Oleh pada 06 Jul 2019 kategori

Kita dan negara Indonesia memang datang daripada keturunan yang serupa. Pelbagai bukti yang menunjukkan hubungan itu wujud di dalam masyarakat kedua-dua negara.

Nak berborak dengan orang Indonesia pun sangat mudah, tidak memerlukan kita belajar bahasa baru kerana kita sebenarnya berkongsi bahasa yang sama. Walaupun begitu, bahasa yang kita gunakan mula berubah dengan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia, membawa identiti sendiri yang sedikit sebanyak akan mengelirukan kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pernah tak anda terkejut orang Indonesia tiba-tiba mencarut tak tentu pasal? Ini adalah enam perkataan yang kita kongsi, tetapi sangat jelas membawa maksud yang langsung tak serupa.

1. Maksud perkataan Punggung

pinjam punggung

Kami mulakan dengan istilah yang lebih lembut terlebih dahulu.

Kita semua tahu punggung di negara kita digunakan bagi merujuk kepada bahagian tubuh manusia atau haiwan yang sensitif. Selain itu, istilah punggung juga digunakan dalam bahasa Melayu sebagai rujukan kepada bahagian belakang sesuatu, seperti 'punggung parang' yang bererti hulu parang.

Manakala di Indonesia pula, punggung merujuk kepada keseluruhan bahagian belakang badan seseorang, dari leher sehinggalah ke bawah tubuh. Walaupun wujud sedikit saja perbezaan, pasti agak aneh sekiranya seorang Indonesia mendengar seorang lelaki Malaysia memuji punggung seorang gadis.

Dalam gambar di atas, seorang tentera meminjamkan punggungnya kepada Presiden Jokowi untuk membolehkan dia menulis dengan selesa.

2. Maksud perkataan Butuh

aku butuhkan kamu

Sesuatu yang harus kita fahami, secara rasminya kita dan Indonesia berkongsi makna yang sama dalam menterjemahkan istilah 'butuh.' Kedua-dua negara dalam kamusnya menyebut 'butuh' membawa makna 'keingingan' atau 'kemahuan' untuk memiliki, mempunyai sesuatu sama ada dalam bentuk orang, objek atau apa saja bentuk.

Bagaimanapun, penggunaan 'butuh' di negara kita mempunyai makna kurang sopan, merujuk kepada bahagian kepala zakar lelaki dan ayat yang selalu didengari adalah 'kepala but*h kau' atau 'aleuto', mengikut istilah beberapa remaja generasi millenial. Kenapa perkataan 'butuh' digunakan sebagai perkataan lucah? Anda tahu? Kongsikan dengan kami.

3. Maksud perkataan Buntut

sup buntut asli indonesia

Sekiranya anda berjalan-jalan di Indonesia, jangan terkejut pula seandainya anda terjumpa gerai yang menjual sup buntut. Istilah 'buntut' dalam bahasa Indonesia sebenarnya merujuk kepada bahagian ekor, jadi memesan 'sup buntut' samalah seperti memesan sup ekor di Malaysia.

Bagaimanapun, orang Malaysia kena tahulah sikit - sekiranya anda buka kamus bahasa kita dan cari perkataan 'buntut', perkataan itu sebenarnya tidak direkodkan membawa makna punggung.

'Buntut' sebenarnya merujuk kepada sejenis tumbuhan renek dengan nama saintifiknya adalah 'Lasianthus oblongus.' Orang kita memanggil pokok itu pokok sekentot.

4. Makna perkataan Pantat

buntut kuali

Di negara kita harus diakui, pantat membawa satu maksud yang sangat kurang enak iaitu alat kelamin wanita yang menjadi organ terpenting peranakan dan penggunaan ini betul mengikut tatabahasanya.

Bagaimanapun, kita dan Indonesia sebenarnya sama berkongsi maksud yang serupa juga dalam penggunaan perkataan ini.

'Pantat' juga bererti kawasan punggung seseorang atau bahagian belakang atau bawah benda, seperti kuali atau periuk dalam kedua-dua bahasa - jadi penggunaan istilah 'pantat kuali' atau 'pantat cawan' sebenarnya tidak salah.

Malangnya kita segan nak sebutkan, betul?

5. Makna perkataan Gampang

semuanya gampang

Berborak dengan warga Indonesia, perkataan gampang selalu sekali diucapkan mereka. Pernah sekali berborak dengan kontraktor perumahan, semua perkara yang ditanyakan kepada dia dijawab dengan ayat 'gampang' atau 'gampang sekali!'

Jangan salah faham pula. Pada mereka 'gampang' bererti mudah atau senang diusahakan, menggambarkan sesuatu yang tidak sukar untuk dipenuhi. Jadi janganlah terasa pula seandainya ada orang Indonesia menggampangkan anda.

Apa yang menariknya - kita pun sebenarnya berkongsi perkataan serupa dengan makna yang serupa, cuma kita tidak mengamalkan penggunaannya. Jadi kita lebih kerap mendengar perkataan 'gampang' digunakan bagi merujuk kepada 'anak-anak haram' sajalah.

6. Maksud lain perkataan Liwet

nasi liwet bu wongso

Perkataan 'liwat' sudah lebih 20 tahun bermain-main difikiran masyarakat kita ekoran pengaruh politik kurang sihat yang diamalkan pemimpin kita. Rasanya kita sudah tahu apa makna 'liwat' yang membawa makna melakukan hubungan jenis melalui dubur, tak kiralah untuk lelaki atau wanita.

Di Indonesia pula wujud satu istilah yang bunyinya hampir serupa dan jika kita tidak tahu, pasti akan menyebabkan pergaduhan. Istilah 'liwet' dalam bahasa Indonesia merujuk kepada perbuatan merebus sesuatu, kebiasaannya nasi.

Seandainya anda ingin dihidangkan nasi liwet di Indonesia, makanlah dengan tenang. Sekiranya anda diajak liwat di Malaysia, larilah sejauh yang boleh.




Hakcipta iluminasi.com (2017)