individu ini cuba untuk mencipta sejarah dengan aksi tanpa tidur mereka, ramai yang mencadangkan bahawa pesakit yang menderita insomnia yang teruk mungkin telah memecahkan rekod ini berkali-kali, tetapi cenderung untuk tidak bercakap gah tentang perkara ini.

Kisah ajaib Thái Ngọc

thai ngoc tak tidur selama lebih 40 tahun

Dan salah satu kes itu ialah Thái Ngọc, seorang petani Vietnam yang dilahirkan pada tahun 1942.

Pada suatu hari pada tahun 1973, Thái Ngọc diserang demam yang kelihatan seperti tiada apa-apa. Apabila demam hilang, Thái Ngọc mendapati bahawa dia mengalami insomnia teruk.

Beranggapan bahawa masalah itu akan hilang dalam beberapa hari, dia tidak begitu bimbang tentangnya. Kini, lebih daripada 40 tahun kemudian, Thái Ngọc masih tidak dapat tidur selepas diserang demam tersebut.

Dan selepas tidak tidur lebih daripada 12,000 malam, anda mungkin beranggapan bahawa dia telah mati. Akan tetapi, apa yang hanya berlaku kepada Thái Ngọc adalah masalah kecil pada organ hatinya sahaja.

Satu-satunya rungutan oleh Thái Ngọc adalah dia agak mudah marah kerana kekurangan tidur. 

Gejala-gejala kurang tidur

thai ngoc tak tidur selama lebih 40 tahun 2 452

Apa yang biasanya berlaku apabila tubuh manusia tidak tidur terlalu lama?

Sesiapa yang pernah tidak tidur semalaman mungkin biasa dengan gejala seperti kerengsaan, fungsi kognitif yang berkurangan, ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian, keletihan yang teruk dan banyak lagi.

Bagi mereka yang meneruskan perkara ini untuk beberapa hari, gejala-gejala ini menjadi lebih teruk.

Menurut Dr. Vikas Wadhwa dari Sleep Services Australia, terdapat penyakit jarang berlaku yang mengganggu tidur dan boleh menyebabkan kemerosotan fungsi mental serta motor dengan lebih teruk.

Malah, haiwan yang kekurangan tidur juga boleh mati. 

Terdapat gangguan yang dikenali sebagai Fatal Familial Insomnia, di mana sebagai sebahagian daripada perkembangan gangguan ini, pesakit tidak dapat tidur dan kematian biasanya berlaku dalam tempoh beberapa bulan hingga beberapa tahun.

Tetapi bolehkah keperluan penting bagi manusia ini dapat diatasi?

Dalam kes Tony Wright, bahagian utama daripada tidak tidur selama 266 jam tersebut adalah untuk meneruskan penyelidikannya terhadap tidur.

Dia mencadangkan bahawa jumlah tidur yang berbeza diperlukan untuk kedua-dua belah otak. Malah, dia memakan makanan khas dan membuat persediaan berhati-hati yang lain untuk melakukan aksi ini. 

Keajaiban perubatan?

thai ngoc tak tidur selama lebih 40 tahun 4

Thái Ngọc kini yang berusia 77 tahun berkata bahawa kekurangan tidur tidak memberikan apa-apa kesan terhadapnya dari segi fizikal. Malah, dia mampu mengangkat 2 guni beras seberat 50 kilogram setiap satunya sejauh lebih 3 kilometer setiap hari.

Namun, Thái Ngọc bukanlah menahan diri daripada tidur untuk menunjuk-nunjuk, memecahkan rekod atau membantu projek penyelidikan.

Malah, dia masih mencuba segalanya dengan sedaya-upaya untuk tidur. Dan walaupun telah mengambil ubat-ubatan moden dan tradisional untuk insomnianya, Thái Ngọc masih tidak mampu tidur. 

Dia juga mengambil alkohol dengan banyak untuk cuba tidur, namun masih tidak berjaya.

Menurut pakar perubatan yang telah memeriksa petani ini, kesihatan Thái Ngọc kelihatan dalam keadaan sempurna, kecuali fungsi hati yang sedikit terjejas.

thai ngoc tak tidur selama lebih 40 tahun 4 125

Dalam temuramah oleh Thanh Nien News pada tahun 2016, Thái Ngọc berkata, "Saya tak tahu sama ada insomnia ini telah memberikan kesan kepada kesihatan saya atau tidak, tetapi saya masih sihat dan boleh melakukan kerja-kerja pertanian dengan normal seperti orang lain,".

Persoalannya adalah, apa yang sebenarnya berlaku di sebalik keajaiban tanpa tidur ini?

Menurut Dr. Wadhwa, satu penjelasan yang mungkin dalam persepsi. Beliau mengatakan bahawa untuk sesetengah pesakit insomnia, keupayaan untuk memerhatikan dengan jelas tentang perbezaan antara tidur dan terjaga mungkin kurang.

Beliau berkata bahawa subjek mungkin berasakan seperti mereka hanya berehat, tetapi sebenarnya mereka sedang tidur. Mereka juga mungkin mengalami "micronaps", iaitu tidur yang tersangat pendek.

thai ngoc tak tidur selama lebih 40 tahun 3 54

Mircosleep berlaku apabila sebahagian daripada otak anda menjadi letih dan memutuskan untuk mengambil beberapa saat dengan cepat untuk tidur.

Hampir semua orang mungkin mengalami ini apabila letih, dan otak kita terpadam sementara dan kemudian sedar kembali.

Ini mungkin apa yang berlaku kepadaThái Ngọc, namun ia masih belum dipastikan dengan tepat. 

Walaupun Thái Ngọctelah menerima perhatian media, saintis masih belum mengkaji kesnya dengan terperinci.

Sementara itu, Thái Ngọc menggunakan waktu "tambahannya" pada waktu petang untuk melakukan kerja ladang tambahan.

Rujukan:

1. Petani Vietnam Tak Tidur Lebih 40 Tahun

2. Thai Ngoc

3. Lelaki Yang Tak Pernah Tidur




Hakcipta iluminasi.com (2017)