Oleh pada 01 Apr 2018 kategori

McDonalds telah menjadi rangkaian makanan segera terbesar di dunia dalam kewujudannya selama lebih daripada 65 tahun. Ia bermula sebagai sebuah kedai burger yang kecil sehinggalah menjadi sebuah syarikat gergasi.

Logo dan nama McDonalds adalah jenama perniagaan makanan yang paling dikenali di dunia. Dengan kejayaan seperti ini, pasti akan berlakunya masalah undang-undang melibatkan syarikat ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kes saman melibatkan McDonalds berlaku merata-rata tempat di seluruh dunia, dan iluminasi.com ingin kongsikan 10 kes saman yang pelik dan menarik melibatkan syarikat ini.

10. Viz Vs McDonalds 

kes saman mcdonalds yang pelik dan menarik 2

Siri buku komik British, Viz ditubuhkan pada tahun 1979 telah menyaman McDonalds kerana meniru idea mereka. Pada pertengahan tahun 1990, McDonalds telah melancarkan kempen pemasaran yang diberi nama "top tips" di mana orang mencadangkan untuk pergi ke McDonalds untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Komik Viz juga mempunyai bahagian yang memaparkan bahagian Top tips di mana pembacaa biasanya akan menulis masalah atau petua mereka untuk membantu orang lain yang mempunyai masalah. Dengan ini, Viz menuduh McDonalds mencuri idea mereka.

McDonalds yang tidak mahu memanjangkan kes yang dianggap sebagai kecil ini dan menyelesaikan di luar mahkamah. Vic dikritik disebabkan kes saman ini kerana orang ramai mempercayai seseorang itu tidak boleh memiliki hak cipta pada sesuatu yang generik seperti bahagian "top tips". 

9. Kes McMunchies

kes saman mcdonalds yang pelik dan menarik 3

Pada awal 1990-an di England, terdapat sebuah kedai sandwic kecil yang diberi nama McMunchies yang ditubuhkan Mary Blair. Ketika itu, Mary tidak pernah menjangkakan ia akan menjadi satu masalah besar, shinggalah McDonalds menyerang wanita ini.

McDonalds mendakwa bahawa McMunchies telah melanggar hak cap dagangan mereka kerena mereka memiliki trademark untuk perkataan "Mc" sebagai awalan. Oleh itu, Mary telah melakukan kesalahan kerana menggunakan awalan "Mc" yang merupakan jenama McDonalds.

Mary dipaksa untuk menukar nama McMunchies, dan perkara ini telah mencetuskan gelombang negatif kepada McDonalds. Walaupun terpaksa berhadapan dengan tohmahan orang ramai, namun awalan "Mc" telah disahkan adalah milik McDonald.

8. Ronald McDonald yang sebenar

kes saman mcdonalds yang pelik dan menarik 4

Pasti anda kenal maskot McDonald iaitu Ronald McDonald yang menjadi karekter utama untuk mengiklankan McDonald. Namun, rupa-rupanya ada seseorang yang mempunyai nama serupa dengan karekter ini, dan beliau mempunyai sebuah restoran yang diberi nama McDonald's Family Restaurant. 

Mengetahui hal ini, McDonald yang tak berpuas hati telah melancarkan tuntutan saman yang besar terhadap Ronald McDonald. Tuntutan mahkamah ini berlarutan selama 32 tahun, dan ia tidak berhasil untuk McDonalds.

Mereka tak mampu menghalang Ronald menggunakan namanya sendiri dan restoran beliau masih menggunakan nama tersebut sehingga hari ini. Jelas bahawa McDonalds sangat mementingkan integriti jenama mereka sehingga bertarung selama 32 tahun.

7. Kes napkin

webster lucas kes saman mcdonalds yang pelik dan menarik 2

Tuntutan mahkamah yang dibuat oleh dan terhadap McDonalds setakat ini agak tak masuk akal, sama seperti kes ini. Seorang lelaki dari California, Amerika Syarikat membawa McDonalds ke muka pengadilan, atas sebab yang sangat remeh.

Sebabnya? McDonalds hanya memberikannya sehelai tisu sahaja ketika beliau membeli makanan. McDonalds disaman dengan nilai RM5.8 juta, dan Webster Lucas mendakwa beliau mengalami trauma disebabkan pengalaman ini dan membuatkannya tidak boleh bekerja.

Kes ini sedang dibicarakan dan Webster juga mendakwa ia merupakan satu tindakan perkauman yang mana beliau diberikan sehelai tisu sahaja disebabkan beliau berkulit hitam, dan diserang secara lisan apabila beliau meminta tisu lebih.

6. Kes Vikram Bakshi

vikram bakshi kes saman mcdonalds yang pelik dan menarik 4

Untuk tempoh 18 tahun, Vikram Bakshi merupakan rakan kongsi utama McDonalds di India. Namun pada tahun 2013, beliau telah dipecat oleh syarikat itu dan masih memiliki saham dalam McDonalds India. McDonalds kemudiannya menuntut supaya beliau menjualkan saham itu kepada mereka namun Vikram enggan berbuat demikian dan mahu untuk mengekalkan sahamnya.

Beliau berbuat demikian kerana ketika itu McDonalds sedang berkembang dengan pesatnya di India. Jadi kedua-dua pihak membawa perbalahan ini kepada pihak mahkamah. Kes ini masih dalam perbicaraan dan tidak diketahui bagaimana ia akan diselesaikan. 

Kemungkinan McDonalds akan menang disebabkan mereka tidak pernah berputus asa dengan mudah.

5. Kes kopi panas 

stella liebeck kes saman mcdonalds yang pelik dan menarik 4

Dikenali sebagai Kes Mahkamah Kopi Panas, seorang wanita telah membawa syarikat makanan segera ini ke mahkamah disebabkan oleh suhu kopi McDonalds. Kopi McDonalds yang dipegang oleh Stella Liebeck ini tertumpah ke atas pehanya dan telah dikejarkan ke hospital disebabkan lecur yang dialami.

Beliau kemudiannya memfailkan saman terhadap McDonalds mendakwa ia adalah salah McDonalds, membuatkan ia menjadi kes yang paling tak masuk akal. Wanita ini memenangi kes ini dan diberikan RM11 juta bagi membantu membiayai kos rawatan lecur yang dialaminya.

Nilai ini kemudiannya dikurangkan dan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju dengan jumlah pampasan yang tidak didedahkan kepada orang awam.

4. Kes McCurry Malaysia

mccurry malaysia restaurant sued by mcdonalds

Apa yang istimewa dengan kes ini adalah ia berlaku di Malaysia. Terdapat sebuah kedai kari kecil yang diberi nama McCurry di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ini adalah satu lagi kes di mana McDonalds membawa sebuah kedai kecil ke mahkamah disebabkan penggunaan awalan "Mc".

Dibuka pada tahun 1999, McCurry kemudiannya telah dbawa ke mahkamah oleh McDonalds 2 tahun selepas beroperasi. P. Suppiah, pemilik McCurry kemudian menjawab bahawa awalan ini adalah sangat biasa digunakan di Eropah, malah maksud Mc daalam McCurry adalah "Malaysian Chicken Curry".

Kes ini telah dimenangi oleh McDonalds pada awalnya namun keputusan itu telah dibatalkan selepas McCurry membuat rayuan. Dan keputusan baru ini telah mengubah cara McDonalds beroperasi di Malaysia. Mahkamah memutuskan bahawa McDonalds tidak memiliki awalan "Mc" di seluruh Malaysia. 

McDonalds juga diarahkan untuk membayar ganti rugi undang-undang kepada pihak McCurry.

3. McDonalds Vs McDonalds

kes saman mcdonalds yang pelik dan menarik 0

Jangan berasa pelik, ini bukan kes saman terhadap McDonalds sendiri tetapi restoran lain. Di Pulau Cayman, terdapat sebuah restoran yang menggunakan nama McDonalds atas sebab-sebab tertentu menyebabkan McDonalds tidak gembira dengan berita ini.

Oleh itu syarikat gergasi ini telah mengambil tindakan terhadap McDonalds Pulau Cayman kerana melanggar hak cipta. Di atas sebab-sebab tertentu, McDonalds Pulau Cayman telah memenangi kes ini dan dibenarkan terus menggunakan nama ini.

Mahkamah juga memutuskan bahawa McDonalds diharamkan untuk membuka cawangan di Pulau Cayman. Sehingga kini McDonalds masih tidak mempunyai cawangan di pulau itu dan McDonalds kecil masih beroperasi

Jadi McDonalds mengambil McDonalds yang lain ke mahkamah untuk pelanggaran hak cipta. Atas sebab tertentu, mereka kehilangan tuntutan mahkamah - dan McDonalds kecil dapat meneruskan penggunaan namanya. Selain itu, perbadanan McDonalds diharamkan daripada membuka sebarang kedai di kepulauan Cayman. Masih hari ini mereka tidak dapat membuka kedai di kepulauan Cayman, dan McDonalds kecil masih ada.

2. Kes vegetarian

kes saman mcdonalds yang pelik dan menarik 9

Banyak kes saman yang memfokuskan terhada kandungan dan bahan yang terdapat dalam makanan yang disediakan. Ia biasanya berkenaan kualiti daging dalam produk, namun kes ini lebih rumit. Pada tahun 2001, McDonalds telah disaman oleh beberapa kumpulan atas sebab kandungan dalam makanan vegetarian mereka.

Rupa-rupanya, kentang goreng vegetarian yang mereka makan mengandungi daging, membuatkan makanan itu tidak vegetarian. Selepas bertarung dalam mahkamah untuk tempoh yang lama, McDonalds akhirnya telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM38.6 juta kepada kumpulan-kumpulan ini. 

Konklusi saman ini adalah kentang goreng ini mengandungi kandungan daging yang tidak boleh dimakan oleh penganut agama Hindu.

1. Kes McLibel

kes mclibel kes saman mcdonalds yang pelik dan menarik 3

Dikenali sebagai kes McLibel, adalah kes saman yang dilakukan oleh McDonalds terhadap dua orang penunjuk perasaan alam sekitar. Kedua-dua pemprotes ini mengedarkan risalah berkenaan impak McDonalds terhadap alam sekitar.

Selepas 10 tahun bertempur di mahkamah, akhirnya McDonalds memenangi kes ini namun tidak mengambil wang RM216,000 yang diarahkan pembayaranya oleh pihak mahkamah. McDonalds hanya mahu ia menjadi contoh kepada penunjuk perasaan yang lain.

Namun di mata orang awam, ia kelihatan seperti sebuah syarikat besar yang membuli dua inividu biasa. Dan atas sebab ini, kes McLibel telah digelar sebagai bencana perhubungan awam terbesar dalam sejarah.

Rujukan:

1. Guardian

2. Economic Times

3. Ekfy

4. Pocket Part

5. CNN




Hakcipta iluminasi.com (2017)