Oleh pada 28 Jul 2017 kategori

Kredit foto: wanista.com & bm.cari.com.my

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman memohon maaf kerana kiriman Instagramnya telah menyebabkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza teruk dikecam.

Segalanya bermula apabila Yasin memuat naik kiriman perihal kekecohan yang melanda antara anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) dan Pemuda Umno, baru-baru ini. 

kerana kiriman saya datuk siti nurhaliza kena kecam yasin sulaiman mohon maaf 2

Kredit foto: ohbulan.com & Instagram Yasin Sulaiman

Buku bertemu ruas. Dadapun kembang. Mari bertenang, sabar. Tindakan sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda Umno. Kira-kira 30 anggota ARMADA pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan kepada Perdana Menteri untuk berdebat dengan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun mereka dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak antara mereka. Dalam kejadian itu, Ketua Penerangan ARMADA, Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk. Turut kelihatan beberapa anggota polis cuba menghalang dan mengarahkan kedua-dua kumpulan itu supaya bersurai.

Lantas Siti meninggalkan komen sinis pada kiriman tersebut yang mencetuskan kemarahan netizen. Ramai tidak berpuas hati dengan apa yang disuarakan Siti.

Komen Siti turut mendapat perhatian Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha. Armand dalam kenyataannya di laman Facebook mempersoalkan semula suami Siti iaitu Datuk Khalid Muhamad Jiwa. 

kerana kiriman saya datuk siti nurhaliza kena kecam yasin sulaiman mohon maaf 3

kerana kiriman saya datuk siti nurhaliza kena kecam yasin sulaiman mohon maaf 4

Kredit foto: Astro Gempak & Facebook Datuk Armand Azha 

Kekecohan itu akhirnya menjadi tular di laman sosial dalam sekelip mata. Bagaimanapun ramai yang beranggapan ia hanyalah isu remeh dan Armand tidak perlu melayannya.

Enggan isu itu bertambah hangat, Siti mengemukakan permohonan maaf di ruangan komen pada kiriman yang dimuat naik Armand di Instagram.

Menurut Siti, dia tidak meletakkan nama sesiapa dalam komen terdahulu. Siti mengakui kesilapannya sekiranya Armand telah berkecil hati. 

kerana kiriman saya datuk siti nurhaliza kena kecam yasin sulaiman mohon maaf 5

Kredit foto: ohbulan.com & Instagram Datuk Armand Azha

Yasin juga telah memuat naik sebuah lagi kiriman terbaru memohon maaf kerana merasakan dirinya menjadi punca Siti dikecam ramai. 

kerana kiriman saya datuk siti nurhaliza kena kecam yasin sulaiman mohon maaf 6

Kredit foto: ohbulan.com & Instagram Yasin Sulaiman

Setiap kali saya buat kiriman tentang politik @ctdk juga yang kena serang. Maafkan saya. Saya telah banyak kali dinasihat oleh syarikat rakaman, peguam, rakan-rakan, keluarga. Semua kata, Yasin, jangan buat kiriman tentang politiklah. Tapi apakan daya. Aku degil. Apapun saya nak nyatakan musim raya kali ini saya berehat dan tak kempen mana-mana sebagai memenuhi nazar yang silam. Apapun segala yang baik kita sokong dan segala yang buruk kita tolak. Selamat berjuang semua! Aku hanya pemerhati kali ini. Nak turun undipun rasa malas sebenarnya. Apapun, Datuk K tak kuat gaduh. Dia kuat bisnes.



Hakcipta iluminasi.com (2017)