iluminasi amalan pemakanan ubat4 805

Bila kita sakit, kita ke klinik mengambil ubat.

Dah dapat ubat, kita diberitahu yang kebanyakan ubat yang kita dapat perlu diambil selepas makan atau sebelum makan, kebanyakannya selepas makan.

Pernah kita terfikir kenapa? Perlu ke kita ikut saranan tersebut? Kalau tak ikut apa pula akan berlaku? Berikut adalah tiga sebab mengapa kebanyakan ubat disarankan diambil selepas makan dan pentingnya kita mematuhi arahan tersebut.

1. Mengurangkan kesan gejala nak muntah

iluminasi amalan pemakanan ubat2

Sesetengah ubat sebenarnya mampu memberikan kesan kepada badan untuk mengaktifkan rasa hendak muntah. Ubat-ubat seperti antibiotik, aspirin, ibuprofin malahan vitamin serta pil mineral mampu membuatkan kita rasa nak muntah. Mengambil ubat tersebut selepas makan mengurangkan rasa hendak muntah tersebut.

2. Mengurangkan kesan sampingan tak hadaman perut

iluminasi amalan pemakanan ubat3

Sesetengah ubat seperti aspirin, antibiotik, anti-diarrheals, laxatives dan pil zat besi mampu membuatkan perut rasa sakit selepas memakannya. Untuk mengurangkan rasa sakit yang akan muncul, pengambilan makanan ringan sebenarnya sudah memadai seperti biskut atau segelas susu.

3. Memastikan ubat diserap dengan baik

iluminasi amalan pemakanan ubat

Apabila kita makan, ini akan meningkatkan kadar pengaliran darah ke perut yang seterusnya menukarkan kadar keasidan perut kita. Sesetengah ubat memerlukan kadar keasidan yang sesuai untuk diserap oleh badan kita dan kadar keasidan itu hanya akan dicapai jika ada makanan di dalam badan kita.


iluminasi amalan pemakanan ubat5

Saya pasti ramai tertanya-tanya, jika ubat perlu dimakan selepas makan, berapa lama tempoh waktu yang baik yang patut diamalkan? Sebaiknya untuk ubat yang perlu diambil selepas makan, pastikan kita mengambilnya dalam tempoh 2 jam selepas kita makan. Jangan terlambat pula.

Dah jelas mengapa sesetengah ubat perlu diambil selepas makan?

Bagaimana pula dengan ubat yang perlu diambil sebelum makan atau ketika perut kosong? Jika sesuatu ubat itu perlu diambil sebelum makan atau ketika perut kosong, sebaik-baiknya ubat tersebut diambil 1 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.

Ini semua bergantung kepada jenis-jenis ubat yang diberikan. Yang penting, kita pastikan yang kita faham arahan yang diberikan oleh farmasi atau klinik dalam amalan pemakanan ubat ni. Penting sebenarnya kerana tabiat amalan pemakanan ubat ni membantu penyerapan ubat-ubatan tersebut dengan lebih efektif.


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)