Beberapa tempat di dunia ini mempunyai keajaiban tersendiri seperti yang membuatkan kita terfikir bagaimana ia boleh wujud. Namun, ramai yang tak tahu kewujudan sebuah bandar yang sangat menakjubkan ini.

Bandar Jabal Haraz di Yaman adalah satu-satunya tempat di dunia di mana hujan tidak pernah turun dan tidak akan turun.

Bandar ini terletak di kawasan pergunungan di atas awan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jabal Haraz terletak di kawasan pergunungan di atas awan iaitu di jajaran gunung tertinggi di Yaman, Jabal An-Nabi Shu'ayb dan Semenanjung Arab yang merupakan sebahagian daripada kawasan Sarawat.

Oleh kerana hujan turun melalui awan, maka adalah mustahil untuk hujan turun di bandar Jabal Haraz.

Bandar ini adalah kubu kuat dinasti Sulaihid pada abad ke-11 dan ia masih wujud sehingga kini.

bandar jabal haraz di yaman sangat menakjubkan hujan tak turun

Lokasi Jabal Haraz adalah mempunyai kepentingan strategik bagi negeri Sulaihid di Yaman apabila ia didirikan pada tahun 1037 dengan penduduk yang kebanyakannya daripada orang Islam Isma'ilism.

Disebabkan bandar ini terletak di kawasan puncak gunung berbatu, jadi ia sangat sukar untuk diakses.

Kesukaran untuk masuk ke bandar ini memberikan dua kelebihan kepada penduduknya. Yang pertama adalah bentuk muka Bumi nya bertindak sebagai pertahanan kepada penduduk daripada sebarang pencerobohan.

Kelebihan yang kedua adalah ia menyediakan ruang yang luar untuk aktiviti penanaman.

Bangunan-bangunan di bandar ini adalah seperti istana yang mana dibina dengan batu pasir dan basalt dalam corak yang disatukan ke dalam landskap.

penduduk jabal haraz dengan hasil tanaman

Ia juga menjadi sangat sukar bagi orang luar untuk menentukan permulaan atau berakhirnya setiap kampung di bandar itu.

Landskap pergunungan dipisahkan kepada beberapa ekar teres, yang jgua dipisahkan oleh dinding sehingga beberapa meter.

Tanaman seperti gandum, kopi, lentil, bijirin dan alfalfa ditanam di teres ini.

Kampung terbesar di Jabal Haraz dikenali sebagai Manakhah yang mempunyai pasar yang menarik penduduk dari semua kampung berdekatan.

Selain Manakhah, kampung-kampung lain di Jabal Haraz adalah Banu Mora dan Al Hajjara, yang merupakan sebuah desa berdinding di bahagian barat Manakhah yang diasaskan oleh Sulaihids pada abad ke-12.

jabal haraz di yaman 624

Kampung-kampung lain yang terkenal ialah Bayt al-Qamus, Bayt Shimran dan Hutaib yang dibina di atas batu pasir merah, menghadap pemandangan bukit-bukit bertingkat.

Di sini juga terdapat makam Da'i al-Mutlaq ketiga Yaman iaitu Hatim al-Hamidi.

Kebanyakan penduduk di sini adalah orang Bohra yang berasal dari Madagascar, Singapura, Sri Lanka, India dan negara-negara lain.

Orang Ismailiyah tempatan membuka jalanan dengan menyediakan jalan berturap untuk pengikut mereka, tanpa membuat perubahan atau kerosakan yang luar biasa kepada landskap semula jadi.

Rujukan:

1. Dutable

2. Medomed

3. Unesco




Hakcipta iluminasi.com (2017)