Bahasa Melayu adalah bahasa yang sangat unik dan mempunyai keisitimewaan tersendiri. Keunikan bahasa ibunda kita antaranya terletak di sebalik penggunaan simpulan bahasa dan juga peribahasa.

Kedua-dua ini digunakan oleh orang-orang dahulu untuk memaksudkan sesuatu secara berkias.

Ia masih digunakan sehingga kini, namun hanya sesetengah peribahasa sahaja yang digunakan dan masih terdapat banyak peribahasa yang kita tak pernah diketahui. iluminasi.com ingin kongsikan 70 peribahasa yang sangat jarang didengari.

bagai kucing dibawakan lidi senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar 2

1. Bagai kucing dibawakan lidi

Maksud : Berlari kerana ketakutan

2. Seperti katak disimbah air

Maksud : Seseorang yang tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan

3. Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya

Maksud : Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya

4. Adat gajah terdorong

Maksud : Orang yang berkuasa sering menyalah gunakan kuasanya

5. Akal labah-labah, di gua buruk suka merakut

Maksud : Orang jahat yang suka menipu orang

akal labah labah di gua buruk suka merakut senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

6. Air keruh, ikan limbat keluar

Maksud : Apabila berlaku keadaan kacau bilau atau huru-hara, orang jahat akan mencari untung

7. Alim bagai katak di tepi air

Maksud : Mempunyai banyak  ilmu tetapi ilmu itu tidak mendatangkan faedah kepada dirinya

8. Yang tinggi tampak jauh, yang dekat julung bersua

Maksud: Dalam sesuatu usaha, pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah yang mendapat pujian atau celaan

9. Asal terbang burunglah, asal insang ikanlah

Maksud: Tidak memilih-milih

10. Awak tikus, hendak menampar kepala kucing

Maksud: Ingin melakukan sesuatu tapi tidak berdaya

bagai kacang direbus satu senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

11. Bagai kacang direbus satu

Maksud: Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung

12. Bagai jawi terkurung siang

Maksud: Sangat gelisah kerana tidak bebas.

13. Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk

Maksud: Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding  (belang puntung = merah kehitam-hitaman, jawi = lembu)

14. Bagai ilak bercerai dengan benang

Maksud: Bercerai untuk selama-lamanya (ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun)

15. Bagai haruan di dalam tuar

Maksud: Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah (tuar = lukah)

bagai haruan di dalam tuar senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

16. Bagai hantu makan dedak

Maksud: Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya

17. Bagai getah dibawa ke semak

Maksud: Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.

18. Bukannya diretak panas

Maksud: Sesuatu kejadian itu berlaku kerana terlalu banyak diperkatakan orang

19. Buka mata pasang telinga, tutup mulut simpan di hati

Maksud: Sesuatu perkara yang tidak ada sangkut-paut dengan kita, boleh juga dilihat dan didengar, tetapi jangan dicampuri mulut

20. Bingung tengkar, cerdik begar

Maksud: Orang-orang yang sukar diajak muafakat (tengkar = bantah, begar = susah, keras)

bertegang urat leher berkeras buku lidah senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar 265

21. Bertegang urat leher, berkeras buku lidah

Maksud: Tidak mahu mengalah

22. Bertampar biar sama bercincin, bertendang biar sama bersepatu, bercakar biar sama bercanggai

Maksud: Mencari lawan biarlah dengan orang yang sepadan dengan kita (canggai = kuku buatan)

23. Bersukat darah, bertimbang daging

Maksud: Melawan sampai mati

24. Bila pula biawak duduk?

Maksud: Pertanyaan untuk sesuatu yang mustahil

25. Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan

Maksud: Mudah membuat janji tapi sukar melaksanakan

anak kuda bulu kasap senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

26. Anak kuda bulu kasap

Maksud : Anak muda yang tidak tahu susah

27. Yang tajam tumpul, yang bisa tawar

Maksud: Segala persengketaan dapat diselesaikan dengan perbincangan dan perkataan yang lemah lembut

28. Yang pekak pelepas bedil, yang buta pengembus lesung, yang bisu penggera ayam, yang lumpuh penghuni rumah

Maksud: Setiap orang ada fungsinya

29. Yang berbaris, yang berpahat; yang bertakuk, yang bertebang

Maksud: Kerja ikut peraturan

30. Yang berpuru selalu hendak menggaru

Maksud: orang yang bersalah tidak pernah tenang hatinya.

yang buntal kutil mengutil yang jerung luluh meluluh senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

31. Yang buntal kutil-mengutil, yang jerung luluh-meluluh

Maksud: Yang miskin hidup berjimat-cermat, yang kaya boros berbelanja

32. Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia

Maksud: Seorang yang telah bertunang, akhirnya orang lain yang berkahwin dengan tunangnya

33. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam

Maksud: Yang malas disuruh mengawasi yang malas juga, akhirnya sia-sia sahaja

34. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak jua

Maksud: Walau bagaimana sekalipun orang biadap diajar, akan kelihatan juga perangainya yang kurang baik

35. Usir asap, meninggalkan api

Maksud: Mengharap untung besar yang belum pasti, dibuang untung kecil yang ada

usir asap meninggalkan api senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

36. Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak

Maksud: Nasib tidak dapat diubah

37. Upah bidan pun tidak berbayar

Maksud: anak-anak nakal yang menyusahkan ibu-bapanya

38. Terenang-renang tak hanyut, terapung-apung tak timbul

Maksud: Nampak sibuk bekerja tapi hasilnya tak seberapa

39. Terdorong kaki badan merasa, terdorong lidah emas padahnya

Maksud: Berbuat sesuatu mestilah berhati-hati

40. Terendam sama basah, terampai sama kering

Maksud: Perhubungan yang sangat karib

terdorong gajah kerana besarnya senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

41. Terdorong gajah kerana besarnya

Maksud: Malang kerana kelebihannya

42. Terbuka mulut, terpancut hati

Maksud: Orang yang banyak bercakap, tak pandai menyimpan rahsia

43. Bagai kaca terhempas ke batu

Maksud: Sangat sedih atau kecewa

44.  Kepala ke bawah, kaki ke atas

Maksud: Orang yang selalu sibuk bekerja tak henti-henti siang malam

senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

45. Mati puyuh hendakkan ekor 

Maksud: Ingin mendapat sesuatu yang tidak mungkin tercapai

46. Tak dahaga si penunggu telaga

Maksud: Berkawan dengan orang pandai tak akan susah

47. Mati enau tinggal di rimba

Maksud: Orang yang hina jika mati tidak akan disebut orang lagi

48. Laksana pohon kayu tidak berbuah 

Maksud: Ilmu yang ada tidak digunakan

49. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

Maksud: Orang lelaki yang merisik bakal isterinya

bagai belacan dikerat dua yang pergi busuk yang tinggal hanyir senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

50. Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir

Maksud: Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak

51. Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh

Maksud: Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

52. Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh

Maksud: Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar

53. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

Maksud: Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa atau biadab

54. Batu pun empuk, jangankan hati manusia

Maksud: Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras

55. Seberapa panjang sarung, begitulah panjang matanya

Maksud: Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang

ada beras taruh dalam padi senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

56. Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja

Maksud:Pemberian yang tidak ada ertinya

57. Ada beras, taruh dalam padi

Maksud: Rahsia hendaklah disimpan baik-baik

58. Sampai bersalam, pulang berterajang

Maksud: Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat

59. Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain, buangkan aku

Maksud: Isteri yang mencari kekasih lain

60. Buat di alang tahun, belayar di luar musim

Maksud: Melakukan sesuatu salah masa

61. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang

Maksud: Urus hal sendiri dahulu baru urus hal orang

kalau kerbau sekawan dapat dikawali manusia seorang tiada dapat dimaklumi senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

62. Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi

Maksud: Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya

63. Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan

Maksud: Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi

64. Longgar sendat lapang bertukul

Maksud: Hanya berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya tidak

65. Segigi tajam bertimbal, nak hujung pangkal menjelma

Maksud: Orang yang mempunyai dua pendirian

66. Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung

Maksud: Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan

jangan menumbuk di periuk bertanak di lesung senarai peribahasa yang anda tak pernah dengar

67. Di mana tumbuh, di situ disiang

Maksud: Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga

68. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang

Maksud: Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya

69. Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait

Maksud: Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan

70. Intan dikalungkan di leher anjing

Maksud: Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya

Rujukan:

1. itla4amthal

2. Peribahasa

3. Kujie2

4. Malay Arts

5. Sam Senangje


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)