Oleh pada 30 Sep 2022 kategori

Kredit: Instagram @aedyxashraf

 

Tular sebuah rakaman aksi bercumbu seorang lelaki dikatakan mirip pelakon Aedy Ashraf bersama seorang gadis di sebuah kelab malam.

 

Menerusi perbandingan dengan sebuah foto yang tidak diketahui butirannya, terdapat telahan bahawa jejaka tersebut adalah pelanduk dua serupa bekas pelakon drama Tentang Bulan itu berdasarkan corak baju, pemakaian aksesori, gaya rambut dan bentuk mukanya yang kelihatan berbeza.

  

 

"Patutlah Melodi telefon, dia 'tutup' telefon. Aku risau itu 'kembar' dia," tulis seorang pemerhati.

 

Selain didakwa sebuah video lama, terdapat andaian lain mengatakan ia adalah sebuah perbuatan khianat yang disengajakan untuk menjatuhkan aktor itu.

 

"Perempuan tu rancanglah. Siap rakam. Nampak lelaki tu tadah telinga, ingat nak bisik. Perempuan tu tiba-tiba tarik muka untuk cium," petik sebuah lagi komen.

  

 

Kali terakhir muncul dalam telefilem berjudul Setia April lalu, sesetengah netizen pula bersangka baik dengan beranggapan pemilik nama penuh Mohammad Addy Ashraf Rosmadi itu sedang menjalani penggambaran bagi projek terkininya.

 

"Jangan memandailah. Mungkin filem baru atau iklan komersil," celah seorang netizen yang lain.

 

Didakwa sebagai perampas, rancangan hiburan Melodi baru-baru ini bagaimanapun melaporkan pelakon terbabit gagal dihubungi untuk memberikan penjelasan.

 

Laporan Penuh

 

Komen Pilihan

aedy ashraf didakwa perampas

 

"Takut bukan dia, tidak fasal jatuh fitnah. Sebab video pun tidak berapa jelas," tulis seorang pengguna TikTok.

 

Untuk lebih berita hiburan dan gosip menarik, tonton Melodi setiap Ahad, 12.30 tengah hari dan Mbuzz setiap Isnin-Jumaat, 9 malam di TV3. Ikuti laman sosial rasmi mereka di Instagram dan Facebook.

 

Sumber:

YouTube TV3MALAYSIA Official

TikTok @babythiaa0 

Wikipedia Aedy Ashraf 




Hakcipta iluminasi.com (2017)