Oleh pada 10 Jul 2017 kategori

Tidak dinafikan lagi McDonald adalah antara francais makanan segera yang paling popular dan berjaya di Malaysia. Tidak mengira bangsa dan peringkat umur, kebanyakan dari rakyat Malaysia amat menyukai makanan segera ini.

Walaupun harganya tidaklah murah, namun tetap menjadi pilihan. Terbaru, tular di media sosial apabila McDonald melancarkan promosi terbaru dengan menyediakan ayam goreng yang selama ini hanya disediakan dalam set 2 ketul, kepada 5 dan 9 ketul.

BESARKAN TEKS     A-  A+

mcd fries

Namun, apa yang membuatkan ramai amat menggemari makanan segera ini salah satunya adalah kentang gorengnya yang lain daripada yang lain. Tiada yang dapat mengatasi rasa kentang goreng McDonalds.

Strukturnya yang rapuh dan rangup sememangnya menjadi taruhan restoran ini yang membuatkan peminat makanan segera amat tertarik. Sudah tentunya terdapat rahsia dalam penghasilan kentang ini sehinggakan ia menjadi kegilaan ramai.

iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda proses penghasilan kentang goreng McDonalds bermula dari ladang kentang sehinggalah ianya sampai ke mulut anda.

kentang goreng mcd

McDonalds menggunakan sebanyak 1.58 billion kilogram kentang goreng setahun yang mana ia mempunyai 36,899 buah restoran di 120 buah negara serata dunia. Ia sebanyak 118 kilogram kentang goreng terjual di sebuah restoran McDonalds secara purata! Bagaimana ia boleh terjual sebegitu banyak? Ia bermula dari ladang.

kentang goreng mcd 2

Setelah kentang-kentang sudah cukup masak, ia dituai dan dibawa ke kilang. Kentang-kentang itu kemudiannya dibasuh dan akan melalui sebuah mesin bertekanan tinggi yang berfungsi untuk mengupas kulit kentang. Walaupun sudah dikupas oleh mesin, namun ia akan disemak semula oleh pekerja-pekerja yang akan memotong bahagian yang tidak terkupas.

kentang goreng mcd 3 913

Setelah ianya bersih dan "bogel", kentang-kentang itu akan melalui sebuah mesin yang mana memberikan bentuk kepada kentang seperti yang anda makan di restoran. Mesin yang berperanan seperti meriam itu akan menembak kentang-kentang tersebut dengan kelajuan 120 kilometer sejam melalui acuan yang mempunyai pisau yang tajam dan memotong kentang menjadi bentuknya.

kentang goreng mcd 4 941

Untuk memastikan setiap bilah kentang itu sempurna, McDonalds menggunakan sebuah mesin berteknologi tinggi yang akan mengimbas kentang-kentang itu untuk mengesan sebarang kecacatan dan akan membuang mana-mana kentang yang rosak.

kentang goreng mcd 5 285

Kemudiannya kentang-kentang ini melalui sebuah proses yang amat penting bagi memberikan tekstur uniknya itu iaitu dengan direndamkan di dalam air yang sangat panas selama 15 minit. Untuk menambahkan lagi tekstur rapuh yang digilai ramai, ia kemudiannya melalui 2 lagi proses tambahan. Kentang yang basah akibat rendaman tadi dikeringkan terlebih dahulu sebelum digoreng.

kentang goreng mcd 6

Ia kemudiannya digoreng sebentar di dalam minyak sayuran yang bersuhu 204 darjah celsius untuk meghasilkan kulit luar yang garing. Setelah digoreng, kentang-kentang itu melalui sebuah terowong pembeku yang bersuhu -12 darjah celsius. Ia kemudiannya dipaket dan dihantar ke cawangan restoran McDonalds sebelum digoreng sekali lagi dan dihidangkan kepada penggemar makanan segera ini.

Sumber : Food Network




Hakcipta iluminasi.com (2017)