McDonald's adalah gergasi rangkaian makanan segera di seluruh dunia dan dengan memiliki lebih daripada 37,000 buah restoran di 120 buah negara, rangkaian itu menguasai hampir semua pasaran yang dipilihnya dan mempunyai reputasi untuk mengambil alih pasaran dengan pantas.

Namun di Filipina, di mana McDonald's telah mencuba dan gagal hampir 40 tahun untuk menjadi nombor satu, terdapat satu rangkaian makanan segera tempatan yang tidak membenarkan perkara ini berlaku.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rangkaian makanan segera tersebut adalah Jollibee.

Rangkaian makanan segera Filipina - Jollibee

jollibee

Jollibee ditubuhkan pada tahun 1987 dan dengan pantas kehadiran mereka disedari membuatkan rangkaian ini dapat menawan pasaran.

Jadi apabila jenama-jenama seperti McDonald's dan KFC mula memasuki pasaran, agak sukar bagi mereka untuk menyaingi nilai yang ditawarkan oleh Jollibee.

Orang Filipina sangat gemarkan Jollibee dan ia bukan hanya kerana ia yang pertama di negara ini atau lebih murah berbanding para pesaingnya tetapi juga kerana menu mereka yang memenuhi citarasa penduduk tempatan.

Ketika McDonald's mula memasuki pasaran Filipina, perbezaan harga dengan Jollibee adalah sekitar 50 sen bagi setiap hidangan makanan.

Orang Filipina juga sangat sukakan makanan Amerika namun terdapat sedikit perbezaan dengan citarasa sebenar mereka.

restoran jollibee 3

Orang Filipina sukakan makanan yang manis, sebagai contoh, mereka menyediakan spaghetti dengan sos yang lebih manis.

Jadi, Jollibee cuba menggunakan citarasa tempatan dan menggabungkannya dengan makanan Amerika ke dalam menu mereka di mana terdiri daripada ayam goreng, kentang goreng, sandwic daging ayam manis dan spaghetti dengan sos pisang serta ketulan sosej.

Budaya juga memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan Jollibee. Mereka mempunyai tagline yang dikenali sebagai "Langhap-Sarap", bermakna ia berbau sangat sedap, jadi ini mengundang pelanggan untuk mengambil baunya.

Malah, Jollibee juga tahu di mana mereka patut sasarkan pasaran mereka iaitu lebih kepada pasaran kelas pertengahan bagi orang Filipina kerana mereka pada asalnya adalah restoran makanan segera.

menu jollibee 366

makanan jollibee

Namun sejak pasaran mula berkembang Jollibee menukarkan konsep mereka kepada QSR atau Restoran Khidmat Pantas (Quick Serve Restaurant).

Maskot yang digunakan oleh Jollibee juga mempunyai kaitan dengan budaya Filipina, iaitu bumblebee kuning dan merah bersaiz manusia sebenar, dan memakan blazer serta topi chef.

Ia bertujuan untuk melambangkan semangat rakyat Filipina yang sentiasa sibuk tetapi juga ceria.

"Jollibee adalah rangkaian makanan segera terbesar di Filipina. Ia sangat popular dan sebahagian besarnya adalah kerana penjenamaannya sendiri. Oleh itu, ia telah dikenali sebagai jenama yang sangat berorientasikan kekeluargaan yang benar-benar menghubungkan orang Filipina." - Deepika Chandrasekar, Penganalisis Euromonitor

Jollibee juga telah mengeluarkan iklan-iklan TV yang banyak memaparkan nilai-nilai keluarga. Dan setakat ini, statistik menunjukkan bahawa Jollibee mengalahkan McDonald's di Filipina.

Jumlah cawangan McDonald's di Filipina adalah kira-kira separuh daripada Jollibee.

restoran jollibee

restoran jollibee 2 58

Dan walaupun kedua-dua syarikat ini tidak mengasingkan pendapatan mereka di Filipina, anggaran Euro Monitor menunjukkan bahawa Jollibee memperoleh hampir dua kali lebih banyak daripada McDonald's pada tahun 2017.

Jollibee memperoleh hampir 36% daripada pasaran makanan segera pada 2017 dan McDonald hanya mendapat hampir separuh daripada jumlah tersebut.

Dan dominasi Jollibee dalam pasaran tidak berakhir dengan rangkaian mereka sendiri.

Jollibee Foods Corp juga memiliki rangkaian makanan di Filipina seperti makanan segera Cina iaitu Chowking, Greenwich Pizza, Red Ribbon yang menjual pastri dan juga Burger King yang berasal dari Amerika Syarikat.

pemilikan jollibee

Hampir kesemua daripada pemilikan ini berada dalam senarai lima rangkaian makanan paling popular di Filipina. Jadi, syarikat ini sebenarnya mendominasi pasaran dan juga menjadi pemilik kepada pesaingnya.

Namun, Jollibee berada dalam situasi yang agak tidak selamat. Pasaran domestik terlalu padat jadi mereka mempunyai visi untuk meluaskan sayap mereka lebih jauh dari tanah air.

"Jika anda melihat perkembangan antarabangsa, saya rasa tahun ini, sekurang-kurangnya terdapat peningkatan sebanyak 25% dan ini sudah mula untuk mengatasi pertumbuhan domestik Jollibee. Pertumbuhan jualan yang sama, bermakna ia membandingkan kedai-kedai yang sudah beroperasi dari tahun sebelumnya," Luis Limlingan, Regina Capital Development.

Ini bermakna Jollibee hanya berkembang sebanyak 8% dan sebagai syarikat tersenarai awam, 8% tidak mencukupi. Jadi mereka terpaksa berkembang.

jollibee abu dhabi

(Jollibee Abu Dhabi)

jollibee dubai

(Jollibee Dubai)

Setakat ini, Jollibee mempunyai lebih daripada 200 cawangan antarabangsa di negara-negara seperti Arab Saudi, Kuwait, Itali, Kanada dan banyak lagi.

Malah, rangkaian makanan Filipina ini juga cuba untuk bersaing dengan McDonald's di halaman lawan. Sejak tahun 1998, Jollibee telah membuka 37 cawangan di Amerika Syarikat.

Semua cawangan ini dibuka di bandar-bandar yang dipenuhi dengan komuniti Filipina sebagai contoh New York City yang dihuni lebih daripada 250,000 warga Filipina.

Pada musim luruh 2018, Jollibee membuka cawangan keduanya di New York City dan kali ini di tengah-tengah Times Square.

Syarikat ini kelihatan berfikir jauh lebih besar apabila ia melibatkan dominasi.

Dengan hanya 37 cawangan Jollibee dan kira-kira 4 juta orang Filipina yang tinggal di Amerika Syarikat, pencapaian Jollibee di Amerika Syarikat jauh lebih ketinggalan berbanding di Filipina. 

Dan dengan mensasarkan warga Filipina di A.S. sahaja tidak cukup bagi syarikat ini untuk melonjak ke puncak pasaran.

Itulah sebabnya Jollibee Foods Corp memutuskan untuk mengambil kepentingan majoriti dalam francais burger Amerika yang dikenali sebagai Smash Burger.

smash burger

Pada September 2018, Jollibee berkata ia juga ingin masuk ke pasaran makanan Mexico di Amerika Syarikat yang bernilai RM170 bilion dengan membeli saham di Tortas Frontera, rangkaian sandwich Mexico kecil di A.S.

"Kami ingin meniru kejayaan Filipina di Amerika Syarikat iaitu mempunyai beberapa jenama yang beroperasi dengan jayanya. berjaya. Itulah sebabnya kami bekerjasama dengan Smash Burger, Tortas Frontera dan kami terus meneroka kemungkinan pengambilalihan yang lain" - Ernesto Tarmantiong, Ketua Pegawai Eksekutif Jollibee.

Smash Burger hanya mempunyai 323 buah restoran di Amerika Syarikat, jauh ketinggalan berbanding McDonald's yang mempunyai lebih daripada 14,000 cawangan.

Tetapi ia memberikan peluang kepada Jollibee untuk meningkatkan kewujudan mereka di A.S. dan membolehkannya untuk mensasarkan pengguna Amerika.

Namun Amerika Syarikat bukan satu-satunya negara yang berada dalam fikiran Jollibee. Mereka juga sedang mengembangkan jenama mereka di China dengan bereskperimentasi dan kelihatan agak berjaya.

ayam goreng jollibee

Jollibee juga telah membuat beberapa pengambilalihan strategik di China dan di Vietnam, di mana ia cenderung kepada perniagaan kopi dan pho.

Walaupun Jollibee telah memperluas jangkauannya ke negara-negara lain, McDonald's masih mengalahkan syarikat ini dari segi pendapatan. 

Pada tahun 2017, pulangan diperoleh McDonald's adalah hampir RM95.4 bilion manakala Jollibee Foods Corporation hanya memperoleh 10% daripadanya.

Perjalanan Jollibee masih panjang dalam meniru kejayaan McDonalds yang kini berleluasa di seluruh dunia. Namun ketika ini, ia masih selesa memegang kedudukan pertama di halaman sendiri iaitu di Filipina.

Jollibee juga berkata mereka merancanuntuk membina 500 kedai baru, termasuk di pasaran baru seperti United Kingdom, Malaysia dan Indonesia sebagai sebahagian daripada pelan perbelanjaan P12-bilion.




Hakcipta iluminasi.com (2017)