Pada 19 Januari 2020, berlegar sebuah gambar di laman media sosial popular China, Weibo menunjukkan satu kumpulan pegawai tentera China sedang tekun menjalankan tugas mereka di dalam sebuah pusat operasi.

Gambar tersebut tidak menampakkan apa-apa yang istimewa, tetapi bagi mereka yang bermata tajam mereka menyedari peta dan model skala dalam bilik operasi itu sebenarnya merupakan peta kepada Taiwan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

gambar bocor markas operasi china weibo

Beberapa petunjuk yang ditegakkan atas peta itu menunjukkan laluan yang berpotensi untuk dijadikan pintu masuk tentera China ke Taiwan, melalui kawasan kepulauan Kinmen dan Penghu yang dikuasai Taiwan, sebelum hadir ke bahagian selatan pulau Taiwan sendiri.

Gambar yang dipercayai sengaja dibocorkan tentera China yang dikenalpasti sebagai kumpulan 'Operasi Pendaratan dan Peperangan Pulau Selatan' menimbulkan kebimbangan orang ramai, adakah China akan mengambil kesempatan ke atas wabak yang sedang melanda merampas kembali Taiwan.

Kemenangan besar pemerintah Taiwan anti China dalam pilihanraya

presiden taiwan sentimen anti china

Tidak diketahui adakah pembocoran gambar bilik operasi itu merupakan satu tindak balas kerajaan China terhadap kemenangan besar Presiden Tsai Ing-wen memenangi lebih 57% jumlah undian, dalam pilihanraya yang selesai pada 11 Januari 2020.

Terkenal sebagai seorang yang terbuka dalam pandangannya bahawa China perlu menghormati pendirian Taiwan serta mengakui kedaulatan mereka, kemenangan besar Tsai Ing-wen itu dilihat sebagai satu petunjuk; rakyat Taiwan sendiri enggan tunduk kepada China atau menyertai rancangan penyatuan orang Cina di bawah China.

Sehingga ke hari ini China melihat Taiwan bukan sebagai sebuah negara berdaulat, sebaliknya merupakan sebahagian daripada jajahan mereka.

tunjuk perasaan taiwan bantah china

Disebabkan oleh petanda-petanda yang ada, banyak pihak merasakan China akan mula bertindak ke atas Taiwan sempena insiden Covid-19 yang melanda, namun China didapati mula bertindak ke atas Hong Kong terlebih dahulu; melalui pengenalan akta yang bakal menyebabkan mana-mana warga Hong Kong ditahan sekiranya menyebarkan sentimen anti China.

Xi Jingping mengingatkan askar China untuk bersedia

persidangan kongres china prc

Berikutan daripada beberapa tindakan China yang dilihat menggugat keamanan dunia, seperti apa yang berlaku di Malaysia dan Jepun serta campur tangan Amerika Syarikat di Asia Tenggara, Xi Jinping dalam ucaptamanya sempena National People's Congress pada 27 Mei 2020 mengingatkan agar semua angkatan tentera China bersedia menghadapi apa saja kemungkinan.

Dalam himpunan yang sama, kerajaan China mengumumkan bahawa bajet ketenteraan mereka akan ditingkatkan kepada 6.6% daripada keseluruhan bajet mereka, membolehkan angkatan tentera China terus menjadi angkatan terbesar di dunia; meliputi 2 juta petugas dengan 14 buah kapal perang sentiasa aktif dalam setahun.

Jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat, batalion tentera China jauh melebihi kekuatan kuasa dunia tersebut yang 'hanya mampu' mempunyai 1.3 juta petugas dengan 5 kapal aktif setiap masa.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China direkodkan menyebut bahawa pertambahan bajet itu perlu, disebabkan oleh ancaman beberapa pihak yang seringkali menyerang tindak tanduk China sebagai penggugat keamanan.

Selain itu, ancaman Taiwan juga diramalkan menjadi agenda utama China disebabkan pengaruh Tsai Ing-wen yang sudah pasti akan menyukarkan impian China.

Taiwan terus berkeras, China terus mendesak

xi jinping taiwan rampas semula 85

Selepas beberapa bulan kembali memegang kuasa, Presiden Tsai Ing-wen setakat ini tidak henti-henti menyebut bahawa Taiwan membuka pintu rundingan kepada China agar kedua-dua negara dapat mengekalkan keamanan masing-masing.

Bagaimanapun pelawaan itu sudah pastilah dilihat oleh China sebagai satu tamparan panas kepada mereka, yang langsung tidak mengiktiraf kewujudan Taiwan.

Penolakan Taiwan terhadap usul 'satu negara dua sistem' yang cuba diperkenalkan China kepada Taiwan mirip dengan sistem di Hong Kong, juga mencalarkan hubungan kedua-dua negara kerana usaha itu telah cuba diketengahkan oleh China sejak dekad 1950-an lagi.

Apa yang kita tahu setakat ini berdasarkan kepada beberapa pembocoran maklumat yang ada, China memang meletakkan tahun 2020 sebagai tahun di mana operasi mereka ke atas Taiwan akan dilancarkan, berdasarkan kepada laporan Kementerian Pertahanan Taiwan sendiri.

Sama ada perkara itu benar akan berlaku atau tidak, kita belum tahu.

Selepas kerajaan China melancarkan latihan awal operasi bagi percubaan simulasi menawan sebuah pulau bernama Pulau Dongsha milik Taiwan pada 27 Mei 2020 dengan bantuan wabak Covid-19 yang masih melanda, tak mustahil China akan mengambil kesempatan ke atas kemelut yang sedang melanda dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)