Oleh pada 02 Apr 2017 kategori

piramid

Sehingga kini, masih tiada siapa yang tahu bagaimana piramid-piramid di Mesir dibina. Kebanyakan piramid-piramid ini dibina sebagai kubur kepada firaun-firaun iaitu pemerintah di Mesir dan isteri-isteri mereka ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan lama dan pertengahan. Sejak dari Era Dinasti (2950 B.C.), batu diukir menjadi keranda tempat menyimpan mayat diraja, dan ditanam ke dalam tanah. Ia kemudiannya dilitupi dengan mengunnakan batu-batu yang rata di atas permukaan tanah menjadi seperti bangunan segi empat yang dikenali sebagai "mastabas".

mastaba

Mastaba

Piramid yang tertua dibina sekitar tahun 2630 B.C di Saqqara, untuk firaun Djoser dalam era dinasti ketiga. Dikenali sebagai "Step Pyramid", ia bermula daripada bentuk mastaba tetapi berkembang menjadi sesuatu yang lebih hebat. Arkitek yang bertanggungjawab membina piramid adalah Imhotep, seorang paderi dan pembantu firaun. Sepanjang pemerintahan firaun Djoser selama 20 tahun, piramid dibina dengan menyusun 6 lapisan batu yang mencapai ketinggian 62 meter, dan merupakan bangunan tertinggi ketika itu. Step Pyramid ini dikelilingi oleh halaman, kuil dan tempat-tempat suci yang mana akan dinikmati oleh Djoser selepas kematiannya.

step pyramid

Step Pyramid

Selepas kematian Djoser, Step Pyramid menjadi struktur biasa bagi kubur diraja. Selepas beberapa lama, berlaku perubahan kepada bentuk dan struktur Step Pyramid ini. Binaan sekelilingnya diratakan menjadi licin dan tiada lagi struktur seperti tangga pada piramid. Ia adalah piramid yang biasa kita lihat hari ini. Piramid pertama yang dibina yang dengan struktur ini adalah Red Pyramid di Dahshur dibina untuk Firaun Sneferu (2613-2589 B.C.)

red pyramid

Red Pyramid

Tiada piramid yang diraikan dan dikenali lebih daripada Great Pyramids di Giza yang terletak di dataran rata di Nile River di pinggir bandar Cairo. Piramid yang paling tua dan terbesar di antara tiga piramid di Giza, yang dikenali sebagai Great Pyramid, adalah satu-satunya struktur yang masih bertahan di antara 7 keajabaian dunia zaman purba. Ia dibina bersempena firaun Khufu, pengganti firaun Sneferu. Sisi piramid ini berukuran 230 meter dan ketinggian asalnya adalah 147 meter menjadikannya piramid tertinggi di dunia. 3 piramid kecil dibina sebari dengan Great Pyramid adalah bersempena permaisuri-permaisuri firaun Khufu, dan sebuah kubur dijumpai berdekatan yang mengandungi keranda kosong milik ibunya, permaisuri Hetepheres.

all gizah pyramids

Great Pyramids of Giza

Lebih kurang 2.3 juta blok batu yang setiap satunya seberat 2268kg perlu dipotong, dihantar dan disusun untuk membina Great Pyramid firaun Khufu. Menurut ahli sejarah Greek, Herodotus, ia mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan dan memerlukan tenaga pekerja seramai 100,000 orang, namun bukti arkeologi menunjukkan tenaga pekerja hanyalah seramai 20,000 orang. Juga ada versi sejarah lain yang mengatakan piramid ini dibina oleh hamba atau orang luar yang dipaksa untuk bekerja. 

Dengan teknologi yang sangat canggih pada masa ini, ia diragui boleh menandingi teknologi pembinaan piramid ini. Bukan sahaja Giza dikatakan mempunyai binaan yang paling maju di zaman purba, ia juga merupakan satu-satunya piramid di dunia yang mempunyai 8 sisi. Dan dengan batu-batu yang sangat berat, bagaimana mereka mempunyai jentera yang canggih untuk mengangkatnya?

Apa yang menyedihkan, tiada seorang pakar pun yang dapat membongkar misteri yang menyelubungi piramid-piramid ini hingga sekarang, kerana di dalam video ini terdapat dokumentari, mereka cuba untuk menerangkan proses yang digunakan untuk membina piramid. Walaupun kita tidak dapat memastikan sama ada teori ini betul atau tidak, ia adalah konsep yang menarik. 


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)