Bagi negara seperti Dubai, cuaca merupakan antara cabaran utama bagi penduduk di sana. Sekiranya kita di Malaysia pun sudah mengeluh kerana cuaca yang panas, bayangkan penduduk Dubai yang terpaksa hidup dalam cuaca panas mencecah 48 darjah selsius!

Bagi mengatapi masalah panas melampau ini, saintis di sana telah mengkaji cara terbaik untuk menghasilkan hujan dengan teknik pembenihan awan dengan penggunaan teknologi dron. Perkara ini telah didedahkan oleh Pusat Meteorologi Nasional di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Setiap tahun, negara Emiriah Arab Bersatu menerima hujan sekitar 4 inci. Kerajaan berharap agar teknologi pembenihan awan yang mampu menghasilkan hujan dengan lebih kerap dapat membantu mengurangkan beberapa gelombang panas tahunan negara yang gersang itu.

Apa itu pembenihan awan

pembenihan awan untuk hujan 429

Pembenihan awan adalah sejenis modifikasi cuaca yang bertujuan untuk mengubah jumlah atau jenis curahan hujan yang jatuh dari awan dengan menyebarkan zat ke udara yang berfungsi sebagai agen pemeluwapan awan yang mengubah proses mikrofisik di dalam awan.

Keberkesanannya diperdebatkan, beberapa kajian menunjukkan bahawa "sukar untuk menunjukkan dengan jelas bahawa pembenihan awan mempunyai kesan yang sangat besar". Objektifnya adalah untuk meningkatkan curahan hujan (hujan atau salji) atau untuk mengelakkan hujan berlaku pada beberapa hari selepas itu.

Bahan kimia yang paling biasa digunakan untuk pembenihan awan termasuk iodida perak, kalium iodida dan ais kering (karbon dioksida pepejal). Propana cair, yang mengembang menjadi gas, juga telah digunakan. Ini dapat menghasilkan kristal ais pada suhu yang lebih tinggi daripada iodida perak.

teknik pembenihan awan

Bahan kimia pembenihan awan dapat disebarkan oleh pesawat udara atau oleh alat penyebaran yang terletak di darat (penjana atau tabung yang ditembak dari senjata atau roket anti-pesawat). Untuk dilepaskan oleh pesawat udara, iodida perak dinyalakan dan tersebar ketika pesawat terbang melalui aliran masuk awan.

Walau bagaimanapun, penggunaan bahan kimia iodida perak mempunyai kontroversinya. Dengan penilaian bahaya kesihatan NFPA 704 tahap 2, perak iodida dikatakan boleh menyebabkan ketidakupayaan sementara atau kemungkinan kecederaan pada manusia dan mamalia lain dengan pendedahan yang kuat atau kronik.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kajian ekologi terperinci yang menunjukkan kesan terhadap persekitaran dan kesihatan mungkin tidak seburuk disangka, berkemungkinan disebabkan oleh jumlah perak dari iodida perak yang dihasilkan oleh pembenihan awan hanya sekitar satu peratus dari kadar pelepasan industri ke atmosfera di banyak tempat di dunia.

Penggunaan cas elektrik

Pegawai meteorologi mengeluarkan rakaman video yang menunjukkan hujan lebat telah turun di kawasan Ras al Khaimah serta beberapa wilayah lain. Kaedah pembenihan awan baru ini dipercayai lebih mesra alam, tanpa banyak masalah terhadap persekitaran seperti kaedah sebelumnya yang menggunakan iodida perak.

Usaha pembenihan awan ini adalah sebahagian daripada projek berterusan bernilai $15 juta oleh Emiriah Arab Bersatu untuk menghasilkan hujan di negara ini. Teknologi ini dicipta oleh pakar di University of Reading di UK.

Profesor Maarten Ambaum yang terlibat dengan projek ini mengatakan bahawa Emiriah Arab Bersatu mempunyai cukup banyak awan untuk mewujudkan keadaan yang memungkinkan hujan. Apabila titisan air bergabung dan cukup besar, maka hujan akan turun.

UAE ketika ini juga sedang melihat kaedah menghasilkan hujan yang boleh turun membasahi tanahnya dan bukannya sekadar mengeluwap di udara. Sebelum ianya direalisasikan, kerajaan juga mengatakan kajian sedang disiapkan untuk merancang lebih banyak empangan dan kawasa tadahan air agar air hujan yang banyak kelak dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Hujan yang dihasilkan secara buatan sangat penting kerana Dubai hanya mendapat hujan rata-rata 4 inci setiap tahun. Ini menyukarkan sektor pertanian dan memaksa negara in i mengimport lebih daripada 80% sumber makanannya. Sekiranya industri pertanian dapat dimajukan, maka kebergantungan kepada negara luar dapat dikurangkan.

Bukan teknik pembenihan biasa

dubai cipta hujan

Dalam teknik yang digunakan ini, dron menembak sinar laser ke awan, mengecasnya dengan elektrik. Tindakan tersebut mendorong pemendakan dengan memaksa titisan air bergabung untuk membuat titisan hujan yang lebih besar, yang kemudiannya menggerakkan udara untuk menghasilkan hujan.

Teknologi penghasilan hujan melalui teknik pembenihan awan di Dubai ini tidak sama sekali sama dengan teknik pembenihan awan yang telah digunakan di Amerika Syyarikat sejak tahun 1923 untuk memerangi musim kemarau yang berpanjangan. Pembenihan awan oleh AS memerlukan penggunaan iodida perak yang dihancurkan.

Walaupun penggunaan dron ini dilihat lebih selamat dan mesra alam, ianya juga tidak dapat lari daripada kritikan. Pengkritik penggunaan teknologi dron untuk pembenihan awan bimbang ia boleh menyebabkan banjir besar secara tidak sengaja. Dan mereka juga bimbang teknologi itu diswastakan.

Menurut rekod, UAE adalah salah satu negara pertama di rantau Teluk yang menggunakan teknologi pembenihan awan, menurut Pusat Meteorologi Nasional. Sementara ini, pembenihan hujan dilakykan di sekurang-kurangnya lapan negeri di AS, menurut The Scientific American.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)