Oleh pada 30 Jun 2019 kategori

Jika dibandingkan diri anda dengan datuk dan nenek anda, anda akan dapat melihat beberapa perbezaan yang besar, iaitu saiz hidung dan telinga mereka. Sedar atau tidak, anggota-anggota badan ini adalah lebih besar pada orang tua berbanding orang muda.

Adakah hidung dan telinga kita terus membesar seiring dengan usia? Bagaimana ia kelihatan sangat besar pada orang tua?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selain daripada penggantian sel-sel baru, tangan, kaki dan seluruh tubuh anda tidak lagi mengalami tumbesaran setelah dewasa.

Dari segi ketinggian, kebiasaannya seseorang itu tidak akan mencapai ketinggian lebih daripada ketinggiannya ketika berusia 21 tahun.

Namun bagi teling dan hidung pula, anda mungkin pernah terdengar atau mengetahu bahawa anggota badan ini sebenarnya tidak pernah berhenti daripada mengalami tumbersaran.

Hakitkanya, telinga dan hidung kita akan terus membesar. Namun secara teknikalnya, ia tidak lagi mengalami tumbesaran.

Jadi, bagaimana ia boleh berlaku? 

salah satu kedudukan rawan dalam badan

Semua ini berkaitan dengan tulang rawan. Dalam badan manusia, kita mempunyai empat jenis tisu yang berbeza.

Tisu epitelium, saraf, otot dan penghubung. Rawan adalah sebahagian daripada tisu penghubung, terdapat di sekeliling badan kita dan adalah salah satu komponen yang sangat penting.

Ia menghubungkan sendi antara tulang kita seperti lutut dan siku. Rawan wujud di antara vertebra tulang belakang kita dan sudah tentu dalam telinga dan hidung.

Pada dasarnya, rawan bertindak sebagai "gam untuk badan kita di mana mempunyai struktur pejal tetapi jauh lebih fleksibel berbanding tulang.   

Disebabkan ini, kita boleh membengkokkan hidung dan telinga.

Tanpa rawan, kehidupan kita akan menjadi sangat sukar di mana tulang-tulang di lutut dan siku anda akan selalu bergesel antara satu sama lain setiap kali anda bergerak.

hidung dan telinga orang tua lebih besar daripada sebelumnya

Semakin berusia, rawan di telinga dan hidung kita menjadi semakin berat dan kurang elastik. Ini adalah kerana ia tidak menerima darah dari badan sekaligus tidak dapat sembuh sendirinya.

Semakin lama, rawan ini akan menjadi semakin mengendur. Digabungkan dengan graviti Bumi yang menarik semua objek ke arahnya, telinga dan hidung kita akan mula "jatuh".

Semakin berat telinga dan hidung kita, semakin mudah untuk ia ditarik oleh graviti. Secara tak langsung, proses ini akan membuatkan hidung dan telinga kita untuk menjadi lebih besar daripada sebelumnya.

Walaupun secara teknikalnya dua anggota badan ini tidak membesar seperti yang berlaku ketika zaman remaja, namun telinga dan hidung dianggarkan mengendur sekitar 0.22 milimeter setiap tahun.

Walaupun perubahan ini tidak begitu banyak namun jika anda hidup sehingga 100 tahun, anda akan dapat melihat perubahan yang ketara dengan saiz hidung dan telinga anda ketika berusia 30 tahun.

kenapa hidung orang tua besar

Bukan itu sahaja, malah persepsi memainkan peranan penting dalam membuatkan telinga dan hidung kita kelihatan lebih besar dari sebelumnya.

Ini kerana semakin kita berusia, bahagian lain pada wajah kita juga berubah. Bibir menjadi kecil dan kulit akan menjadi semakin nipis, sekaligus membuatkan wajah kita menjadi kecil.

Dan perkara ini membuatkan telinga dan hidung nenek dan datuk kita kelihatan lebih menonjol daripada yang sepatutnya.

Rujukan:

1. Exploring Nature

2. Guardian

3. Medicine Journal




Hakcipta iluminasi.com (2017)