mcdonalds malaysia

Boleh kata kebanyakan daripada kita akan melakukan perkara yang sama apabila ditanya sama ada mahukan resit atau tidak jika memesan hidangan di McDonalds.

Ramai yang beranggapan bahawa resit tersebut adalah tidak penting dan hanya akan membuatkan dompet atau beg tangan anda bersepah dengan kertas yang tak membawa apa-apa makna.

Namun, jika anda ingin memastikan anda mendapat servis yang pantas dan makanan yang segar, anda harus meminta resit daripada juruwang yang mengendalikan pesanan makanan anda bagi kunjungan anda selepas ini ke McDonald's.

Kamran Adnan merupakan bekas pekerja McDonald's hampir setahun dan beliau telah berkongsi satu butiran yang agak menarik yang mana mampu memberikan anda pengalaman yang lebih baik ketika mengunjungi restoran makanan segera ini. 

"Pelanggan misteri"

Apabila anda meminta resit di kaunter McDonald's, kemungkinan besar anda seolah-olah memberikan satu amaran kepada juruwang tersebut bahawa anda adalah seorang pelanggan yang misteri.

mcdonalds di malaysia sangat mesra pelanggan

Para pekerja McDonald's dilatih untuk sentiasa memerhati dan memberikan lebih perhatian lebih kepada "pelanggan misteri" ini yang datang pada waktu kemuncak untuk makan tengahari dan malam, biasanya di antara pukul 12 hingga 2 petang dan 5 hingga 7 malam.

Mereka ini dikenali sebagai "Gapbuster", pelanggan yang dibayar khas oleh syarikat untuk menilai pengalaman keseluruhan mereka di restoran ini dan memaklumkannya kepada pihak berkenaan.

Sebaik sahaja pelanggan meminta butiran transaksi mereka, pekerja bukan sahaja akan melakukan kerja dengan lebih pantas tetapi juga memastikan makanan yang disediakan adalah yang terbaik. 

Ini kerana maklum balas oleh pelanggan misteri ini berkait secara terus dengan penilaian sesebuah restoran McDonald's ini.

pekerja menyediakan kentang goreng mcdonald s

Kamran memberitahu adalah mudah untuk mengenalpasti pelanggan misteri kerana mereka akan sentiasa meminta resit selepas membuat pembayaran.

Sebenarnya perkara ini mengajar kita untuk lebih teliti ketika memesan makanan.

Jika anda fikirkan, kebanyakan orang tidak mengendahkan untuk meminta resit. Namun, tindakan meminta resit sebenarnya memang menunjukkan bahawa anda seorang pelanggan yang peka dan ini sekaligus membuatkan mereka yang melayan anda melakukan kerja dengan lebih teliti.

Secara psikologi, mereka yang tidak kisah sama ada mendapat resit atau tidak memberikan tanggapan bahawa mereka ini jenis yang agak relaks.

Jadi, jika pelayan melakukan kerja dengan perlahan atau menyediakan makanan yang kurang memuaskan, kebanyakan daripada pelanggan jenis ini tidak begitu kisah dan akan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang aduan.

Rujukan:

1. DYR

2. NYPost


tags : , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)