Bekas Presiden Korea Selatan sebelum ini bernama Park Geun-hye (Park sebagai nama keluarga).

Pendahulu beliau dalam jawatan itu bernama Lee Myung-bak dan sebelum Myung-bak iaitu bagi sebahagian besar tahun 1990-an, Korea Selatan diperintah oleh lelaki bernama Kim Dae-jung dan Kim Young-sam.

Dalam kediktatoran jiran Korea Utara, kita telah menyaksikan dinasti keluarga 60 tahun memaparkan pemimpin-pemimpin yang bernama Kim Jong-un, Kim Jong-il dan Kim Il-sung.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di luar bidang politik, beberapa rakyat Korea yang paling terkenal di dunia termasuklah pelakon dan Kim Soo-hyun, pemain bola sepak legenda Park Ji Sung, perenang Olimpik Park Tae-hwan, atlet meluncur Kim Yu-na, serta penyanyi terkenal lagi Gangnam Style iaitu Psy (nama sebenarnya Park Jae-sang).

nama keluarga park antara paling popular di korea

Di samping itu, syarikat ikonik Korea Selatan iaitu Samsung diasaskan oleh Lee Byung-chul dan kini diketuai oleh seorang lelaki bernama Lee Kun-hee.

Adakah anda dapat melihat satu corak di sini? 

Dalam fenomena yang mungkin unik kepada budaya Korea, yang mana terdiri daripada kira-kira 75 juta orang yang tinggal di semenanjung Korea dan 7 juta lagi di yang tinggal di luar negara, nama keluarga Kim, Lee dan Park ini sahaja sudah merangkumi hampir separuh daripada rakyat Korea.

Dan menurut Pejabat Statistik Kebangsaan Korea Selatan, nama keluarga Korea Selatan yang paling popular selepas tiga nama utama ini adalah: Choi, Jeong, Kang, Yoon, Jang dan Shin.

Tetapi "Kim" tetap menjadi juara dengan perbezaan yang sangat jauh, dengan statistik kerajaan mencadangkan bahawa lebih daripada 20% dari rakyat Korea (Korea Selatan dan Utara) memiliki nama keluarga ini, iaitu sekitar 10 juta orang di Korea Selatan sahaja.

Di Amerika Syarikat, nama keluarga yang paling popular ialah Smith, Jones dan Williams, tetapi mereka tidak menguasai landskap penamaan Amerika seperti yang dilakukan oleh Kim, Lee dan Park di Korea.

rakyat korea

Dan sudah tentu, Amerika Syarikat adalah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik jauh lebih tinggi daripada Korea.

Secara keseluruhan, mengikut pelbagai sumber, terdapat kurang daripada 250 nama keluarga yang digunakan di Korea.

Untuk perbandingan yang lebih jelas, Jepun dan Belanda mempunyai lebih daripada 100,000 nama keluarga aktif dalam setiap masyarakat.

Kekurangan nama keluarga Korea dan jumlah pemiliki nama keluarga Kim, Lee dan Park dikaitkan dengan sejarah feodal lama semenanjung ini dan hubungannya yang kompleks dengan negara jiran yang agresif iaitu China dan Jepun.

Hubungan Korea dan China

hubungan korea dan china

Dr. Donald Baker dari Jabatan Pengajian Asia di University of British Columbia di Kanada memberitahu International Business Times bahawa hubungan Korea dengan China secara khusus telah mempengaruhi nama keluarga yang terhad di Korea.

Orang Cina, yang mempunyai pengaruh penting terhadap sejarah dan budaya Korea, adalah kunci kepada perbincangan ini.

Nama-nama Korea menggunakan huruf-huruf Cina, yang menggambarkan penggunaan model-model penamaan Confucian (sebagai contoh, nama penuh) oleh golongan aristokrasi Korea sejak dahulu lagi seawal abad kelima.

Orang biasa di semenanjung Korea tidak mempunyai keistimewaan itu. Bagi sebahagian besar sejarah Korea, hanya golongan elit yang mempunyai nama keluarga.

Golongan-golongan elit ini cenderung untuk menggunapakai nama keluarga yang membuatkan dakwaan mereka menjadi munasabah bahawa mereka mempunyai nenek moyang dari China, sebuah negara yang sangat dikagumi Korea satu ketika dahulu.

Dan ketika itu, hanya terdapat beberapa nama keluarga sahaja.

Jadi, apabila orang biasa mula memperoleh nama keluarga selepas beberapa ketika, mereka menggunakan nama yang sudah digunakan untuk mendapat tempias martabat keluarga-keluarga yang sudah menggunakan nama keluarga tersebut.

Dr. Baker menyatakan dengan lebih lanjut bahawa Korea adalah masyarakat bangsawan hingga era moden, dengan hanya beberapa nama keluarga di puncak tangga sosial.

kerajaan silla korea

Dan ini mengehadkan bilangan nama keluarga "berprestij tinggi" yang ada.

Lee Sung-Yoon, penolong profesor Pengajian Korea di Sekolah Undang-undang dan Diplomasi Fletcher di Tufts University di Boston, memberitahu IBTimes bahawa semasa di penghujung dinasti Silla (57 BC – 935 AD) dalam sejarah Korea (bersamaan dengan abad ke-9 dan ke-10 era Kristian), amalan mengguna pakai nama keluarga Cina di kalangan bangsawan Korea menjadi popular.

Menurut beliau, "Kim" dan "Park" adalah nama utama dari zaman ini, dan Choi pula digunakan seketika kemudian.

Dan "Lee" adalah pengasas dinasti Kerajaan Chosun yang bertahan dari 1392-1910, dinasti pentadbiran terpanjang dalam sejarah dunia.

Sistem masyarakat berasaskan kelas dimansuhkan

kim jong kook dan lee kwang soo

(Pelakon dan penyanyi, LEE Kwang Soo dan KIM Jong Kook)

Pada akhir abad ke-19, berikutan pembaharuan dan pemansuhan tegar sistem kelas di Korea, penerapan rasmi nama keluarga Cina yang kebanyakannya terdiri daripada satu suku kata, menjadi biasa bagi lebih ramai penduduk Korea.

Apabila orang awam yang telah lama ditindas, yang mana sebelum ini tidak mempunyai nama keluarga kemudian diberikan "keistimewaan" untuk memilih satu nama keluarga, maka mereka memilih nama keluarga "mulia" seperti Kim dan Lee.

Sekitar 70% daripada orang Korea menggunakan nama-nama keluarga ini, yang bermaksud semua orang kecuali hamba.

Menjelang ketika Empayar Jepun merampas Korea pada tahun 1910 (selepas kejatuhan dinasti Chosun), kebanyakan orang Korea sudah mempunyai nama keluarga dan mereka yang tidak mempunyai nama keluarga iaitu golongan hamba mengguna pakai nama keluarga tuan mereka, yang juga terdiri daripada beberapa nama terhad.

Di bawah hierarki sosial yang ketat di mana hanya keluarga yang berpengaruh sahaja dihormati, orang-orang dari kelas sosial yang rendah mungkin mahu menutup latar belakang mereka dengan menggunakan nama keluarga yang mulia.

Ini dinyatakan oleh ahli antropologi Kim Young-un dalam koleksi esei bertajuk "Let's Talk About History and Future of Korea, China and Japan."

taburan nama keluarga korea

Kim Young-un menganggarkan bahawa lebih daripada 130 nama keluarga Korea diambil dari China.

Secara kebetulan, Lee (atau Li) juga merupakan salah satu daripada nama keluarga yang paling biasa Bumi, dengan sekurang-kurangnya 100 juta orang mempunyai nama itu, terutamanya di China.

Song Nai Rhee, seorang bekas dekan Northwest Christian University, menulis dalam akhbar Register-Guard of Oregon, bahawa Kim dan Lee adalah keluarga yang berkuasa di zaman purba dan zaman pertengahan Korea Selatan.

Salah satu kerajaan awal Korea iaitu Shilla (9 SM hingga 935 A.D.) ditubuhkan dan diperintah oleh keluarga Kim," katanya.

Dalam masa hampir 1,000 tahun, keluarga Kim menjadi bertambah banyak ketika golongan bangsawan yang memerintah ini bercabang menjadi banyak sub-puak berkuasa, seperti pokok gergasi dengan banyak akar yang menyebar ke seluruh tanah.

Proses yang sama membantu Lee menjadi nama keluarga yang dominan di Korea. 

Walau bagaimanapun, walaupun percambahan besar dalam penggunaan nama Kim dan Lee di Korea, namun orang yang membawa nama keluarga ini tidak semestinya berkaitan secara genetik, kerana mereka dibahagikan kepada beratus-ratus bon-gwan (keluarga serantau).

Sebagai contoh, keluarga "Kim Kyongju" dan "Kim Kimhae".

kim jong il dan anaknya kim jong un

(Kim Jong Il dan anaknya, Kim Jong)

Namun, apa yang pelik dan menarik adalah, undang-undang Korea lama mengharamkan lelaki dan wanita dengan nama keluarga yang sama untuk berkahwin antara satu sama lain, walaupun larangan ini tidak lagi wujud.

"Hakikatnya, orang yang mempunyai nama keluarga yang sama dan bon-gwan tidak berkahwin dengan satu sama lain," kata Sung-Yoon Lee.

Profesor Park dari Universiti Pennsylvania menegaskan bahawa di Korea Utara, pantang larang menikahi seseorang dengan nama yang sama dan nenek moyang yang sama tidak begitu diendahkan kerana rejim Komunis tidak menggalakkan apa-apa amalan dan adat istiadat yang dianggapnya sebagai "feudal."

Juga, kebanyakan orang Korea Utara tidak lagi tahu mengenai nenek moyang mereka lagi. 

Lebih mengelirukan, wanita Korea tidak dipaksa untuk mengguna nama keluarga suami selepas berkahwin, walaupun mana-mana anak yang dihasilkan secara automatik mewarisi nama bapa.

Walau bagaimanapun Lee Sung-Yoon berpendapat bahawa ini tidak mengimplikasikan wanita Korea menikmati hak yang lebih besar daripada rakan-rakan mereka di Barat, di mana isteri biasanya menggunakan nama keluarga suami mereka.

Sebaik sahaja wanita Korea sudah berkahwin, dan terutamanya selepas melahirkan anak, dia akan dikenali sebagai "Puan Kim" (bersempena suaminya, Encik Kim) atau "Ibu Jong Kook" jika anaknya bernama "Kim Jong Kook".

Dalam erti kata lain, 'identiti' wanita tersebut beralih kepada yang baru untuk memenuhi peranan tradisional sebagai isteri atau ibu.

keluarga korea selatan

Song Nai Rhee menekankan bahawa nama keluarga tersangat penting di Korea. Malah, ia memainkan peranan sosio-ekonomi dan politik yang penting.

Nama keluarga telah meningkatkan kerjasama dan saling membantu antara anggota puak melalui perpaduan puak. Sebagai contoh, mereka yang menguasai bidang politik boleh bergantung pada sokongan puaknya (nama keluarga yang sama).

Menariknya, menurut sumber, di kalangan asing warganegara asing iaitu orang dari China, Vietnam, Mongolia, Filipina dan lain-lain yang sejak kebelakangan ini telah menjadi warganegara Korea, nama keluarga Kim, Lee, Park dan Choi adalah nama yang paling popular diguna pakai.

Jadi, anggapan bahawa nama-nama ini berprestij masih bergema di Korea moden. 

Dari pelbagai sudut, Korea Selatan tetap menjadi masyarakat Confucian yang mementingkan kelas, walaupun terkesan dengan demokrasi dan kapitalisme serta kebangkitan para atlit serta penghibur Korea yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Malah, bagi sesetengah Kim dan Park ini, nama keluarga mereka masih membawa martabat yang dikatakan keturunan kelas atasan.

Rujukan:

1. Science Direct

2. IB Times

3. Economist




Hakcipta iluminasi.com (2017)