Tak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak sukakan benda yang manis seperti gula-gula dan ais krim. Namun, terdapat satu jenis benda manis yang mana golongan bayi dinasihatkan supaya tidak memakannya, iaitu madu.

Anda pasti hairan mengapa ini berlaku sedangkan madu adalah antara makanan yang paling hebat di dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah antara salah satu daripada banyak kumpulan perubatan di seluruh dunia yang bersetuju bahawa madu tidak boleh diberi makan kepada bayi di bawah umur 12 bulan, sama ada ditambah ke dalam susu formula mereka, digunakan untuk melegakan gigi atau digunakan untuk memaniskan makanan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi, mengapa bayi tidak boleh memakan madu? 

Larangan memberikan bayi memakan madu berpunca dari mikrobiotik berkembang yang terkandung, iaitu pelbagai mikroorganisma, seperti bakteria dan archaea. Hal ini banyak dilakukan di negara kita.

Ada di antara ibu bapa yang mentahnikkan anak mereka menggunakan madu seawal usia 7 hari. Sebenarnya upacara belah mulut menggunakan madu bukanlah dianjurkan malah tidak diwajibkan oleh Islam. 

madu tidak baik untuk bayi

Semua ini hidup di dalam dan atas manusia serta yang membantu dalam peraturan diet dan mempengaruhi banyak fungsi tubuh.

Sebelum bayi mencapai umur setahun, bakteria dalam usus mereka tidak berkembang dengan cukup untuk menghentikan bakteria berbahaya tertentu daripada menjangkiti tubuh.

Clostridium botulinum adalah bakteria berpotensi beracun yang bukan sahaja menyebabkan penyakit yang dikenal sebagai keracunan makanan pada bayi tetapi juga dijumpai dalam madu mentah dan diproses.

Menurut kajian yang diterbitkan pada tahun 1998, sehingga 25% produk madu telah ditemukan mengandungi spora bakteria ini.

Gejala keracunan makanan pada bayi adalah sesuatu yang sangat menakutkan.

madu lebah

Antaranya termasuklah mampu melemahkan otot, menyebabkan kanak-kanak kelihatan tempang dan tidak dapat menggerakkan lengan atau kaki, serta berpotensi mengalami kegagalan pernafasan.

Walaubagaimanapun, tidak ada kesan jangka panjang tentang penyakit ini dan rawatan untuk gejala yang mengancam nyawa boleh didapati pada hari ini.

Kebanyakan pesakit melihatkan pemulihan segera selepas menerima anti-toksin, tetapi cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini adalah dengan menghindarkan golongan si kecil ini daripada penyebabnya, iaitu madu. 

Rujukan:

1. Honey

2. Kid's Health

3. Poison




Hakcipta iluminasi.com (2017)