Kredit foto: siqahiqa.com

Tahniah diucapkan buat produksi filem Abang Long Fadil 2 (ALF 2) kerana berjaya meraih kutipan sebanyak RM5 juta hanya dalam masa lima hari pertama ditayangkan.

Lebih menarik, filem ini berjaya menempatkan diri di kedudukan pertama carta mingguan filem di Malaysia meskipun terpaksa berhadapan dengan filem-filem antarabangsa hebat yang lain.

Pihak pawagam juga dilihat memberikan sokongan penuh kerana hari pertama tayangan filem ini hanya ditayang di 130 buah pawagam, bagaimanapun menerusi laporan terkini mendedahkan sebanyak 135 buah pawagam termasuk di Brunei dan Singapura yang membuka tayangan ALF2.

Filem terbitan Astro Shaw dan Skop Productions ini mengisahkan kehidupan Fadil yang terjebak dalam dunia mafia. Meskipun dirinya bukanlah seorang pembunuh, namun Fadil telah menerima tugasan sebagai pembunuh upahan. Demi melaksanakan misinya, pelbagai aksi diselangi insiden melucukan diharungi Fadil.

Antara pelakon yang terlibat adalah Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Achey, Shuib, Tania Hudson dan A Galak.

Kepada anda yang masih belum menjejakkkan kaki ke pawagam, tunggu apa lagi? Luangkan masa untuk melihat sendiri kehebatan ALF2, dan yang lebih penting sama-samalah kita menyokong filem tempatan! 




Hakcipta iluminasi.com (2017)