Minyak kelapa sawit adalah murah dan boleh ditemui mana-mana.

Ia digunakan dalam ribuan produk sehari-hari dan merupakan minyak sayuran yang paling banyak digunakan di atas muka Bumi.

Anda boleh mendapakan sekilogram minyak sawit dengan harga kurang dari RM3.

Tetapi penggunaannya menjadi tersangat kontroversial, memandangkan kawasan hutan hujan yang besar telah ditebang atau dibakar untuk dijadikan ladang kelapa sawit.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jadi mengapa minyak ini masih murah dan mudah didapati?

Minyak sawit ada dalam segalanya, dari coklat kepada roti, dari mi segera kepada syampu. Dan kita sedari, setiap seorang daripada kita menggunakan purata 8 kilogram minyak sawit secara purata setiap tahun.

Dan walaupun anda melihat bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk yang anda beli, anda mungkin tidak akan dapat mengesannya.

kenapa minyak sawit murah 3

Gambar kelakar ini sekadar hiasan

Kerana apa yang ditulis di belakang label produk tersebut termasuklah seperti di bawah: 

  1. Palmate
  2. Palmitate
  3. Palmolein
  4. Glyceryl
  5. Stearate
  6. Asid Stearik
  7. Elaeis guineensis
  8. Asid palmitik
  9. Palm stearine
  10. Palmitoyl oxostearamide
  11. Palmitoyl tetrapeptide-3
  12. Sodium laureth sulfate
  13. Sodium lauryl sulfate
  14. Sodium kernelate
  15. Sodium palm kernelate
  16. Sodium lauryl lactylate/sulphate
  17. Hydrogenated palm glycerides

Pada hari ini, Indonesia dan Malaysia merangkumi 85% daripada semua pengeluaran minyak sawit di seluruh dunia. Tetapi spesies kelapa sawit yang digunakan sebenarnya berasal dari Afrika Barat.

Pokok-pokok ini diperkenalkan ke Malaysia pada tahun 1875, tetapi selama 100 tahun, terdapat sesuatu yang tidak kena.

Selama bertahun-tahun, bunga-bunga pokok ini didebungakan menggunakan tangan, memerlukan ratusan pekerja dan mengehadkan kecekapan.

Sehingga, pada tahun 1981, sejenis kumbang sawit Afrika diperkenalkan ke Malaysia.

kenapa minyak sawit murah

Kumbang-kumbang kecil ini mendebungakan pokok-pokok kelapa sawit tanpa kerja tambahan dari manusia, dan tiba-tiba, hasil minyak sawit melambung.

Sejak itu, populariti kelapa sawit terus meningkat.

Permintaan semakin bertambah pada tahun 90-an, kerana syarikat-syarikat tiba-tiba menyedari kesan negatif lemak trans yang terdapat dalam banyak produk diproses dan menggantikannya dengan minyak kelapa sawit.

Dan semakin meningkat makanan ultra-diproses, begitu juga dengan penggunaan minyak sawit. Tetapi kenaikan luar biasa ini datang dengan kesan yang buruk.

Perkembangan pesat perkebunan kelapa sawit telah menyebabkan kemusnahan kawasan hutan hujan tropika yang besar, menghasilkan pelepasan karbon dioksida yang berbahaya dan memusnahkan baki habitat spesis yang sudah terancam punah.

Melihat kemusnahan yang berlaku, naluri pertama anda mungkin mahu menghentikan pengeluaran minyak sawit secara sepenuhnya.

minyak sawit cetuskan penebangan hutan

Tetapi mencari alternatif lain mungkin boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

Disebabkan minyak sawit adalah sangat versatil, ia mempunyai banyak kegunaan. Dan jika kita mahu mencari alternatif lain untuk minyak sawit, kita memerlukan lebih daripada 1 bahan dan ini memerlukan kawasan yang lebih besar untuk menghasilkannya.

Disebabkan versatil dan kegunaannya yang banyak, ia menjadikan minyak sawit begitu murah.

Selain itu, kos pengeluaran minyak sawit yang rendah membuatkannya lebih murah daripada minyak goreng seperti minyak cottonseed atau bunga matahari.

Pokok kelapa sawit adalah malar hijau (tumbuhan yang berdaun sepanjang tahun) dan tahan lama. Dengan ini, ia menghasilkan minyak sepanjang tahun dan boleh tumbuh di atas tanah yang mana tidak boleh oleh banyak tumbuhan lain.

Menurut media barat, pengeluarannya yang terlampau banyak berbanding tumbuhan lain menjadi punca harganya jauh lebih murah.

Murah, tetapi membahayakan alam semulajadi

NGO dan syarikat-syarikat dari seluruh dunia bersama-sama dalam menubuhkan "Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Mapan" (RSPO) pada tahun 2004 dengan sesuka hati mereka mewujudkan satu kriteria-kriteria untuk mengembangkan tanaman ini secara mampan.

Tetapi bermula sejak 2018, barulah RSPO menggunakan pendekatan stok karbon tinggi, satu sistem yang membantu mengenal pasti kawasan hutan yang berharga dan mengekalkan minyak kelapa sawit yang mereka sahkan bebas penebangan hutan sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, bagi memperbetulkan masalah ini, bukanlah sesuatu yang mudah.

ladang kelapa sawit di indonesia

Terdapat banyak halangan yang wujud bagi syarikat-syarikat yang cuba melaksanakan komitmen sifar-penebangan hutan.

Salah satu daripadanya adalah hakikat bahawa kita mempunyai rantaian bekalan yang sangat kompleks dan sukar untuk mengetahui dengan tepat dari mana asalnya minyak sawit tersebut.

Satu lagi ialah kita mempunyai pelbagai tahap sokongan kerajaan di rantau yang berbeza yang menghasilkan minyak sawit.

Dan sejauh mana sokongan kerajaan, ia memainkan peranan penting dalam sama ada syarikat boleh menghasilkan minyak sawit tanpa penebangan hutan, atas alasan yang kompleks.

Jadi, adakah kita lakukan apa yang patut? RSPO kini mengesahkan kira-kira 19% minyak kelapa sawit di seluruh dunia, tetapi sampai ke tahap ini adalah satu proses yang panjang, perlahan dan kita tidak lagi mempunyai banyak masa.

Lebih kritikal, penggunaan global untuk minyak sawit akan sentiasa meningkat sehingga tahun 2050 ketika populasi manusia menghampiri 9.6 bilion orang.

kenapa minyak sawit murah 4

Kita juga harus menetapkan keteguhan pasaran besar seperti China dan India, di mana terdapat lebih banyak penekanan terhadap harga daripada profil kemampanan produk.

Ini bermakna jika anda seorang pengilang dan anda cuba membeli minyak sawit serta menggalakkan pembekal anda untuk memastikan pengeluaran mereka adalah bebas penebangan hutan, anda mempunyai "leverage" yang terhad kerana mereka sentiasa mempunyai pasaran alternatif yang boleh dijual.

Oleh itu, terdapat cabaran-cabaran ini untuk melaksanakan komitmen untuk penebangan hutan sifar, yang menjadikannya sangat sukar dicapai.

India, China, dan Indonesia kini menyumbang hampir 40% daripada semua minyak kelapa sawit yang digunakan, dan ia kelihatan seperti minyak kelapa sawit akan kekal murah untuk sementara waktu.

Namun, kesan terhadap Bumi mungkin boleh menjadi sangat buruk dan bukan hanya minyak sawit sahaja yang menjadi masalah. 

Sumbangan penebangan hutan oleh minyak kelapa sawit masih kurang dalam perbandingan dari segi sumbangannya kepada penebangan hutan.

kesan pembalakan berleluasa 189

Ia kurang jika dibandingkan dengan produk lembu dan daging lembu, yang mana sesetengah pihak menganggarkan ia bertanggungjawab ke atas hampir satu perempat daripada semua penebangan hutan tropika. 

Global Canopy, sebuah organisasi alam sekitar yang inovatif yang mensasarkan pasukan memusnahkan hutan tropika,  menerbitkan senarai 500 syarikat dan institusi kewangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan tropika oleh soya, sawit, lembu, dan kayu.

Hanya separuh daripada syarikat-syarikat ini telah membuat komitmen penebangan sifar pada 2020. Dan tidak ada satu pun dari syarikat-syarikat ini berada di landasan untuk mencapai sasaran ini.

Global Canopy juga mengatakan bahawa, walaupun di atas semua komitmen yang dibuat, bukti menunjukkan bahawa kadar penebangan yang didorong oleh komoditi tidak menurun sejak tahun 2001.

Kesimpulan

Berdasarkan pendapat penulis, agak tidak relevan untuk mengatakan bahawa penanaman sawit untuk menghasilkan minyak memberikan kesan yang sangat mudarat kepada alam semula jadi.

Mungkin ini sejenis propaganda ataupun langkah untuk mengatasi kejatuhan bahan mentah lain selain sawit kerana sawit memiliki sangat banyak kegunaannya.

Wallahualam

Rujukan:

1. SCMP

2. Business Insider

3. Guardian




Hakcipta iluminasi.com (2017)