ncdonald dungun boikot

Orang Malaysia gemar boikot-memboikot, apatah lagi apabila melibatkan sentimen yang bertentangan dengan norma negara kita. Apatah lagi sejarah negara kita pun pernah terlibat dalam memboikot penganjuran Sukan Olimpik 1980 yang berlangsung di Moscow, sehingga menyebabkan pasukan bola sepak negara kita pada ketika itu, terlepas peluang untuk bertanding kali pertama di temasya Olimpik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada beberapa isu boikot yang kerap berlegar-legar di negara kita. Jom kita tengok 5 isu yang paling popular kerap menjadi punca berlakunya boikot di Malaysia.

1. Boikot Israel

bakar bendera israel

Ini isu evergreen negara kita. Sebelah pihak kata boikot, sebelah pihak lagi akan keluarkan kenyataan yang Facebook ni pun orang Yahudi buat, prosessor komputer Israel buat dan bermacam lagi hujah yang bernas, tetapi tidak kena dengan situasi. Ini kerana apa yang diboikot adalah ideologi yang dibawa oleh rejim Zionist itu sendiri yang sewenang-wenangnya menceroboh tanah negara Palestine. Kerajaan kita juga secara diplomasi memboikot kewujudan negara Israel dengan tidak mewujudkan sebarang bentuk hubungan diplomasi di antara kedua-dua negara.

Adakah perlu diteruskan boikot? : YA!

2. Boikot McDonalds

mcdonald lengang tiada pelanggan

Akibat dikaitkan dengan ISrael, McDonald's kerap menjadi mangsa boikot masyarakat Malaysia, namun boikot itu hanya berlaku secara kecil-kecilan mengikut musim. Selalunya selepas saja boikot menyepi, entah kenapa jualan McDonald's cukup rancak. Kita semua pasti masih ingat huru-hara yang berlaku ketika jualan permainan Minions atau kisah-kisah stok habis apabila McDonald's menyediakan hadiah permainan kereta Tomica. Fenomena Ayam Goreng McD yang melanda kita pula bolehlah diambil kira sebagai penamat kepada usaha boikot McDonald's. Lagipun, McDonald's di Malaysia kini sudahpun dimiliki oleh pemegang francais baru dari Alireza Group, Arab Saudi.

Adakah perlu diteruskan boikot? = TIDAK!

3. Boikot barangan keluaran peniaga bangsa lain

roti gardenia robert kuok cina melayu

Isu klasik ini kerap berlaku apatah lagi gerakan boikot kerap digerakkan oleh NGO-NGO yang memainkan sentimen agama dan bangsa. Kami tak mahu cakap banyak tentang perkara ini, cuma kami mahu menyatakan jika peniaga (bangsa lain) itu meniaga dengan baik tanpa wujudnya sebarang unsur penipuan, kami tidak nampak sebarang sebab untuk mengajak masyarakat memboikotnya.

Daripada kita diajak memboikot secara pukal (contohnya BOIKOT BARANGAN CINA!) lebih baik dan lebih molek jika kita diminta untuk boikot secara eksklusif seperti "Jom Boikot Iluminasi!" misalnya. Kita buang bangsa dalam isu ini kerana kita tidak mahu mereka yang tidak bersalah, terpalit sama.

Adakah boikot perlu diteruskan? : YA! Jika tujuannya betul dan fokusnya spesifik.

4. Boikot RTM, TV3 dan Utusan Malaysia

boikot tv3 rtm utusan

Maaflah kerana ini melibatkan sedikit isu politik. Ada satu masa dahulu, wujud banyak gesaan meminta orang ramai memboikot apa saja media yang berkait dengan kerajaan dan sebagai gantinya, orang ramai diminta menggantikannya dengan media alternatif seperti Youtube serta portal-portal berita alternatif.

Kesannya dapat kita rasai hingga ke hari ini di mana ramai di kalangan masyarakat kita, tidak mengetahui tentang penerangan dan dasar kerajaan yang sedang dilaksanakan. Banyak langkah-langkah yang diperkenalkan bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat juga kurang mendapat sambutan kerana orang ramai tidak tahu. Walau apa saja pandangan anda terhadap kerajaan ketika ini - ambil tahu apa yang sedang dilakukan oleh pihak Kerajaan. Mana tahu, anda boleh jadi sebahagian daripada mereka yang terlibat memajukan ekonomi negara.

Adakah perlu diteruskan boikot : TIDAK!

5. Boikot Starbucks

boikot starbucks

Kempen memboikot Starbucks bukan sahaja berlaku di Malaysia, malahan di Indonesia pun turut sama merasai tempiasnya. Yang paling baru adalah apabila video CEO Starbucks, Howard Schultz menyatakan sokongan pada gerakan LGBT sekitar bulan Julai 2017. Walaupun begitu, kelihatan hanya majoriti masyarakat Malaysia beragama Muslim menyambut saranan boikot tersebut. Laungan boikot itu bagaimanapun dipersoalkan beberapa pihak lain yang merasakan andainya boikot itu berkesan, yang akan merasai kesannya adalah pekerja-pekerja Malaysia yang bekerja dengan Starbucks.

Faktanya begini : Pada Julai 2012, pemilikan Starbucks di Malaysia masih lagi menjadi pemilikan bersama di antara Berjaya Food Berhad (BFood) dan Starbucks Coffee International (SCI) pada kadar 50-50. Pada 18 September 2014, Bfood telah pun membeli perkongsian saham 50% milik SCI pada harga RM279.52 juta menjadikan Berjaya Food Group adalah pemilik penuh Starbucks di Malaysia.

Adakah perlu diteruskan boikot? : TIDAK!




Hakcipta iluminasi.com (2017)