Terletak nun jauh di tengah Gurun Tengger Mongolia Dalam dan dikelilingi oleh bukit pasir sejauh mata memandang, terdapat sebuah pejabat pos terpencil dan paling sunyi di dunia yang juga merupakan sebuah pejabat pos luar perhubungan manusia yang sangat sibuk.

Dengan hanya berkeluasan 15 meter persegi, pejabat pos dengan binaan kayu ini kelihatan tersangat ringkas dan biasa, tapi tidak mengapa kerana ia tidak menerima ramai pengunjung.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, walaupun telah lebih dari 35 tahun ditinggalkan, binaannya masih boleh dikatakan berada dalam keadaan sangat baik.

Berkat usaha beberapa pengembara yang menemui kewujudan pejabat pos terbengkalai ini secara tidak sengaja, ia telah mendapat nafas baru. Dan disebabkan oleh kuasa internet, ia kini menjadi sangat sibuk pada hari ini.

Lebih menarik, lebih daripada 200,000 surat dan poskad dihantar ke Pejabat Pos Gurun ini pada Disember 2021 sahaja walaupun ia agak jarang menerima pelawat.

Semua ini berkat usaha salah seorang individu yang terlibat dalam usaha pemulihan pejabat pos ini iaitu Cik Zhang.

pejabat pos paling jauh dan terpencil di dunia gurun tengger

Selepas mencurahkan segalanya untuk projek aneh ini, Cik Zhang berhadapan dengan realiti pedih melihat hasil usahanya tidak dihargai kerana lokasi yang terlalu jauh dan terpencil.

Terletak kira-kira 10 kilometer dari jalan raya yang paling hampir, Pejabat Pos Gurun Mongolia jauh dari trafik manusia.

Namun disebabkan oleh era internet yang ajaib, cabaran dihadapi Zhang dan pejabat pos ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh diatasi.

Zhang dan rakannya, Luo Meng, mendapat idea perniagaan penulisan hantu atau "ghostwriting" untuk mereka yang ingin menghantar surat dan poskad dari pejabat pos paling sunyi di dunia ini, tanpa perlu melawat tempat itu.

Ternyata idea Zhang ini mendapat sambutan yang tersangat hebat terutamanya ketika pandemik COVID-19 melanda dunia, di mana ramai orang tidak dapat berjalan untuk bertemu dengan orang tersayang.

pejabat pos paling jauh dan terpencil di dunia 3

Dan kini, Zhang dan rakan sekerjanya di pejabat pos ini hampir tidak dapat memenuhi permintaan dalam talian yang meminta poskad dihantar ke seluruh China dan juga ke negara-negara seperti Australia dan Singapura.

Namun usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan dan menghidupkan semula pejabat pos terpencil ini adalah satu pengembaraan sukar.

Untuk melakukan ini, Zhang dan Luo Meng terpaksa meyakinkan beberapa individu lain untuk membantu mereka melakukan proses pembinaan semula.

Pada mulanya, mereka merancang untuk membina struktur kayu dan mengangkutnya ke padang pasir tersebut. Namun ternyata perkara ini sangat sukar untuk direalisasikan jadi mereka terpaksa membatalkannya.

Mereka mengubah strategi dengan mengangkut bahan binaan ke lokasi tersebut dan membina pondok tersebut di situ. Tempoh pembinaan pejabat pos ini mengambil masa sekitar 20 hari.

pejabat pos paling jauh dan terpencil di dunia gurun tengger 2

Selepas membina struktur tersebut, mereka memfailkan permohonan dengan China Post iaitu perusahaan milik negara yang mengendalikan perkhidmatan pos rasmi China. Setelah semakan dibuat, pondok kayu itu menjadi salah satu daripada lebih 700 buah pejabat pos di China.

Kini, surat dan poskad ditulis di sini setiap hari dan dihiasi dengan setem khas bertemakan padang pasir lalu dihantar sejauh 10 kilometer ke jalan terdekat. Surat-surat dan poskad itu kemudiannya diambil dengan trak pos dan kemudian dihantar ke seluruh dunia.

Sekiranya anda sampai di kawasan Gurun Tengger seluas 43,000 meter persegi ini dan ingin melawat pejabat pos paling terpencil di dunia, anda boleh menemuinya di 38.413°U latitud utara dan 105.225°E bujur timur.

Rujukan:

1. News18

2. SCMP

3. OC




Hakcipta iluminasi.com (2017)