Diselubungi oleh misteri dan kisah-kisah syaitan, Telaga Barhout di timur Yaman yang juga dikenali sebagai "Telaga Neraka" adalah satu keajaiban semula jadi yang mungkin disalahertikan.

Terletak lebih hampir dengan sempadan Oman berbanding ibu kota Yaman iaitu Sana'a sekitar 1,300 kilometer, lubang gergasi di padang pasir wilayah Al-Mahra ini mempunyai lebar 30 meter dan kedalamannya dikatakan sekitar 100 hingga 250 meter.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Menurut pihak berkuasa Yaman, mereka sendiri tidak tahu apa yang terdapat di dalamnya dan kedalaman telaga yang dinyatakan hanyalah anggaran semata-mata kerana masih belum ada yang sampai ke dasarnya.

Malah, para saintis dan pengembara Yaman sendiri masih belum sampai ke dasar disebabkan kekurangan oksigen dan bau pelik dalam telaga ini memaksa mereka naik semula ke daratan.

telaga barhout misteri di yaman

"Ia tersangat dalam, kami tidak pernah sampai ke dasar telaga ini kerana kekurangan oksigen dan tiada pengudaraan," kata Salah Babhair, ketua pengarah tinjauan geologi dan sumber mineral Mahra.

Babhair memberitahu bahawa mereka telah melawat kawasan tersebut dan memasuki Telaga Barhout, sehingga ke kedalaman sekitar 50 hingga 60 meter sahaja.

"Ia adalah sesuatu yang sangat misteri," kata Salah Babhair.

Kerana terlalu dalam, cahaya matahari tidak sampai ke dalam struktur ini dan terlalu sedikit yang boleh dilihat dari pinggir telaga ini kecuali burung-burung yang terbang keluar dan masuk.

Juruvideo yang cuba untuk membuat rakaman jarak dekat telaga ini memberitahu bahawa ia adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dan kepercayaan orang tempatan berkata bahawa objek berhampiran telaga ini boleh disedut ke dalamnya.

telaga barhout misteri di yaman 3 912

telaga barhout misteri di yaman 5

Babhair juga memberitahu bahawa telaga ini berusia berjuta-juta tahun. Malah, ia memerlukan lebih banyak kajian dan penyiasatan.

Selama berabad-abad, terdapat kisah-kisah yang diceritakan tentang makhluk ghaib seperti jin tinggal dalam telaga ini.

Cerita rakyat tempatan mengatakan bahawa ia diciptakan sebagai penjara untuk iblis, anggapan yang diperkuatkan oleh bau busuk yang naik ke darat dari lubang ini.

Ada yang mengatakan bahawa ia adalah pintu yang disumpah di mana suatu hari nanti iblis akan merangkak keluar darinya untuk memusnahkan dunia.

Malah, terdapat cerita yang mengatakan bahawa jin sendiri yang menggali lubang ini untuk salah satu Raja Kerajaan Himyarite, yang memerintah wilayah ini pada zaman kuno.

lubang misteri di yaman 794

lubang misteri di yaman 2 4

Namun, tiada bukti yang mampu mengesahkan cerita-cerita ini.

Ramai penduduk tempatan bukan sahaja berasa resah untuk mengunjungi lubang gergasi ini, tetapi juga tidak selesa bercakap tentang Telaga Barhout kerana takut nasib buruk yang akan melanda mereka.

Ini kerana telaga ini dikatakan boleh mengancam nyawa di muka Bumi ini dan orang Yaman telah lama hidup dalam keadaan yang tidak aman.

Seorang warganegara Yaman yang dikenali sebagai Ammar Hashem Mohammed Osman menulis bahawa dia melakukan khidmat ketenteraan wajib di sebuah kem berhampiran Telaga Neraka ini dan mendakwa bahawa bau yang datang dari lubang ini adalah yang paling dahsyat pernah dialaminya.

"Terdapat telaga biasa yang digali untuk membekalkan air di kawasan tentera. Tetapi ketika pam tersebut mula berfungsi untuk pertama kalinya untuk menyedut air, cecair hitam keluar darinya seperti tar. Baunya sangat dahsyat, seperti telur busuk. Saya menjadi sangat mual disebabkan bau ini. Sumpah saya tidak dapat tidur kerana menggunakan air tersebut untuk membasuh baju dan badan saya," kata Ammar.

Ammar yakin bahawa air dari telaga tersebut mempunynai kaitan dengan Telaga Barhout, namun ini tidak dapat disahkan sehinggalah kajian lanjut dilakuan.

Dan dengan situasi buruk di Yaman dan orang tempatan yang takut untuk berbicara tentang tempat ini apatah lagi untuk menerokanya, Telaga Neraka ini pasti akan mengekalkan aura mistiknya untuk jangka masa yang lebih lama.

misteri telaga barhout di yaman

Negara ini dibelenggu perang saudara sejak 2014 antara pemerintah dan pemberontak Huthi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan bahawa Yaman mengalami krisis kemanusiaan terburuk di dunia, dengan puluhan ribu nyawa terbunuh, berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal dan dua pertiga dari 30 juta penduduknya bergantung kepada bantuan.

Wallahua'lam

Rujukan:

1. Mubarak al-Khulaifi

2. Phys

3. Imam Reza




Hakcipta iluminasi.com (2017)