ini jumlah kutipan keseluruhan filem tombiruo yang mengejutkan

Kredit foto: wayangkini.com

Tahniah diucapkan kepada filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang berjaya meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM8 juta sejak tayangannya pada 12 Oktober lalu.

Ia sekaligus meletakkan filem adaptasi novel karya Ramlee Awang Murshid ini di tangga kedua filem paling laris 2017.

Tombiruo: Penunggu Rimba telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan negara jiran, Brunei dan Singapura selama empat minggu.

Sementara itu, Abang Long Fadil 2 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions masih selesa di kedudukan pertama filem paling laris 2017 dengan kutipan sebanyak RM18 juta.

Tombiruo: Penunggu Rimba yang ditunjangi Zul Ariffin dan Farid Kamil, antara lain membariskan pelakon Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Faye Khusyairi dan Datuk M. Nasir.

Filem ini membawa kisah Ejim yang dipanggil Tombiruo, dipinggirkan masyarakat angkara wajahnya yang tak serupa manusia.

Seterusnya, timbul insiden tragis pada Tombiruo yang menyebabkan amarah dan dendam.

Sekali lagi tahniah kami ucapkan buat seluruh tenaga produksi filem Tombiruo: Penunggu Rimba atas hasil karya yang cemerlang!

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)