Oleh pada 11 Sep 2017 kategori

Restoran makanan segera kebanyakkan terkenal di seluruh di dunia kerana menyediakan perkhidmatan yang pantas dan masakan dan minuman disediakan dengan cepat. Restoran makanan segera juga selalunya dibuka setiap hari dan ada juga yang menyediakan perkhidmatan selama 24 jam sehari.

Rangkaian restoran adalah sekumpulan restoran yang terletak di lokasi yang berbeza di seluruh negara yang dikendalikan syarikat sama ada oleh perjanjian francais atau di bawah pemilikan korporat bersama. Biasanya restoran rangkaian ini mempunyai trademark tersendiri seperti logo,menu utama dan juga pelan pemasaran. Rangkaian restoran makanan segera sangat popular dan kebanyakkannya mudah ditemui berdekatan dengan pusat membeli-belah,kawasan pelancongan dan kawasan rehat dan rawat di sepanjang lebuhraya.

Subway

subway restoran makanan segera terbesar di dunia

Subway adalah rangkaian francais restoran makanan segera terbesar di dunia yang kebanyakannya menjual roti sandwich jenis sandwich kapalselam atau lebih dikenali sebagai sub. Sandwich ini merupakan menu yang sihat terdiri daripada pelbagai jenis roti,inti dan juga salad. Syarikat Subway ini dimiliki dan dikendalikan oleh Doctors Associates Inc. Subway adalah rangkaian restoran terbesar dan paling cepat berkembang di dunia dengan mempunyai 44,882 restoran di 112 negara. Restoran makanan segera Subway yang terletak di seluruh Amerika Syarikat sahaja mempunyai kira-kira 26,646 cawangan. Subway juga merupakan pengendali terbesar di dunia yang ibu pejabatnya terletak di Milford, Connecticut.

McDonald's

mcdonalds francais terbesar di dunia

McDonald's ialah sebuah restoran yang diasaskan pada tahun 1940 oleh Richard dan Maurice McDonald sebagai sebuah restoran barbeku. Pada tahun 1948, McDonald's menyusun semula perniagaan tersebut sebagai restoran makanan segera yang menjadikan hamburger sebagai menu utama. Pada tahun 1953, Mcdonald's telah membuka francais yang pertama di Phoenix,Arizona. Pada masa ini McDonald's merupakan rangkaian restoran kedua terbesar di dunia yang terdapat di 119 buah negara dan mempunyai sebanyak 36,615 buah cawangan. McDonald's menjual pelabgai produk yang terdiri dari burger, ayam, kentang, bubur, pencuci mulut, ais krim dan minuman ringan. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BBC pada tahun 2012, McDonald's merupakan majikan swasta kedua terbesar di belakang Walmart dengan jumlah pekerja sebanya 1.5 juta orang.

Starbucks

starbucks coffee kedai kopi francais

Starbucks adalah sebuah rangkaian kedai kopi yang berasal dari Amerika dan ditubuhkan pada tahun 1971 di Seattle, Washington. Starbucks menghidangkan menu utamanya iaitu espresso, kopi, jus, pelabgai jenis latte, pencuci mulut dan teh.. Starbucks mula menjana keuntungan dan berkembang pada awal 1980-an. Starbucks mempunyai 23,769 buah cawangan di seluruh dunia.

KFC

kfc menu malaysia restoran segera

Kentucky Fried Chicken yang lebih dikenali sebagai KFC adalah sebuah rangkaian restoran makanan segera yang berasal dari Amerika. KFC mempunyai menu utama mereka iaitu ayam goreng yang sedap dan ranggup. KFC adalah rangkaian restoran segera terbesar yang ibu pejabatnya terletak di Louisville, Kentucky. Sehingga Disember 2015, KFC telah beroperasi di 123 negara dengan mempunyai lebih kurang 20,000 cawangan. KFC merupakan satu jenama yang sangat besar dan merupakan syarikat restoran yang memiliki rantaian restoran segera yang lain seperti Taco Bell dan Pizza Hut. KFC diasaskan oleh Colonel Harland Sanders iaitu seorang usahawan yang mengharungi pelbagai liku-liku hidup yang bermula dengan hanya menjual ayam goreng  di pinggir jalan Corbin, Kentucky. KFC pada mulanya hanya menjual produk berasaskan ayam sebelum menambah menu mereka pada tahun 1990-an seperti salad, kentang goreng, minuman ringan, burger ayam, coleslaw dan pencuci mulut.

Burger King

burger king menu merupakan restoran segera terbesar

Burger King adalah restoran restoran makanan segera yang menyajikan hamburger mempunyai ibu pejabat yang terletak di Miami Dade County, Florida. Burger King ditubuhkan pada tahun 1953 dan dikenali sebagai Insta-Burger King di Jacksonville, Florida. Menu Burger King telah bertambah dari semasa ke semasa dengan menawarkan pelbagai jenis burger, produk tenusu, soda, kentang goreng dan pelbagai jenis produk. Pada 30 September 2016 Burger King dianggarkan mempunyai 15,243 cawangan di 100 buah negara. Hampir separuh cawangan itu terdapat di Amerika Syarikat dan 99.5% bukan sahaja dikendalikan secara persendirian tetapi juga dimiliki secara persendirian.

Di bawah ini merupakan kedudukan yang seterusnya iaitu tempat ke 6 hingga 10 rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia.

6. Pizza Hut mempunyai 13,728 lokasi

7. Dunkin' Donuts mempunyai 11,300 lokasi

8. Domino's Pizza mempunyai 10,988 lokasi

9. Baskin-Robbins mempunyai 7300 lokasi

10. Hunt Brothers Pizza mempunyai 7300 lokasi


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)