Sedar atau tidak, kita telah melihat peningkatan dalam ketinggian purata manusia dalam beberapa dekad yang lalu. Apa yang menariknya adalah kita pada hari ini lebih tinggi sekitar 10 sentimeter berbanding manusia yang hidup pada zaman 1850-an.

Negara-negara industri seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan sebagainya telah menyaksikan peningkatan yang lebih tinggi dalam ketinggian purata rakyat mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimanapun, dari segi peningkatan ketinggian manusia purata sejak 150 tahun yang lalu, terdapat sebuah negara yang tersangat menonjol, iaitu Belanda.

Pada hari ini, ketinggian purata lelaki Belanda dewasa adalah sekitar 185 sentimeter dan 170 sentimeter bagi wanita Belanda dewasa. Purata ketinggian bagi kedua-dua jantina ini di Belanda adalah 183.8 sentimeter.

ketinggian purata beberapa negara di dunia 155

Mereka adalah 19 sentimeter lebih tinggi berbanding orang lain pada pertengahan abad ke-19. Sebagai perbandingan, ketinggian purata rakyat Malaysia adalah 159.4 sentimeter, 24.4 sentimeter di belakang Belanda.

Jika anda ada rakan dari Eopah, pasti mereka tak dapat menafikan bahawa Belanda menjadi sebuah tanah yang dipenuhi oleh gergasi dengan begitu pantas.

Apa yang lebih mengejutkan adalah Belanda telah bertukar daripada sebuah negara dengan penduduk bertubuh badan paling kecil di Eropah kepada yang terbesar di dunia, hanya dalam tempoh satu abad sahaja!

Lelaki Belanda adalah penduduk tertinggi di Bumi. Dari Rotterdam ke Eindhoven, siling terpaksa diangkat, sofa perlu direka bentuk semula dan pintu harus dibina lebih tinggi bagi mengelakkan kejadian terhantuk berlaku.

perbezaan ketinggian orang belanda

Selain itu, banyak hotel kini menawarkan sambungan katil dan ambulans kadang-kala perlu membuka pintu belakang mereka terbuka untuk membolehkan kaki pesakit mereka melunjur. Dahsyat bukan?

Oleh itu, timbul persoalan, kenapa rakyat Belanda menjadi begitu tinggi dan bagaimana mereka melonjak ke ketinggian itu dalam tempoh yang singkat?

Bagaimanakah negara pelaut tradisional ini kini membiak orang yang begitu tinggi?

Peningkatan pendapatan dan gaya hidup serta pemilihan semulajadi disebut-sebut sebagai dua sebab yang paling popular yang menyumbang kepada peningkatan ketinggian mereka yang ketara.

Peningkatan pendapatan dan gaya hidup yang lebih baik

kenapa orang belanda sangat tinggi

Satu pasukan penyelidik di Michigan State University mengkaji carta sejarah ketinggian median antara tahun 1820 dan 2010.

Mereka menggunakan rekod ketinggian pasukan tentera negara ini sebagai asas bagi kajian mereka tentang ketinggian median sejarah bagi penduduk di seluruh negara.

Kajian mereka agak mengejutkan apabila mengetahui bahawa dalam beberapa dekad yang lalu, rakyat Belanda menjadi yang tertinggi di Eropah hanya dalam beberapa dekad yang lalu.

Menariknya, mereka hanya berketinggian sekitar 165 sentimeter pada awal abad ke-19. Jadi apa yang mencetuskan pertumbuhan Belanda seperti itu?

Profesor Drukker di Universiti Groningen berpendapat bahawa ia mempunyai banyak kaitan dengan pembahagian kekayaan. Beliau menjelaskan bahawa peningkatan yang tinggi dalam ketinggian Belanda bertepatan dengan penubuhan demokrasi liberal pertama di negara ini.

Belanda telah menjadi kaya dengan koloni-koloni sebelum penubuhan demokrasi liberal, tetapi kekayaan itu hanya berada dalam genggaman golongan atasan.

orang belanda tinggi

Setelah penubuhan sistem politik baru, kekayaan itu mula dibahagikan kepada semua lapisan masyarakat. Pendapatan purata meningkat dan diikuti oleh ketinggian. 

Penjelasan ini masuk akal secara intuitif. Secara saintifik, itu adalah teori yang kukuh bahawa kita lebih tinggi daripada nenek moyang kita 100 tahun yang lalu.

Kredit kepada pertumbuhan ini sering dikaitkan dengan pemakanan, terutamanya pada zaman remaja kita. Ia adalah satu fakta logik yang agak mudah di mana jika seorang rakyat biasa mempunyai lebih banyak wang, dia akan memilih untuk membeli makanan yang sihat walaupun mahal.

Hasilnya, keturunannya akan semakin sihat dan lebih tinggi.

Pemilihan semulajadi

orang belanda paling tinggi di dunia

Ramai pakar mendapati bahawa taraf hidup yang bertambah baik sahaja tidak lengkap dalam menyumbang kepada situasi ini.

Dalam tempoh 150 tahun yang lalu, lelaki Belanda meningkat dalam ketinggian secara purata sebanyak 20 sentimeter, manakala ketinggian purata lelaki di Amerika Syarikat meningkat sebanyak 6 sentimeter sahaja.

Mereka berhujah bahawa negara-negara Eropah yang lain juga menyaksikan peningkatan dalam taraf hidup, tetapi warganegara mereka tidak menunjukkan peningkatan yang ketara dalam ketinggian purata mereka.

Satu kumpulan penyelidikan dari London School of Hygiene and Tropical Medicine yang diketuai oleh Gert Stulp, seorang pakar dalam kesihatan penduduk, telah membuat satu pemerhatian baru.

Kajian mereka menyimpulkan bahawa "pemilihan semulajadi" pasti memainkan peranan penting kerana semakin ramai orang Belanda mula memiliki genetik "tinggi".

Pemilihan semulajadi adalah fenomena evolusi di mana organisma-organisma yang lebih baik disesuaikan dengan persekitaran mereka cenderung untuk bertahan dan menghasilkan keturunan yang ramai.

belanda negara paling tinggi di dunia 2

Kajian ini mengkaji kehidupan dan kesihatan lebih dari 94,000 orang yang tinggal di bahagian utara Belanda dari tahun 1935 hingga 1967.

Dalam tempoh 3 dekad ini, penyelidik mendapati bahawa keluarga dengan anak-anak yang paling ramai didapati terdiri daripada lelaki dan wanita yang tinggi (ketinggian purata).

Sebagai contoh, kumpulan lelaki yang paling subur adalah sekitar 7 sentimeter lebih tinggi daripada ketinggian median daripada yang sezaman dengan mereka.

Dari segi statistik, mereka mempunyai 0.24 lebih anak-anak secara purata. Sebaliknya, kumpulan lelaki dengan kesuburan paling rendah diperhatikan memiliki ketinggian kurang 14 cm di bawah ketinggian purata.

kenapa orang belanda sangat tinggi 2 762

Ketinggian adalah sifat sangat diwarisi, yang mana biasanya ibu bapa yang lebih tinggi biasanya mempunyai keturunan yang lebih tinggi daripada ibu bapa yang pendek atau normal.

Dan oleh kerana individu yang lebih tinggi diperhatikan sebagai lebih subur, maka mereka akan mempunyai lebih ramai anak. Oleh itu, generasi kemudian akan menjadi lebih lebih tinggi daripada yang terdahulu.

Walaupun kajian itu tidak melibatkan ujian genetik yang sangat mendalam, kesimpulan daripada pemerhatian ini adalah pemilihan semulajadi sebagai tambahan kepada keadaan persekitaran yang baik telah membantu Belanda menjadi gergasi baru di Bumi!

Rujukan:

1. Elife Sciences

2. Columbia University




Hakcipta iluminasi.com (2017)