abang long fadil 2 bakal jadi filem kutipan tertinggi dalam sejarah

Kredit foto: Instagram Syafiq Yusof

Sehingga kini, kutipan filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) sebanyak RM16.92 juta selepas 26 hari tayangan dijangkakan mampu mengatasi dua filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah iaitu Polis Evo (terbitan Astro Shaw), RM17.74 juta dan Munafik (Skop Production Sdn Bhd), RM17.042 juta.

Apatah lagi ALF2 masih lagi ditayangkan di lebih 100 buah pawagam seluruh negara meskipun telah sebulan menemui penonton.

Dalam sebuah kenyataan oleh seorang sumber dalam industri, ALF2 dikatakan tetap menjadi antara filem terhangat di panggung walaupun berada di minggu keempat tayangannya.

Saya yakin, dengan sambutan membanggakan diberikan oleh penonton ketika ini, tidak mustahil filem itu mampu memecah rekod kutipan Polis Evo. Kutipan RM16.92 juta sehingga semalam, ditambah pula dengan lebih 100 jumlah pawagam masih menayangkan filem itu, tidak mustahil ia setidak-tidaknya akan mengatasi pencapaian Munafik dan mengejar rapat Polis Evo dari segi pungutan.
Sumber: BH Online

Tambahnya lagi, ALF2 membuktikan filem tempatan masih mampu bernafas di pawagam susulan kebanyakan filem yang gagal meraih kutipan pecah panggung sepanjang tahun ini.

Ini memberi semangat kepada para penggiat filem untuk sama-sama melahirkan filem berkualiti yang memenuhi citarasa penonton.

Filem arahan Syafiq Yusof itu juga antara yang paling banyak menyumbang dalam menyempurnakan sasaran kutipan sepanjang tahun oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Saya melihat pencapaian ALF2 membuka ruang untuk kita melihat persaingan lebih sihat dalam kalangan penerbit di negara ini untuk sama-sama memeriahkan kembali industri perfileman. Walaupun tahun ini kita tidak banyak melihat filem yang mencatat kutipan 'box office', namun jualan tiket ALF2 tetap menjadi penyumbang besar kepada kutipan keseluruhan sasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berjumlah RM75 juta, tahun ini.
Sumber: BH Online

tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)