Iluminasi.com dalam artikel yang lalu telah menerangkan secara ringkas mengenai tugas dan fungsi Kementerian Menteri Dalam Negeri yang mana kebanyakan daripada kita tidak benar-benar tahu. 

Kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca mengenai tugas dan fungsi Kementerian Pertahanan Malaysia pula. Ya, pasti ramai yang mengetahui fungsi kementerian ini daripada namanya kan?

BESARKAN TEKS     A-  A+

menteri pertahanan mat sabu

Namun, ia tidaklah semata-mata dalam menjaga dan mempertahankan Malaysia sahaja, dan terdapat lebih lagi tugas-tugas kementerian ini yang kini diterajui oleh YB Haji Mohamad bin Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu

Sejarah awal Kementerian Pertahanan

tun abdul razak menteri pertahanan malaysia pertama

Pada 31 Ogos 1957, Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan dan beroperasi secara rasmi di sebuah bangunan yang terletak di Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur (dahulunya Jalan Brockman). Pejabat Menteri Pertahanan yang pertama yang mana jawatan ini dipegang oleh Tun Abdul Razak pada ketika itu juga terletak dalam bangunan ini. 

Tun Abdul Razak berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan Malaysia yang pertama dari 31 Ogos 1957 sehingga 22 September 1970. Pada tahun 1960, Bangunan Kementerian Pertahanan pertama telah dibina dengan kos RM122,000 oleh Kerajaan Persekutuan terletak di Jalan Padang Tembak.

Pada tahun 1985, bangunan 21 tingkat yang dikenali sebagai Wisma Pertahanan juga di Jalan Padang Tembah, telah siap bagi bagi menampung kesemua agensi di bawah satu bumbung.

Pejabat panglima-panglima dan Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia dari ketiga-tiga perkhidmatan juga ditempatkan di sini.

Tugas Menteri Pertahanan

mohamad sabu menteri pertahanan malaysia 2

Menteri Pertahanan merupakan individu yang bertanggungjawab memimpin dan menerajui Kementerian Pertahanan serta dibantu oleh seorang Timbalan Menteri.

2 perkhidmatan utama yang terkandung dalam organisasi Kementerian Pertahanan adalah Perkhidmatan Awam dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang masing-masing diketuai oleh Ketua Setiausaha dan Panglima Angkatan Tentera.

Terdapat beberapa jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertahanan yang menjalankan tugas-tugas tertentu. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

angkatan tentera malaysia tugas dan fungsi kementerian pertahanan

Objektif utama angkatan bersenjata di Malaysia ini adalah untuk mempertahankan kedaulatan negara dan melindungi dari semua jenis ancaman. ATM bertanggungjawab membantu pihak berkuasa untuk :

  1. Mengatasi segala ancaman antarabangsa
  2. Mengekalkan ketenteraman awam 
  3. Membantu ketika berlakunya bencana alam
  4. Mengambil bahagian dalam program pembangunan negara

ATM juga mengekalkan dan menaikkan keupayaan dalam bidang antarabangsa untuk menegakkan dasar asing negara yang terlibat di bawah bimbingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

2. Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE)

tugas dan fungsi kementerian pertahanan 2

STRIDE merupakan akronim kepada Science Technolology Research Institute for Defence atau Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan, adalah sebuah jabatan yang melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan juga industri pertahanan tempatan.

Teknologi sains ini digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang dan peringkat sama ada dalam keadaan aman atau semasa perang.

3. Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)

jabatan hal ehwal veteran atm tugas dan fungsi kementerian pertahanan

Fungsi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM adalah menguruskan dan membayar faedah persaraan pesara ATM. Ia juga berfungsi membayar bayaran bantuan kebajikan dan perubatan bagi para pesara.

Antara 3 bahagian utama jabatan ini adalah Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Latihan Dan Penempatan serta Bahagian Pembangunan Usahawan dan Sosioekonomi. Fungsi-fungsi lain JHEV :

  1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan skim bantuan kebajikan dan pendidikan
  2. Memberi "tambah nilai" kemahiran sedia ada kepada bakal pesara dan Veteran ATM dalam persaingan pasaraan guna tenaga negara.

4. Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)

jabatan latihan khidmat negara tugas dan fungsi kementerian pertahanan

Pada 30 Oktober 2002, Mesyuarat Kabinet telah membentuk sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) bertujuan mengkaji keperluan pelaksanaan kerahan tenaga.

Ia dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan dianggotai oleh tujuh Menteri, seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan 5 Timbalan Menteri. Istilah "Khidmat Negara" telah diterima bagi menggantikan istilah Kerahan Tenaga.

Tugas utama jabatan ini adalah mengendalikan Program Khidmat Negara. Bagi membantu Jawankuasa Induk menyediakan perancangan dan menyelaraskan keperluan pelaksanaan Program Khidmat Negara, 4 jawatankuasa kecil telah ditubuhkan iaitu:

  1. Jawatankuasa Kecil Kewangan
  2. Jawatankuasa Kecil Kurikulum
  3. Jawatankuasa Kecil Undang-Undang
  4. Jawatankuasa Kecil Logistik

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah ditubuhkan di bawah kementerian ini sebagai agensi pelaksana Program Latihan Khidmat Negara. Fungsi utama JKLN adalah menggubal dasar dan peraturan serta menyediakan PLKN secara terancang ke arah mencapai matlamat Dasar Latihan Khidmat Negara.

5. Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)

perhebat tugas dan fungsi kementerian pertahanan 2

Ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Tabung Angkatan Tentera 1994, PERHEBAT ditubuhkan berfungsi memberikan latihan peralihan, kebajikan, penempatan pekerjaan dan pembangunan usahawan.

Namun, selepas penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM di bawah Kementerian Pertahanan, PERHEBAT ditugaskan memberi tumpuan hanya kepada aktiviti latihan sahaja, manakala tugas asal yang lain digalas oleh JHEV.

6. Depot Simpanan Pertahanan

depot simpanan pertahanan tugas dan fungsi kementerian pertahanan

Depot Simpanan Pertahanan berfungsi sebagai lokasi penyimpanan stok kenderaan dan peralalatan ATM. Ia terletak di Sungai Buloh berkeluasan 85 ekar dan dibina disebabkan menyedari kepentingan stok simpanan kenderaan dan peralatan apabila berlakunya darurat, ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969.

Depot ini berada di bawah tanggungjawaab Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.

7. Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia (MAFCA)

mafca tugas dan fungsi kementerian pertahanan

Malaysian Armed Forces Cataloguing Authority (MAFCA) atau Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia adalah satu badan kuasa yang berfungsi mewujudkan dan membentuk satu bahasa perbekalan bersama berlandaskan Sistem Kodifikasi NATO dalam kalangan pengguna sistem ini di Malaysia dan di antara negara luar yang mengamalkan sistem ini.

Sistem ini digunakan secara perintis oleh 4 kementerian dan agensi kerajaan iaitu:

  1. Kementerian Pertahanan
  2. Kementerian Kesihatan
  3. Jabatan Pengairan dan Saliran
  4. Polis Di Raja Malaysia

Apa yang anda perlu tahu tentang Mat Sabu

Mat Sabu co-founded and organized Unit Amal PAS. Strategy of Kepimpinan Ulama also he had a big hand in. Same as Negara Berkebajikan. He was in the founding team of Bersih, and was supportive of handing it to civil society to fully take over. If you've spoken to him you'd find he is much smarter than the goofy persona he shows. Especially if you discuss psywar and political strategy. He has a good hand on the grassroots pulse. - Emmanuel Joseph

Saksikan Mat Sabu 'Speaking'

Sumber: 

1. MOD

2. Kakba




Hakcipta iluminasi.com (2017)