Oleh pada 31 Oct 2022 kategori

Kredit: Instagram @aedyxashraf 

 

Setelah mendiamkan diri buat seketika gara-gara sebuah kontroversi liar, pelakon dan pengacara Aedy Ashraf berkongsi perkembangan terkininya yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama.   

 

Digandingkan bersama penyanyi dan aktres Nabila Razali, beliau menafikan kewujudan 'cinta lokasi' antara mereka berdua yang pernah dikaitkan dengan gimik percintaan hasil kerjasama menjayakan video muzik lagu Pematah Hati.

"Tiada rasanya. Saya rasa profesionalisme antara kami berdua sangat kuat. Ia hanya semata-mata kerja. Kalau anda nampak macam ada cinta sedikit tu.. mungkin adalah daripada keserasian yang kita bina di set," jelasnya.  

Kredit: Melodi / YouTube @TV3Malaysia

 

Meskipun terpaksa berjauhan atas komitmen kerja, permata hati kepada dramatis Liza Zain itu bagaimanapun tidak menjadikan kerancakan kerjaya sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.  

 

"Ibu saya sangat memahami dan banyak menolong. Biasanya, saya akan luangkan masa dengan keluarga bila saya ada cuti. Saya akan bawa dia pergi bercuti dan makan bersama. Itu sahajalah yang saya mampu buat buat masa sekarang," ujarnya.

Kredit: Melodi / YouTube @TV3Malaysia

 

Enggan mengulas lanjut tuduhan merampas kekasih seorang individu, beritahu aktor berusia 29 tahun itu, beliau berada dalam keadaan baik dan menghargai keprihatinan yang diberikan akan 'kehilangan'nya.  

 

"Saya ada sahaja di sini. Sihat walafiat. Sibuk dengan kerja dan juga perkara peribadi berkaitan kehidupan dan keluarga," jawabnya.

Kredit: Melodi / YouTube @TV3Malaysia

 

Komen Pilihan

 

aedy ashraf didakwa bercium di kelab malam 749

"Terima kesalahan dan baiki diri untuk kebaikan di masa hadapan. Berbalik kepada iman bro.. selesai masalah," nasihat seorang pengguna YouTube.

 

Temubual Penuh

 

Untuk lebih berita hiburan dan gosip menarik, tonton Melodi setiap Ahad, 12.30 tengah hari dan Mbuzz setiap Isnin-Jumaat, 9 malam di TV3 atau secara atas talian di YouTube atau Tonton. Ikuti laman sosial rasmi mereka di Instagram dan Facebook.

 

Sumber:

YouTube TV3MALAYSIA Official 

Berita Harian 

Wikipedia Aedy Ashraf 




Hakcipta iluminasi.com (2017)