Dato' Saifuddin Abdullah telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri yang baharu oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Selain daripada Kementerian Dalam Negeri yang mana kebanyakan daripada rakyat Malaysia tak tahu apa fungsi dan tugasnya, Kementerian Luar Negari juga dilihatkan mengalami perkara yang sama.

dato saifuddin abdullah menteri luar negeri yang baharu

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kementerian ini yang juga dikenali sebagai Wisma Putra adalah nadi perhubungan antarabangsa dan dasar luar negara. Tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri adalah menjaga kepentingan nasional Malaysia serta menyumbang kepada masyarakat antarabangsa dengan adil dan saksama melalui diplomasi yang proaktif.

fungsi dan tugas kementerian luar negeri 157

Perkara yang dipertanggungjawabkan di bawah kementerian ini termasuklah hubungan politik, hal ehwal ekonomi, keselamatan, promosi sosial dan kebudayaan.

Antara tugas-tugas lain Kementerian Dalam Negeri adalah:

  1. Menjamin keselamatan dan kepentingan Malaysia di luar negara
  2. Menyediakan perkhidmatan yang baik dan berkesan kepada pihak berkepentingan kementerian di dalam dan di luar negara
  3. Bekerjasama secara kolektif dengan negara-negara lain bagi mewujudkan persekitaran yang baik demi pembangunan nasional
  4. Bergiat aktif sebagai ahli badan-badan dan pertubuhan antarabangsa
  5. Memberi sumbangan dalam menggalakkan perbincangan dan persidangan berkenaan isu-isu antarabangsa

Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri

1. Jabatan Hubungan Dua Hala Politik dan Ekonomi

jabatan hubungan dua hala politik dan ekonomi

Memupuk, memelihara dan meningkatkan hubungan dua hala yang erat dengan semua negara tanpa mengira sistem politik atau ekonomi adalah misi utama jabatan ini. Hubungan dua hala tersebut merangkumi aspek:

  1. Politik dan keselamatan
  2. Ekonomi dan perdagangan
  3. Sosial dan kebudayaan
  4. Sains dan teknologi. 

2. Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hal

fungsi dan tugas kementerian luar negeri 2

Datuk Seri Anifah Aman, bekas Menteri Luar Negeri

Jabatan ini pula bertanggungjawab melindungi, meningkatkan, menegakkan dan memperjuangkan kepentingan Malaysia di persada antarabangsa. Tugas-tugas utama jabatan ini adalah:

  1. Meningkatkan kerjasama ekonomi dan politik pelbagai hala dengan negara lain dan juga dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa
  2. Melindungi imej dan reputasi negara daripada gambaran yang kurang tepat oleh pihak lain dalam pelbagai mesyuarat dan forum antarabangsa
  3. Mempromosikan dan melobi bagi keahlian dan pencalonan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa
  4. Bekerjasama dengan kementerian dan agensi kerajaan lain bagi memastikan penyelarasan yang cekap dan berkesan dalam menguruskan isu-isu antarabangsa dalam usaha menegakkan kepentingan Malaysia.

3. Jabatan Khidmat Pengurusan

fungsi dan tugas kementerian luar negeri 3

Jabatan Khidmat Pengurus berfungsi meningkatkan dan mengukuhkan pengurusan yang berkaitan dengan pembangunan kakitangan dan organisasi. Ia terdiri daripada 9 bahagian yang bertanggungjawab dalam pelbagai fungsi iaitu:

  1. Bahagian Pentadbiran dan Keselamatan
  2. Bahagian Konsular
  3. Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  4. Bahagian Kewangan
  5. Bahagian Pembangunan
  6. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Inspektorat
  7. Bahagian Parlimen dan Hal ehwal Korporat
  8. Audit Dalam
  9. Unit Komunikasi Korporat

4. Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik

Bagi membantu kementerian dalam penyediaan penilaian analitis dalam ramalan mengenai perkembangan dan keadaan dasar luar negara, Jabatan Perancangan Dasar dan Strategik ditubuhkan.

Jabatan ini mengambil pandangan strategik jangka masa panjang tentang arah aliran semasa di peringkat serantau dan global, bertujuan memastikan dasar luar Malaysia sentiasa selaras dengan kepentingan negara dan perkembangan pesat yang berlaku di rantau ini dan di peringkat antarabangsa.

5. Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia

sekretariat kebangsaan asean malaysia

Sekretarian ini bertujuan:

  1. Menyelaras pendirian Malaysia tentang isu berkaitan dengan kerjasama serantau di peringkat ASEAN
  2. Mertindak sebagai tuan rumah persidangan, mesyuarat dan seminar berkaitan secara bergilir
  3. Mewakili Malaysia dalam mesyuarat pada peringkat ketua-ketua kerajaan, Menteri dan pegawai dalam forum ASEAN dan rakan dialog ASEAN

6. Jabatan Penyelidikan, Triti Dan Perundangan Antarabangsa

Jabatan ini membantu kementerian dan kedutaan di luar negara menyediakan nasihat dalam isu-isu perundangan antarabangsa.

Ia juga memastikan kepentingan Malaysia dilindungi dalam perbincangan dua hala mengenai tuntutan bertindih ke atas wilayah dan kawasan maritim dengan mengambil kira perjanjian dan triti perbatasan wilayah yang berkuat kuasa dengan pendirian Malaysia tentang isu berkenaan.

7. Jabatan Protokol

fungsi dan tugas kementerian luar negeri 4

Fungsi utama jabatan ini adalah memastikan hubungan Malaysia dan negara lain dijalankan menurut protokol antarabangsa dengan mengambil kira budaya negara ini.

Selain itu, jabatan ini turut berfungsi memastikan kedutaan asing, Pejabat Konsular dan Pertubuhan Antarabangsa di Malaysia diberikan keistimewaan dan imuniti yang tertakluk di bawah Konvensyen Vienna.




Hakcipta iluminasi.com (2017)