Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mendedahkan kos pembikinan muzik video rasmi I Am Me yang mencecah jumlah kira-kira RM1 juta.
Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman berkata, dia sanggup berhabis wang yang banyak demi menghidupkan kisah di sebalik lirik lagu I Am Me ke dalam bentuk visual.
Kos muzik video adalah termasuk kos pembikinan, kostum dan barang kemas.
Kos keseluruhan hampir sejuta. Saya membeli khas barang kemas untuk dipakai ketika penggambaran. Bukan apa, ini konsep yang ingin ditonjolkan sesuai dengan lirik lagu. Kos pembikinan mencecah RM180,000, pakaian dan prop RM80,000, prop tambahan RM30,000, cincin berlian RM300,000 dan beberapa barangan kemas lain bernilai ratusan ribu."
Sumber: Harian Metro
Tambah Vida, jumlah kos melambung tinggi disebabkan elemen yang diterapkan adalah berunsurkan kemewahan.
Dia berani menjanjikan sesuatu yang luar biasa sekaligus bakal menjadi satu seumpamanya muzik video di Malaysia.
Dengan segala usaha yang diletakkan sewaktu menjayakan penggambaran, kini Vida tidak sabar menanti video hasil daripada kreativiti pengarah.
Muzik video ini sangat mewah dan luar biasa. Ini muzik video pertama seumpamanya di negara kita yang digarap sebegitu. Diakui proses pembikinan sangat susah ditambah dengan jadual kerja saya yang padat. Saya bukan riak tetapi mahu ekspresikan lirik 'living lavida' yang berkaitan dengan duit. Ini kerana bila bercakap fasal duit, ia memang menarik minat orang. Semua elemen kemewahan yang didambakan ramai orang ada dalam muzik video ini. Apa saya boleh katakan, ia memang menarik dan tidak sabar menunggu hasilnya.
Sumber: Harian Metro
Muzik video sentuhan pengarah Ghaz Abu Bakar itu akan mula menemui peminat pada penghujung bulan ini.
Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida