Oleh pada 23 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Aktor Zizan Razak akui berhasrat untuk mendirikan rumah tangga memandangkan usianya yang semakin meningkat.

Bagaimanapun Zizan tidak dapat menetapkan bila dan hanya menyerahkan jodoh kepada ketentuan Tuhan.

zizak razak sedang rapat dengan seseorang 2

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Siapa yang tidak mahu berkahwin? Niat itu memang ada tetapi saya sendiri tidak tahu bila. Tapi biasanya orang akan berkahwin kalau tidak hari Sabtu atau Ahad.
Sumber: Mstar

Terdahulu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu sering dikaitkan dengan aktres Mira Filzah meskipun masing-masing menafikan hubungan yang terjalin.

Sementara itu, Zizan berkata, dia sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya.

Apabila ditanya adakah wanita yang dimaksudkan adalah Mira, aktor berusia 33 tahun itu tidak memberikan penjelasan lanjut.

Ada seseorang yang rapat tetapi fasa berkawan sahaja.
Sumber: Mstar

Mengulas mengenai resipi kejayaan filem Abang Long Fadil 2, Zizan menganggap ia adalah kombinasi antara kualiti karya yang dihasilkan dan populariti pelakon. 

Bagaimanapun, dia menidakkan pendapat sesetengah pihak yang mendakwa dirinya menjadi tunjang utama kejayaan filem itu.

Pada Zizan, ia bergerak seiring dengan unsur-unsur lain dalam naskhah sebuah filem yang baik dan mampu memenuhi citarasa penonton.

zizak razak sedang rapat dengan seseorang 3

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Tanpa kehadiran pelakon yang mempunyai nama dalam sesebuah filem susah juga kerana populariti seseorang itu penting dalam menarik minat penonton. Bagaimanapun ia bukanlah satu-satu faktor kejayaan sesebuah nashkah itu sebaliknya ia melibatkan pelbagai perkara dalam memastikan filem dihasilkan adalah yang terbaik dan dapat memenuhi citarasa penonton. Pada saya keseimbangan di antara populariti pelakon dan jalan cerita amat penting dan Abang Long Fadil 2 adalah kedua-duanya.
Sumber: Mstar

Sehingga kini, filem arahan Syafiq Yusof itu telah berjaya meraih RM16 juta sekaligus menjadikan ia antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi dalam sejarah.

Filem yang mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu itu masih lagi berada di pawagam seluruh negara. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)