Kredit foto: Instagram Syafiq Yusof

Pengarah Syafiq Yusof mampu menarik nafas lega apabila filem arahannya, Abang Long Fadil 2 (ALF 2) menerima kutipan sebanyak RM13 juta selepas 13 hari ditayangkan.

Ia sekaligus membuktikan sokongan peminat filem tempatan masih kuat jika mendapat sajian karya yang berkualiti.

Dalam sebuah wawancara terbaru, Syafiq berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya akan sambutan hangat yang bakal diraih oleh sekuel filem itu.

ini kutipan mengejutkan abang long fadil 2 selepas 13 hari ditayangkan 2

Kredit foto: Instagram Syafiq Yusof

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ALF 2 mendapat kutipan yang baik sehingga hari ini dan sebenarnya saya tidak sangka langsung ia akan melepasi kutipan ALF sebanyak RM4.5 juta sebelum ini. Saya berterima kasih kepada Allah SWT kerana rezeki yang diberikan ini, keluarga yang tidak putus-putus memberi semangat dan para penonton yang telah ke panggung membeli tiket ALF 2.
Sumber: Astro Gempak

Pada masa yang sama, Syafiq menjelaskan, tiada sasaran awal yang diletakkannya untuk kutipan filem komedi aksi tersebut rentetan nasihat daripada bapa dan abangnya.

ini kutipan mengejutkan abang long fadil 2 selepas 13 hari ditayangkan 3

Kredit foto: Instagram Syafiq Yusof

Saya tidak pernah meletakkan apa-apa sasaran kepada setiap filem yang saya hasilkan kerana papa dan abang selalu berpesan supaya tidak berbuat demikian. Kata mereka, jangan letakkan sasaran dan harapan kerana takut nanti kecewa di kemudian hari. Jadi, nasihat mereka saya pegang sehingga hari ini.
Sumber: Astro Gempak

Susulan kejayaan yang diraih ALF 2, Syafiq kini sedang mengatur langkah menyiapkan skrip ALF 3 pula.

Malah, bapanya, Datuk Yusof Haslam sudah "meluluskan" penerbitan sebuah lagi sekuel ALF.

Jujur saya katakan, sebelum ini saya memang merancang untuk sekuel ALF 3 tetapi bergantung kepada kutipan ALF 2. Nampaknya, impian saya jadi kenyataan. Papa pun dah bagi greenlight untuk saya develop skrip ALF 3.
Sumber: Astro Gempak

Abang Long Fadil 2 mengisahkan Fadil yang terjebak dalam dunia mafia. Fadil diberi tugasan sebagai pembunuh upahan walaupun pada asalnya dia bukanlah seorang pembunuh. Terjadi satu insiden yang mengakibatkan Fadil disalahertikan sebagai pembunuh upahan yang bernama Tiger. Sejak itu, pelbagai dugaan ditempuh Fadil dalam melaksanakan misinya.

Antara pelakon yang menjayakan ALF 2 adalah Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Achey, Shuib, Tania Hudson dan A Galak.




Hakcipta iluminasi.com (2017)