Jika disebutkan mengenai piramid, pastinya majoriti daripada kita membayangkan piramid yang terdapat di Giza, Mesir. Namun, terdapat sebuah sangat misteri yang mana anda mungkin tak pernah dengar dan tahu.

Piramid ini terletak di Daerah Cavalier, North Dakota, Amerika Syarikat. Struktur yang mempunyai bentuk piramid misteri ini mewakili titik perlanggaran dua dunia dalam radar yang besar. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar

Namun, ada yang mempercayai bahawa fasiliti ini digunakan untuk tujuan yang lebih besar. Ramai ahli ufologi (berkenaan UFO) dan penyelidik mempersoalkan reka bentuk pelik kompleks ini yang mana mengapa ia perlu dibina dengan bentuk piramid.

Mengapa ia perlu menyerupai piramid kuno yang dibina beribu-ribu tahun lalu di Mesir, Amerika dan asia? Apakah hubungan yang mungkin ada pada fasiliti ini dengan keajaiban purba tersebut?

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 8

Mungkinkah piramid yang dibina pada zaman moden ini membuktikan teori yang menyokong bahawa orang purba tidak menghasilkan piramid mereka sebagai makan dan monumen, tetapi sebagai struktur yang mempunyai tujuan lebih besar?

Tujuan piramid radar ini adalah untuk mengesan dan memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh Kesatuan Soviet yang boleh mengancam Amerika Syarikat, ketika Perang Dingin.

Pangkalan radar "berteknologi tinggi" ini dilengkapi dengan 30 peluru berpandu pemintas LIM-49A Spartan dan 16 peluru berpandu jarak pendek yang boleh memusnahkan ancaman seperti peluru berpandu yang masuk ke tanah AS.

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 3

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 4

Pihak tentera AS percaya bahawa kompleks baru ini akan menyediakan keselamatan dan cara yang baru yang canggih untuk menghapuskan ancaman serangan peluru berpandu nuklear dari USSR kerana kemampuannya memintas peluru berpandu musuh sebelum mencapai tanah AS iaitu di atmosfera.

Dengan kelengkapan seperti radar yang terletak di setiap sisi, piramid ini menyediakan liputan 360 darjah dan mampu mengesan peluru berpandu antara benua di jarak 1,100 kilometer dan memintas mereka sebelum masuk semula.

Kongres di Washington DC telah menerbitkan gambar-gambar dan luksan pembinaan pangkalan asas peluru berpandu ketenteraan dengan bentuk piramid ini pada tahun 1975. 

piramid chich n itz mexico piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 2

Dalam gambar yang diambil oleh Benjamin Halpern dari kerajaan AS, peringkat pembinaan yang berbeza itu kelihatan sangat serupa dengan reka bentuk piramid Mexico, iaitu Kukulkan yang terletak di kompleks arkeologi Chichen Itza.

Bahagian dalaman piramid ini sama seperti luarannyaa yang sangat menakjubkan dan menjadi pangkalan bawah tanah yang terletaknya bilik kawalan dan sistem pemantauan. Kesemua bilik-bilik ini disambungkan kepada rangkaian radar yang dahsyat, di seluruh tanah AS.

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 00

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 0

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 6

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 7

Pembinaanya seolah-olah seperti dalam filem Star Wars, namun reka bentuknya yang unik telah membangkitkan persoalan.

Stesen berteknologi tinggi ini "ditutup secara rasmi" hanya empat bulan selepas dibuka. Namun, laporan berkenaan mengapa fasiliti yang menelan kos berpuluh juta ini ditutup selepas 4 bulan beroperasi masih belum dibuat.

Ada yang mempercayai stesen ini tidak berkesan, dan yang lainnya percaya bahawa kos operasi yang tersangat tinggi.

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 9

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 879

piramid misteri di amerika syarikat yang anda tak pernah dengar 5

Tidak ketinggalan ada yang percaya bahawa ia masih beroperasi sehingga kini, bukan sebagai kompleks pertahanan tetapi fasiliti seperti Pangkalan Dulce.

Ahli ufologi menyatakan bahawa kerajaan AS tidak akan mensia-siakan komplek yang menelan kos yang tinggi ini dan percaya bahawa piramid futuristik ini adalah struktur yang sangat penting bagi AS. Juga terdapat laporan tentang kewujudan benda pelik menyerupai UFO yang terbang berdekatan piramid ini.

Wallahualam.

Rujukan:

1. Ancient Code

2. Atlas Obscura

3. Gizmodo




Hakcipta iluminasi.com (2017)