United Kingdom adalah tempat paling selamat bagi kanak-kanak manakala Pakistan adalah tempat yang paling tidak selamat.

Ini menurut indeks baharu yang memberikan ranking kepada 40 negara berkenaan dengan bagaimana tindak balas yang diberikan terhadap ancaman seksual dan eksploitasi terhadap kanak-kanak. 

Menurut laporan berjudul Out of the Shadows oleh The Economist Intelligence Unit dan World Childhood Foundation, 40 negara dalam indeks ini mewakili 70% kanak-kanak di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Negara-negara tersebut disenaraikan berdasarkan persekitaran mereka di mana keganasan seksual kanak-kanak berlaku dan ditangani, rangka kerja undang-undang mereka untuk melindungi kanak-kanak, komitmen pemerintah dan kemampuan mereka untuk memberikan tindak balas yang sesuai serta keterlibatan industri, masyarakat awam dan media dalam memerangi isu ini.

senarai negara paling selamat bagi kanak kanak

Indeks ini bertujuan untuk membantu negara-negara mengesan kemajuan menuju sasaran kedua Matlamat Pembangunan Lestari 16, iaitu untuk "menamatkan penderaan, eksploitasi, pemerdagangan dan segala bentuk keganasan, serta penyeksaan terhadap kanak-kanak" menjelang tahun 2030.

"Dengan kira-kira 200 juta kanak-kanak di dunia mengalami keganasan seksual setiap tahun, keperluan untuk mendokumentasikan dan menanda aras usaha global untuk mencegah keganasan seksual kanak-kanak menjadi matlamat penting," kata Putri Sweden, Madeleine, pengasas bersama kempen #EyesWideOpen oleh Yayasan Kanak-kanak Dunia.

Dengan skor 100 mewakili persekitaran terbaik untuk kanak-kanak, sepuluh negara tercorot dalam indeks ini adalah:

  1. Kazakhstan - 47.3
  2. Indonesia - 47
  3. Nigeria - 46.4
  4. Rusia - 45.9
  5. Argentina - 45.4
  6. China - 43.7
  7. Vietnam - 42.9
  8. Mozambique - 37.8
  9. Mesir - 31.2
  10. Pakistan - 28.3

Manakala bagi sepuluh negara teratas dalam indeks ini semuanya negara berpendapatan tinggi iaitu:

  1. United Kingdom (82.7)
  2. Sweden (81.5)
  3. Kanada (75.3)
  4. Australia (74.9)
  5. Amerika Syarikat (73.7)
  6. Jerman (73.1)
  7. Korea Selatan (71.6)
  8. Itali (69.7)
  9. Perancis (65.2)
  10. Jepun (63.8)

Malaysia yang mana menurut mengikut klasifikasi standard adalah sebuah negara berpendapatan sederhana, berada di kedudukan yang agak membimbangkan iaitu ke-20 dengan skor 53.4, di antara Uganda (53.7) dan Romania (52.8).

kedudukan tahap keselamatan dunia bagi kanak kanak oleh laporan out of the shadows

Walau bagaimanapun, laporan itu menyatakan bahawa berlakunya penderaan dan eksploitasi seksual kanak-kanak tidak berkaitan dengan tahap pendapatan negara.

Beberapa negara berpendapatan tinggi dan sederhana telah tersenarai di kedudukan bawahan termasuk China, Argentina dan Rusia, malah hanya tiga dari sepuluh negara teratas sahaja yang mendapat skor sekurang-kurangnya 75.

Laporan itu mengatakan bahawa ini bermakna masih ada "jurang yang besar dalam keadaan perlindungan untuk kanak-kanak walaupun di negara-negara terkaya."

Malah, satu lagi laporan pemerdagangan manusia baru-baru ini oleh Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah mendapati bahawa walaupun kebanyakan mangsa pemerdagangan manusia dikesan di negara mereka sendiri, negara-negara kaya lebih cenderung menjadi destinasi untuk mangsa pemerdagangan rentas sempadan dari pelbagai wilayah.

Walaupun laporan PBB memantau semua jenis pemerdagangan manusia, ia mengatakan bahawa eksploitasi seksual terus menjadi bentuk pemerdagangan manusia yang paling banyak dikesan.

Di kebanyakan wilayah, wanita lebih sering dikesan sebagai mangsa pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual, tetapi di Amerika Tengah dan Caribbean, gadis lebih banyak menjadi mangsa.

Namun, laporan Out of the Shadows menunjukkan bahawa pemerdagangan manusia hanya merangkumi sebilangan kecil kes penderaan dan eksploitasi seksual kanak-kanak.

penderaan kanak kanak perlu dihapuskan 243

Ia juga mendapati bahawa kanak-kanak lelaki sering terlepas pandang sebagai mangsa.

Dari 40 negara ini, hanya 17 negara sahaja yang mengumpulkan maklumat mengenai kanak-kanak lelaki, dan hanya lima negara yang mengumpulkan maklumat berkaitan kanak-kanak lelaki mengenai eksploitasi seksual secara khusus.

Selain itu, 26 dari 40 negara ini mempunyai agensi penguatkuasaan undang-undang yang ditetapkan untuk memerangi eksploitasi seksual kanak-kanak, tetapi hanya lapan negara sahaja yang mempunyai peruntukan khas.

Kekurangan peruntukan sumber ini serta peningkatan eksploitasi dalam talian menjadikan kesalahan nasional dan transnasional lebih sukar untuk ditangani. 

Namun, laporan PBB menyatakan bahawa pemerdagangan manusia berpunca dari eksploitasi dan bukannya gerakan, dan untuk pertama kalinya, mangsa pemerdagangan manusia yang dikesan di dalam sempadan mereka sendiri merangkumi sebahagian besar mangsa yang dikesan di seluruh dunia.

Hal ini memberitahu bahawa kita perlu menjadikan eksploitasi manusia sebagai jenayah utama yang perlu diperangi, kata laporan itu.

kanak kanak dijadikan hamba

Memperkukuhkan perundangan adalah cara penting lain untuk sekurang-kurangnya mengesan mangsa penderaan dan eksploitasi.

Out of the Shadows melaporkan bahawa hanya 25 dari 40 negara sahaja yang mempunyai undang-undang yang mengharuskan mereka yang bekerja dalam industri berkaitan dengan kanak-kanak untuk melaporkan kes penderaan seksual.

Dan menyentuh kanak-kanak bawah umur secara seksual diharamkan dengan jelas oleh hanya 21 daripada 40 buah negara ini.

Apa-apa pun, mengesan mangsa penderaan dan eksploitasi seksual adalah langkah yang sangat penting untuk mengatasi masalah ini.

"Negara-negara yang mempunyai risiko paling adalah di negara yang paling kurang mempunyai maklumat mengenai masalah ini. Kita harus mencari jalan untuk memahami ancaman dengan lebih baik," kata Paul Stanfield, pengarah jenayah terancang INTERPOL dalam laporan Out of the Shadows. 

Rujukan:

1. Out of the Shadows

2. Undispatch

3. UN




Hakcipta iluminasi.com (2017)