Oleh pada 12 Nov 2017 kategori

nabila razali aedy ashraf bercinta 2

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali akui hubungannya dengan aktor Aedy Ashraf masih dalam fasa berkawan.

Aktres yang melonjak namanya menerusi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, gandingan bersama Alif Satar ini berkata dia masih dalam proses mengenali hati budi pelakon tampan itu dan belum lagi sampai ke tahap bercinta.

"Kami baru kenal kira-kira sebulan lalu dan masih dalam proses mengenali hati budi.

"Tiada apa-apa hubungan istimewa pun, buat masa ini hanya berkawan, belum sampai tahap bercinta lagi," katanya memetik laporan portal Mstar Online.

Nabila mengulas tentang gambarnya bersama Aedy yang dimuat naik di laman Instagram.

Bukan sahaja status hubungan mereka dipersoal, malah tindakan Nabila menutup ruangan komen turut menjadi tanda tanya.

Namun, Nabila menjelaskan tindakannya itu untuk mengelakkan netizen bertelegah dan melemparkan kata-kata kesat.

nabila razali aedy ashraf bercinta 1

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

"Saya tutup ruang komen kerana tak mahu peminat bergaduh sesama sendiri sehingga mengeluarkan kata-kata kesat.

"Bagi saya laman sosial adalah ruangan untuk saya berkongsi mengenai karier dan perjalanan aktiviti harian saya.

"Tak seronoklah pula kalau baca komen-komen negatif sebab laman sosial ini turut digunakan oleh pelbagai lapisan usia," katanya.

Sehingga kini foto tersebut meraih lebih 42 ribu tanda suka dan turut menjadi tular di Facebook dan Twitter.

Kata Nabila, dia berasa selesa berkawan dengan pelakon Hero Seorang Cinderella itu kerana kematangan yang dimiliknya.

"Aedy matang, gentleman, periang dan senang diajak berbual. Sejujurnya, buat masa ini saya selesa berkawan dengannya," ujarnya.

Mengenai perkembangan terkini, penyanyi lagu Pematah Hati ini sedang meneruskan sesi penggambaran drama Matahari Terang Lagi yang bakal memulakan siarannya di RTM tidak lama lagi.

Sumber berita: Mstar Online

tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)