resort gunung kumgang 274

Apabila Korea Utara melancarkan serangan mengejut terhadap Korea Selatan pada tahun 1950, mereka mencetuskan salah satu perang saudara paling terkenal sepanjang zaman. Peperangan itu telah memisahkan ratusan ribu keluarga di kedua-dua negara itu.

Walaupun perperangan itu telah berakhir hampir 70 tahun lamanya, ketegangan antara kedua-dua negara itu masih kekal tinggi selama beberapa dekad kebelakangan ini. 

Apabila Korea Utara membenarkan para pelancong dari Korea Selatan untuk melawat Resort Gunung Kumang mereka pada tahun 1998, ia merupakan satu kejutan besar dalam bersejarah bagi penduduk kedua-dua negara itu mahupun dunia.

kedai di resort gunung kumgang

Resort Gunung Kumgang terdiri daripada sepuluh buah hotel, sepuluh restoran, padang golf 18 lubang, spa mata air panas dan juga hospital sendiri. Resort ini juga menjadi pernah tempat yang mewakili peralihan positif dalam hubungan kedua-dua negara ini. Selain itu, ia juga menjadi sumber pendapatan penting kepada Korea Utara.

Kini, resort yang mempunyai chandaliers besar dan dinding dihiasi dengan pemandangan gunung-ganang yang indah itu kelihatan sunyi. Malah, bilik-bilik tetamu di resort ini juga kosong dan kemudahan-kemudahan di sini tidak diselia dengan baik. Keadaan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan resort ini.

lobi resort gunung kumgang 370

Daripada tahun 1998 hingga 2008, Resort Gunung Kumgang ini menerima kira-kira dua juta pelancong warga Korea Selatan. Lawatan selama sehari atau tiga hari boleh ditempah melalui pakej kapal persiaran atau dengan menaiki bas melalui jalan yang baru dibina dari Zon Bebas Tentera Korea. 

Resort yang dimiliki oleh syarikat Korea Selatan Hyundai Asan ini juga menjadi tempat reunion keluarga yang terpisah akibat perang saudara. Program reunion ini biasanya dikendalikan oleh kerajaan kedua-dua negara itu. Dari tahun 2000 hingga 2010, kira-kira 22,000 orang telah bersatu semula dengan ahli keluarga tersayang sejak terpisah puluhan tahun lamanya.

reunion keluarga korea

Kemudian, semuanya berubah. Pada tahun 2008, seorang pengawal Korea Utara telah menembak mati Park Wang-ja, seorang pelancong dari Korea Selatan. Wanita berusia 53 tahun itu dikatakan telah memasuki Zom Ketenteraan ketika sedang berjalan di pesisir pantai, menurut kerajaan negara komunis itu. Wanita malang itu ditembak di bahagian perut dan kaki.

Kejadian itu telah menghentikan segala aktiviti pelancongan dan pertemuan yang sering dilakukan. Korea Utara juga telah memberhentikan semua pekerja warganeraga Korea Selatan di Resort Gunung Kumgang. Korea Utara juga enggan memberikan kerjasama apabila Korea Selatan menuntut penjelasan yang telus dan penyiasatan dilakukan bersama.

park wang ja

Park Wang-ja

Tiada sebarang harta benda yang boleh dibawa keluar oleh pekerja Korea Selatan dari resort itu. Mereka hanya diberi masa selama 72 jam sahaja oleh kerajaan Korea Utara untuk meninggalkan negara itu.

Korea Utara kemudian mengambil alih resort itu secara paksa dan membukanya kepada pelancong antarabangsa sahaja kecuali Korea Selatan. Hyundai Asan dan para pelaburnya dikatakan telah kehilangan lebih daripada RM 3.5 billion akibat pengambilalihan itu.

dewan di resort gunung kumgang

Walaupun pelbagai usaha dilakukan Korea Utara, Resort Gunung Kumgang kekal sebagai bayang-bayang kepada zaman kegemilangannya. Ada pelancong antarabangsa yang datang melawat resort itu tetapi kebanyakan kemudahan yang ada tidak digunakan. Mungkin kerana pekerja baru dari Korea Utara sendiri tidak tahu bagaimana cara mengendalikan jentera yang progresif.

Setelah industri pelancongan semakin merosot, kerajaan Korea Utara ada juga melakukan semula reunion keluarga antara kedua-dua negara. Namun, hanya 19 reunion sahaja yang dilakukan sehingga kini dengan lebih daripada 50,000 orang masih menunggu peluang untuk bertemu semula dengan keluarga mereka yang terpisah.

melancong ke resort korea utara

Hari ini, Gunung Kumgang dan kawasan sekitarnya merupakan Wilayah Pelancongan di Korea Utara. Kawasan itu merupakan wilayah pentadbiran khas di negara komunis itu. Dengan koleksi peninggalan sejarah dan agama yang banyak, Gunung Kumgang kekal sebagai tempat yang kaya dengan nilai kerohanian.

gambar pemimpin korea utara

Antara aktiviti kegemaran pelancong yang dilakukan di sini adalah mendaki laluan gunung. Anda mungkin akan bertemu dengan gambar gergasi pemimpin tertinggi Korea Utara yang berada di sini sebagai salah satu tarikannya. Jika berpeluang, adakah anda akan melancong ke Resort Gunung Kumgang ini?

Rujukan:

1. NK News

2. Daily Mail

3. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)