Jawatan Menteri Dalam Negeri yang baharu baru sahaja diumumkan iaitu dipegang oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak seperti jawatan-jawatan menteri lain yang diketahui fungsinya berdasarkan nama kementerian itu sendiri, masih ramai yang tertanya-tanya apakah fungsi kementerian ini.

Jadi dengan iluminasi.com ingin berkongsikan mengenai fungsi dan tugas-tugas Kementerian Dalam Negeri yang boleh dirumuskan kepada 9 bidang utama, iaitu seperti yang berikut:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Keselamatan dan ketenteraman awam

fungsi dan tugas kementerian dalam negeri

Fungsi utama kementerian ini adalah untuk memelihara, mengekal dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam daripada sebarang ancaman, sama ada dari dalam atau luar negara.

Kementerian ini juga menjalankan penguatkuasaan ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri.

2. Hal ehwal pendaftaran

fungsi dan tugas kementerian dalam negeri 2

Memastikan pengurusan daftar penduduk di negara ini teratur mengikut Perlembagaan negara. Ia termasuklah pendaftaran bayi selepas lahir dan sebagainya.

3. Hal ehwal imigresen dan pekerja asing

fungsi dan tugas kementerian dalam negeri 3

Memastikan pengurusan pengeluaran dokumen perjalanan, urusan keluar/masuk warganegara dan warga asing teratur serta pemberian pas yang bersesuaian kepada warga asing yang tinggal di negara ini selaras dengan akta dan peraturan imigresen.

4. Pengurusan pertubuhan

img 20180513 163036

Memastikan pengurusan pendaftaran pertubuhan serta persatuan-persatuan teratur mengikut undang-undang berkuat kuasa sedia ada. Seperti yang anda sedia maklum, setiap pertubuhan rasmi haruslah berdaftar dan ia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

5. Anti-dadah 

fungsi dan tugas kementerian dalam negeri 5

Meningkatkan usaha membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah. Kementerian Dalam Negeri juga bertanggungjawab meningkatkan keberkesanan pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah.

6. Kawalan penerbitan dan teks Al-Quran

fungsi dan tugas kementerian dalam negeri 6

Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan, percetakan dan pengedaran bahan-bahan penerbitan; dan Memastikan kesahihan dan mencegah penyelewengan teks dan bahan Al-Quran.

7. Kawalan filem

fungsi dan tugas kementerian dalam negeri 7 169

Mengawal selia dan menguatkuasakan aktiviti penerbitan dan pengedaran filem. Ini bermakna segala penerbitan filem-filem di Malaysia akan dipantau oleh kementerian ini bagi menjamin tiada pelanggaran undang-undang berlaku.

8. Pengurusan sukarelawan

pengurusan sukarelawan fungsi dan tugas kementerian dalam negeri 8

Memastikan pengurusan sukarelawan yang cekap bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara, di samping bertindak sebagai 'mata dan telinga' Kerajaan serta menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosioekonomi setempat.

9. Pemulihan dan pelaksanaan hukuman

pemulihan dan pelaksanaan hukuman fungsi dan tugas kementerian dalam negeri 2

Menteri Dalam Negeri juga bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan hukuman dan penahanan yang selamat terhadap pesalah. Selain itu, peningkatkan keberkesanan program pemulihan terhadap pesalah juga berada di atas bahu kementerian ini.

Sumber: MOHA




Hakcipta iluminasi.com (2017)